Khamis lepas , cikgu Yan teman mak pergi tabung haji atas urusan akaun tabung haji mak n arwah abah. Kemudian cikgu Yan diberitahu supaya naik ke tingkat 2, untuk membatalkan nama arwah abah daripada senarai menunggu ke Baitullah. Mak dan arwah abah dah daftar lama dan panggilan untuk mereka adalah pada 2012 iaitu tahun depan.
Setelah urusan pembatalan dibuat... cikgu Yan tanyalah dengan pihak tabung haji, mcm mana mak cikgu Yan nak pergi seorang diri. Kemudian pihak tabung haji ckp... hanya satu sahaja kekosongan untuk gantikan tempat arwah samaada anak lelaki atau anak perempuan.
ermmm...cikgu Yan terus pasang angan2... giliran cikgu Yan pada tahun hijrah 1444, sekarang baru 1433...lebihkurang 11 tahun lagi(jika panjang umur). Pihak tabung haji ckp... nanti bila mak dpt tawaran pergi haji tahun depan (InsyaAllah) kami kena jawab tawaran tersebut dan buat surat sebagai peneman mak.
Cikgu Yan tiba2 pasang angan2...kalo ade rezeki bolehla pergi tahun depan... jadi mulai sekarang cikgu Yan berusaha menyimpan duit dgn lebih efisyen lagi.Kalo xde rezekipun...simpanjela jugak duit untuk keperluan akan datang. x rugi pun.
So... sekarang fokus kepada menunaikan rukun Islam ke 5.
Pengumuman semua ....
13 years ago
No comments:
Post a Comment