Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Saturday, December 25, 2010

Bersawang


Cikgu Yan dh bersawang kat sini...eh cikgu Yan lak...blog cikgu Yan yg bersawang...bukan xde menda nak dicoretkan tapi beberapa perkara yg dok bersarang dalam kepala cikgu Yan ni.

Papepun cikgu Yan nak berkongsi kegembiraan dgn keputusan PMR.Cikgu Yan ajar Matematik untk 3 kelas daripada 6 kelas.Kelas kedua terbaik, keempat dan akhir. Keputusannya 89% lulus.Alhamdulillah.Hanya 23 org fail dpd 200+ pelajar.Keputusan meningkat dgn 67 orang dpt A.Ni hasil guru2 tingktan 1,2 dan 3.Tak sia-sia jugaklah cikgu Yan bagi latihan latih-tubi utk kelas yg lemah.Tumpu pd subjek yg melukis seperti graf, transformasi dan statistik.Papepun kalo dlm berita atau surat khabar bila kejayaan seseorang pelajar tu... selalu jarang disebutkan guru gy mengajar mereka. Selalu sebut... pergi tusyen...xpela kan.

Cikgu yn berharap pe yg bersarang dlm kepala cikgu Yan akan selesai tahun ni.Sentiasa bz dgn aktiviti bersama mak.

Tuesday, December 14, 2010

Mari membina badan

Agak lama jugak cikgu Yan x update blog.ermmm mcm2 perkara berlaku sepanjang cuti ni.Cikgu Yan x ke mana2 cuma ke sana sini atas urusan keluarga.Tinggal berdua dgn mak di siang hari.So... kemana2 mesti dgn mak or tinggal mak kat umah opah kalo ade hal personal.

Rutin hujung minggu cikgu Yan skrg ni adalah... pagi sabtu amik adik bongsu kat politeknik, ahad pagi ke kubur n ahad ptg hantar adik bongsu balik politeknik.Hari2 lain sepanjang cuti...hampir tiap pagi keluar atas permintaan mak utk beli itu ini... elok gak supaya mak bz dan xdela ingat sgt arwah.Otometik cikgu Yan bz gak.uwaaa

Cikgu Yan mcm ade keja baru lak... sejak mak lenguh2 kaki... cikgu Yan dh jadi penebang pokok pisang.hikhik. Kalo blkg umah ade pokok pisang dah nak masak...cikgu Yan la kena tebangkan.mcm terer jer.Atas permintaan arwah abah semasa dia sakit...arwah pesan kat mak supaya cantas2 anak2 pokok pisang spy x merebak byk.Mak suh cikgu Yan cantas.Sepantas kilat cikgu Yan cantas...senang jer...sonok gak ...punyela sonok tebang sampai tertebang anak pokok pisang nangka(yg susah sikit tumbuh)hihk...mak cikgu Yan pun ngomel la... pe la di tebang anak pokok pisang nangka... bkn senang hidupnya... hikhik kalo boleh plaster ke cellophane tape ke... nak je cikgu Yan buat... nasik telah jadi bubur...

Satu lagi yg menarik... pokok markisa yg arwah abah tanam dulu dh byk buahnya.X sempat arwah rase.sonok tgok.ari ni cikgu Yan nampak yg dh warna merah... cepat2 cikgu Yan amik... mak ckp... pesal la amik... lom masuk sepenuhnya... hihi teruja pulak.

Cuti2 ni sejak2 gigi x timbul sbrg mslh... mkn je keja...hihkik

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday, December 3, 2010

Equestrian club









Cikgu Yan bwk mak tgok sepupu cikgu Yan masuk pertandingan equestrian .Okla gak dpt pengalaman baru.Disebabkan xde sape bole amikkan gambo cikgu Yan...cikgu Yan mintak bantuan aci tukang sapu amikkan.Sambil tu terjerit2 gakla bila kuda tu mcm nak gigit cikgu Yan.Aci tu ckp...bkn gigit...dia nak manja2...oh mcm tu...hikhik

Wednesday, December 1, 2010

Release

Semakin hari dah berkurang sikit tugas yg perlu cikgu Yan lakukan. Tinggal esok je lagi...nak hantar adik no 2 ke stesen bas ...dia akan balik ke Kuantan. Maka tinggal kami bertiga je la kat umah.ermm cikgu Yan tengah bercuti maka mak ade la teman. Cikgu Yan x plan ke mana2 pun cuti ni melainkan satu je 'plan'...hrp tuhan makbulkan.

Cikgu yan sedang belajar supaya -sabar- dan -sentiasa bersangka baik- oleh teman cikgu Yan.InsyaAllah.

Hujung minggu ni...ade 3 jemputan kenduri.InsyaAllah cikgu Yan akan pergi.

Cikgu Yan tengah tunggu adik no 4 belanja beli nasik goreng USA ni.hihi dia dpt gaji pertama hari ni.hikhik. Kami bagi gelaran kat dia 'seronok tapi sedih' sebab seronok dpt gaji tapi sedih bayar hutang.hikhik.Cikgu Yan dah jadi Kak Long Ahlong lak rasenye.ngutip hutang daripada dia.hikhik.

Hari-hari bila dia balik kerja mesti dia nak cerita ape yg berlaku kat tempat kerja dia.hikhik.Mentangla bos dia kwn cikgu Yan.hikhik.

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah









Cikgu YAn dah selamat hantar adik cikgu Yan daftar adik bongsu di PUO.Maka bermulalah hidup dia di rumah sewa.Harap2 bolelah dia survive...manja sgt.

Monday, November 29, 2010

Bz di kala cuti

Sepanjang minggu cuti ni...cikgu Yan bz la.Memula dgn stok P.Sumber sekolah...Isnin,Selasa pergi sekolah, servis kereta hari Rabu, Khamis bertugas jaga SPM kat sekolah n beli-beli brg adik untuk masuk Politeknik Ungku Omar esok.Semalam jenguk umah sewa adik n hantar barang2 sikit. Balik ujan lebat sgt... nampak putih je dgn angin dgn senja...ermmm mate cikgu Yan bukannye terang sgt... sungguh menakutkan bawak keta di kala tu.PAgi tadi hantar langsir untuk Pusat Sumber untuk di jahit oleh pembantu cikgu Yan .ermmm berwajah barulah Pusat Sumber sekolah cikgu yan.Dengan cat dinding purple n langsir purple.hiihihi.

Bz nyerrr sampailah esok kena hantar pendaftaran adik kat PUO.hihi

Sunday, November 28, 2010

Dinner - sambungan



Wednesday, November 24, 2010

Rindu lagi

Memula rindu kat pakcik kat Durban tu...(saje je bertapa kat sana kedekut kirim berita).Pastu rindu kat teman cikgu Yan la... jaga SPM bebaik ek... semoga apa yg kita plan terlaksana...(katakunci : SABAR)

Rindu

Bila terpandang gambar arwah abah, cikgu Yan rindu padanya. Kalau sebelum ni arwah nampak tegap sasa dan akhir hayatnya ,arwah terlalu kurus... sesiapa yg memandangkan pasti akan menangis.Cikgu yan nampak mak sedara cikgu Yan menangis bila lawat arwah masa hari raya.Adik2nya pun x sampai hati nak tgok...bkn xmo dtg jenguk tapi x sampai hati.Itu yg duduk jauh dpd kami.

KAMI? yang sentiasa berada di sisinya...teruskan perjuangan abah bersama2.Abah... pertama kali Yan sentuh betis kaki abah masa abah sakit... yan hiba sgt...kulit dan tulang aje.Kalo yan balik sekolah...pasti yan akan urut kaki abah...tanya abah dah makan ke? Tanya abah nak pindah bilik x? kat bilik ada aircon.Abah selalu mintak yan buatkan air jambu batu campur dgn serbuk asam boi.Abah suka minum.Masa kat hospital pun ...yan ade buatkan air jambu utk abah.Yan tau abah suka duduk di hospital xmo balik rumah.Abah dah x bersembang dgn kami...abah hanya mendiamkan diri sejak sakit.Abah hanya ckp kalo nak smyg, mandi n minum air jambu.Hari raya puasa ari tu... abah suka pakai baju melayu oren yg kami beli...sampaikan ptg tu tgh basuh pun abah nak pakai lagi.

Sambil tulis ni...yan x berenti2 keluar air mate.Kami semua rindukan abah.Rindukan bunyi motor vespa abah.Rindukan bila abah pergi smyg sambil pakai minyak wangi kautsar n pengiran brunei yg yan beli kat mekah dulu.Tiap2 minggu kami lawat kubur abah, sedekahkan yasin pada abah.

Semoga arwah abah n adik ...tenang di sana.

Tuesday, November 23, 2010

Cuti


Cuti ni bermulanya kerja2 rumahtangga(hikhik) yang perlu dibereskan. Pertama nak uruskan adik bongsu cikgu Yan yang akan memulakan pengajian kat Politeknik Ungku Omar.Sib baik dia dh urus medical check up dan lain2 hal dgn kwn dia.Cikgu yan akan lakukan susulan.Yuran dh bayar n lain tinggal lagi...ari ni nak clear kan cek duit pendahuluan PTPTN n seterusnya nak jenguk rumah sewa dia nanti.Sib baik dpd kat Ipoh gak... mak lega la sikit.

Kalo dulu cikgu Yan dpt ITM Dungun (dah la sulung), mak dah mcm serba x kena termenung sana sini n satu lagi masa cikgu Yan nak posting guru dulu...bila dgor kwn2 dapat ngajar Sabah Sarawak, mak dh dok termenung lagi sambil ckp...kalo dpt semenanjung pun xpe...johor ke kelantan ke...asalkan semmenanjung...hikhik.Cikgu Yan lak dah tergeletek2 nak gi Sabah. Bila dapat posting matriks Gopeng (pd awalnya) mak dah hepi.Then x jadi kat matriks...dpt lak kat tempat cikgu Yan ajar sekarang...15 min dpd umah cikgu Yan...tambah2 la hepi dia.Sambil ckp...xpe ajo skolah lain bangsa pun xpe...asalkan dapat kat Ipoh.(pd fikiran dia...cikgu Yan single...lainla dh berumah tangga...x kisahla posting kat mane2 pun).

Kalo dulu masa dpt ITM Dungun... Arwah abah, mak n adik beradik anto cikgu Yan naik bas.Bila abis belajo pun naik bas gak.Jauh sgt nak naik keta masa tu. Bila belajo kat UPSI Tanjung MAlim... abah gak anto...kdg2 gi UITM Syah Alam jenguk adik no2 n then singgah Tanjung Malim.Sekarang... cikgu Yan la ganti.Sib baik adik bongsu x dpt belajar jauh2.Cikgu Yan bukannya berani drive jauh2.

Xpela nnti hujung2 minggu bolela bwk mak jenguk2 adik.hihi dekat jer.
Oh ye nak bsiap gi sekolah...ade hak invois yg perlu diselesaikan.

Friday, November 19, 2010

Kesibukan tahap maksima

Kelam kelibut dibuatnya ari ni n ari2 sebelumnya.Semua cikgu kelam kelibut dibuatnya dengan Sispa (sistem pengurusan akademik) online utk Jabatan Pelajaran Perak.Masalah utama adalah server lembap bebenor.Cikgu Yan hanya daftar nama je sebab kelas form3 x terlibat. Kengkawan yang ajo form 1,2 n 4 kena key in markah utk JPN tengok.Ade di antara kwn2 cikgu Yan yg jaga tgh malam ,tgh pagi dgn hrpn dpt send markah.ish ish payah jugak rupanya.Sekarang cikgu2 dah kena keyin markah 2 kali.Utk sekolah SPMM utk Jabatan Sispa.

Lagi satu kena hantar melalui emel adalah SGM(Standard Guru Malaysia).Ade 70 soalan utk di jwb then hantar melalui emel.Ni satu lagi hal... emel storage asik penuh mcm mane? nak hantar x berjaya.Suh hantar dlm emel gmail... cuba pk bape ribu guru kat Malaysia ni? Nak hantar emel kat sgm.offline@gmail.com...ish ish.Tapi...cikgu Yan dah berjaya hantar semalam.

Kelam kelibutnya ari ni... cikgu yan n Pengawas cikgu yan lupa lak lom buat senarai nama dlm gambo utk majalah.kelam kabut dibuatnya kenal pasti muka n nama budak.Alhamdulillah dah berjaya siap n emel.

ermmm...hari ni cikgu Yan dh disalahanggap dgn bos ttg satu situasi yg berlaku di sekolah.Sebab nak tolong kwn...cikgu yan bukan sahaja tersepit malah cikgu yan yg jadi bersalah terhadap menda yg tak cikgu Yan lakukan.BIla dah pk msk2...cikgu Yan betulkan keadaan semula n bersihkan balik nama cikgu Yan.Alhamdulillah berjaya.Berani kerana benar ok!

Boss pesan...ni merupakan satu pengalaman yg kita belajar n lagi satu bos ckp... menda yg baik,niat yg baik... dpt pahala dan perkara yg kurang baik pasti akan terbongkar.Thanks.

Cikgu Yan akan ke sekolah semula minggu depan sebab nak kemas2 meja cikgu Yan nak tutup dgn surat khabar.Ish sebulan lebih kompom berabuk nnti.Tadi x sempat... nak wish kengkawan selamat bcuti pun x sempat.mcm2 la...hikhik

Thursday, November 18, 2010

Sambutan Hari Raya Haji





Rumah cikgu Yan ade masak nasik minyak sempena raya aji ni.Cikgu Yan msk nasik minyak,acar n ayam masak merah.Mak masak dalca n rendang tok daging.Adik beradik mak n sepupu sepapat datang dgn keluarga masing2.Tetamu dtg sampai ke malam.Alhamdulillah... memang mak rancang nak adakan makan2 sebab xmo sunyi sangat sejak abah xde.

Petang n malam cikgu Yan ZZzzZZ... aci x? sebab bgn awal pagi nak masak semua tu.Petang sebelum tu dok beli belah bahan2 masakan.Cuti sehari jer.

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari raya Aidil Adha

InsyaAllah tahun ni arwah abah n arwah adik laki diupahkan Haji. Al-fatihah.
Pertama kali dalam keluarga cikgu Yan, kami beraya tanpa arwah abah n arwah adik laki.
Jika itu yg terbaik untuk arwah, cikgu Yan redha.Kami redha.

Cikgu Yan juga dapat perkhabaran daripada teman cikgu Yan yg ayahnya dimasukkan ke hospital.Cikgu Yan berdoa semoga abah teman cikgu Yan beransur sihat.Cikgu Yan boleh rase kerisauan dia sebagaimana yg pernah cikgu Yan alami dulu.Takde anak yg x risau bila ibu ayah sendiri sakit.Terima kasih sebab berada di samping cikgu Yan (walaupun jauh)ketika abah cikgu Yan sakit.Cikgu yan akan buat yg sama jugak.

Cikgu Yan hanya bercuti sehari sahaja untuk raya kali ni.xpela kan.

Kem membaca 2010










Selesai sudah aktiviti kem membaca.Paling akhir adalah jejak maklumat dan aktiviti yg guna surat khabar ni adalah tugasan terakhir group yg bertanding.Alhamdulillah, cikgu Yan bangga dgn AJK cikgu Yan.

Cikgu yan arah dorang siapkan apa yg cikgu Yan plan.Semuanya berjalan lancar dan pagi ni selsesai dah penyampaian hadiah.Cikgu Yan lega sebab dah siap kertas cadangan bajet n brgn yg hendak dibeli.Tinggal lagi esok nak buat reso rekod2 Pusat Sumber.AJK cikgu Yan dh print kan.yeahhhhh.Cikgu Yan bangga n x rase sikit pun rugi pilih AJK feveret cikgu Yan.

Sunday, November 14, 2010

Estet





HAri ni cikgu Yan tengok movie kat TGV Jusco sebab nak tgok citer estet arahan Mamat Khalid.Cikgu Yan mmg x ketinggalan tgok citer Mamat Khalid.Sebabnya kelakar.Tahun 2010 ni baru sekali ni masuk Panggung.Cikgu Yan penah tgok citer Jangan pandang belakang dulu...ermmm sakit kepala di buatnye sebab stress setiap adegan...hantu asik keluar je...hihih.
Masuk kul11.55 pagi...habis dekat kul 2...kluar panggung eh ade Mamat Kahlid n pelakon INdia...Mohan n Sasi Tarans.Bergambo dengan dorang.Salah satu sebab kenapa cikgu Yan tgok adalah...student sekolah cikgu Yan ade menari kat dlm filem tu.Dorang pergi ramai org n menari .Sempat gak bebrual dgn MAmat khalid dgn memperkenalkan diri sebagai cikgu sekolah...Mamat ckp nnti dia akan tayangkan kat bebudak tu pulak.hihihi

Saturday, November 13, 2010

Minggu akhir

Minggu terakhir persekolahan... tapi byk menda yg perlu diselesaikan.Semakin nak cuti semakin byk yg perlu dibereskan.Lega dah settle buat kertas cadangan program.Pening mengadap kertas kerja n mencari idea.Lepas ni nak buat bajet Pusat Sumber lak.

Kerja buat buku2 rekod PS thn depan lom siap.ermmm bole kejar ke cikgu Yan? InsyaAllah.Semua cikgu tgh bz waktu ni termasuk di Johor sana. uwaaaa.

Cikgu Yan masih lagi tersenyum bila pk dinner tu.hikhik.Tahun ni byk tui kenangan manis selain berita sedih.Banding thn lepas, cikgu Yan byk memendam rase.

Papepun cikgu Yan bersyukur pada Allah sebab menyusun perjalanan hidup cikgu Yan yg begitu indah.ermmmm

Friday, November 12, 2010

Bila terasa rindu

Bila Terasa Rindu - Dafi

April 11, 2008

Tajuk Lagu/Lirik: Bila Terasa Rindu
Penyanyi/Artis: Dafi

Apa agaknya khabarmu disana
Disiniku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa siksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal disitu
Meskipun ku puja jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada apa yang terdaya

(Korus)
Bila terasa rindu
Ku sebut namamu
Dengan harapan
Kau kan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu
Ku bayang wajahmu
Dalam angan dan
Baru lah ku terasa bagai disembuh

ooo jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa disana
Tak sabar menanti detik kepulangan
Namun hingga itu apa yang termampu

(Ulang Korus)

Terlintas di fikiran
Untuk meminggirkan saja semua pencarian disini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar.. mencabar .. oooooo.. oooo…

Thursday, November 11, 2010

Dinner - Malam menuju puncak


Dinner yang berlangsung kat Hotel Syuen dgn Japanese n Asian food.Cikgu Yan x berapa suka sushi...so cikgu Yan mkn ala kadar je ditambah pulak jadik AJK...bz dgn beberapa perkara utk tolong2 sikit AJK yg lain.Cikgu Yan x sangka dpt byk hadiah mlm tu.Malu tapi hepila jugak.Sepanjang balik...dlm keta membuatkan cikgu Yan sengih mcm kerang busuk je sepanjang jalan.Semua org hepi...dinner yg dpt pujian dpd semua org...terbaik buat masa ini.
Ape perasaan cikgu Yan ketika dpt best dressed tu? MALU tapi hepi.hikhikhik.Cikgu Yan sendiri yg buat crown tu sebagai AJK.hikhik then dpt pakailak or perasmi.











Cikgu Yan dapat 3 hadiah

1. Cabutan bertuah
2. Stylista (Penampilan menarik di tempat kerja)
3. Best dress (mlm tersebut)
Berdasarkan kiraan undi.
Sendiri buat 'crown' sendiri dapat pakai.Alhamdulillah rezeki.

Tuesday, November 9, 2010

Help!

Uwaaa...tiba2 ari ni cikgu Yan ter bz sesangat...tolong!tolong!
Selain keja sedia ada...cikgu Yan kena wat kertas kerja untuk habiskan duit sekolah sebanyak RM3K++ ermmm...kalo x abiskan kena pulangkan balik duit tu pada gomen...so kena abiskan...cikgu Yan dah abiskan RM17k++ utk pusat sumber...skrg duit lain lak...xpe2

Esok dinner yg dinanti2kan...hikhik...tolong2 sikit jadik AJK...

Esok kena ngadap kertas kerja n pk brgn yg akan dibeli beserta harga anggaran.Hari ni cikgu Yan dah siapkan anggaran hadiah hamper sempena MINggu Pasca PMR dan Kem Membaca.Esok dah boleh mtk org bookshop sediakan hamper.

ermm...cukup x kaki n tgn cikgu Yan buat menda2 tu semua... InsyaAllah...

Semalam n hari ni bz dgn sediakan laporan Pusat Sumber beserta gambar utk meeting ptg tadi kat PKG.Alhamdulillah dgn sepantas kilat...cikgu Yan siapkan...sib baik gambar2 dah ade.X rugi suka bergambar ni...sikit2 bergambar...

Sejak minggu lepas n minggu ni...topik hangat kat sekolah adelah... (kak yan...dinner kai baju pe?) hikhik
Semua org bz tnya baju pe nak dipakai sempena dinner bertema Glam Nite ni.hikhik.Sempena jadi AJK bantu org kuat Dinner iaitu Cikgu Zahran n AJK Nazirah,Ija,Yong,Suzi n lain2...maka kami pun bantu membantu lah buat pe yg patut.Cikgu Yan nye tugas buat Crown utk best dress...dah siap...yeaaaa...hihi.

Sunday, November 7, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....




30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, November 3, 2010

Cuti

Cikgu Yan start cuti Deepavali ari ni sampailah ahad.Amboi...tu le kelebihan ngajo sekolah ramai India n CIna.Mesti cuti lebih2.bes bes.Papepun...cikgu YAn n kengkawan bantu-membantu organise Dinner Rabu depan kat Syuen.

Maka dengan itu... cikgu Yan n kwn2 berjanjilah ari ni nak gi cari baju untuk dinner.hihi.bes ni.Glam Nite le katekan.Tambah2 cikgu Yan jadi presentor mlm tu.hikhik.

Saje suke2 je... sepanjang setahun ni kejenye asik marah2 budak je sampai senget2 tudung...biarlah mlm dinner tu glamour sikit.hikhik.

Cikgu Yan baru je balik klinik, teman mak amik keputusan darah.Sambil tu...cikgu Yan mtk doktor cek tekanan darah cikgu Yan.Sebab kerap gak sakit kepala kebelakangan ni.Doktor ckp... sebab muda lagi... baik amik ujian darah kat Pathlab.Doktor bagi surat suh pegi sana.InsyaAllah akan pegi.

Sunday, October 31, 2010

Hanya

Lagu “Hanya”
Artis “Melly Goeslaw

Hanya Dengan Sedikit Malu
Akhirnya aku Harus Akui
Keberadaan Cintamu Dalam Hatiku
Yang Kau Renangi


Resah Resah Singgah
Bila Terjadi Perang
Emosi Kau dan Aku


Jangan Pernah Menyanjung Cinta
Bila Tak Mengerti Maknanya Cinta
Satu Terindah Dalam Dirimu
Kini Ada Di Jiwaku

ku Inginkan Cerita Cinta
Terindah Bagaikan Dalam Dongeng
Percintaan Berhujankan Rindu
Asmara Kita Akankah Lama


Dalam Hatiku Terhibur
Bila Senyum Mahalmu Merebak
Resah Resah Singgah
Bila Terjadi Perang

Emosi Kau dan Aku

Friday, October 29, 2010

xde cerita ke?

Dah lama x update cerita kat blog ni...cikgu Yan bz ke? tak la... bz tu ade jugak...mood tu je blom ade untuk tulis.

Antara yang terhangat minggu ni adalah plan untuk Annual dinner sekolah cikgu Yan.Tema : Glam Night. ermmm cikgu Yan xde baju glamour2 ler. kena beli ke?hikhik
Banyak nampaknya plan yg dibuat oleh AJK dinner ni.Cikgu Yan bkn AJK tapi tukang sibuk je.hihihi.Kononnya nak buat dinner ala-ala grammy awards.hihi.cikgu YAn salah seorang penyampai pengumuman pemenang.hikhik.debar2 lak rase.Cikgu Yan berpasangan dengan sape? ha...rahsia...

Di samping tugas2 harian...cikgu Yan kena updatekan beberapa perkara...salah satunya tv ASTRO tu...kemudian aktiviti Matematik utk Pasca PMR dan kem membaca.Semuanya dalam perancangan dan InsyaAllah akan dilaksanakan.

Alhamdulillah...cikgu Yan x keseorangan...kwn2 ade bantu cikgu Yan.Yang penting kita buat dgn ikhlas...
Hari ni poket pameran cikgu Yan akan di pamerkan lah di SM St Michael.Pameran anti Jenayah.Cikgu Yan x pegi rasenya.Satu lagi video sekolah cikgu Yan (yg cikgu Yan berlakon tu) ada gak ditunjukkan. hikhik. Silalah berkunjung SM St Michael n tgok pameran sekolah cikgu yan kat sana 10.30 pagi hingga 5 ptg.

Minggu depan 2 ari je sekolah.Pastu rabu sampai Ahad cuti...lama kan.Yela cuti raya Deepavali...awal2 dah siap ganti.Sepupu cikgu Yan kawen 6 Nov...sebelah rumah je.lom beli adiah lagi.


Esok pagi akan ke kubur lagi.Ni rutin setiap pagi sabtu n ahad.InsyaAllah.

Sunday, October 24, 2010

Poket pameran




Cikgu Yan dah siap buat poket pameran... masa meeting ... setiap ketua kumpulan akan bentangkan perkembangan tugasan masing2.Ketua cikgu Yan bentangkan progress keja.Bila tunjuk... pengetua ckp... xpayah ckp sape buat... pastu pengetua pandang cikgu Yan...hikhik... pengetua tau...kalo warna pink or purple... xlain x bukan tentu cikgu Yan nye hasil kerja...

Cikgu Yan tersiput-siput...