Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Thursday, December 1, 2011

Nikmat Allah


Cikgu yan akan bercerita tentang kedua mak dan ayah mertua cikgu Yan.Alhamdulillah cikgu Yan dikurniakan dengan mak dan ayah mertua yang sangat memberi sokongan kepada cikgu Yan (selepas mak dan arwah abah cikgu Yan).

ermmm ayah dan mak mertua cikgu Yan ni la yang menjodohkan cikgu yan dengan husben.Dan sangat2 kebetulan tarikh lahir mak mertua cikgu yan sehari sebelum hari lahir cikgu Yan iaitu mak mertua 25 Mac dan cikgu Yan 26 Mac. Manakala hari lahir arwah abah pulak sehari sebelum hari lahir husben cikgu Yan iaitu arwah abah 29 Nov dan husben 30 Nov. Bukan itu sahaja nombor hp cikgu Yan jugak berturutan dgn no hp husben. Bukan rancang... pertama kali terima sms daripada husben cikgu di awal perkenalan dulu...cikgu Yan terkejut. Nombor hp cikgu yan di akhiri 8044 manakala no hp husben diakhiri 8144.

Takdela yg spesel sgt pada nombor-nombor tersebut cuma apa yang boleh cikgu yan cerita adalah...kadang-kadang tuhan menghadiahkan satu nikmat yang tidak kita sangka DAN kadang-kadang Allah turunkan kita musibah tanpa kita sangka juga.Berbalik kepada - yang baik datangnya daripada Allah , yang jahat datangnya daripada kesilapan kita sendiri- cikgu Yan setuju.

Cikgu Yan bersetuju sgt perkahwinan dengan restu orang tua membawa kebaikan. Berbanding tanpa restu ... jika berlaku masalah kepada sape hendak kita rujuk.

Apa-apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya sebagaimana ujian yang pernah cikgu Yan hadapi sebelum ini dan yang paling berat tahun lepas arwah abah sakit dan meninggal dunia.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Cikgu Yan terpaksa menahan air mata demi untuk tidak tunjuk kepada mak.Cikgu Yan kena kuat walaupun cikgu Yan hampir rebah.

Namun ujian datang bukan sekali dua tetapi berkali-kali atas sebab hikmah yang Allah nak tunjukkan.Cikgu Yan mempunyai keluarga mertua yang sentiasa berada dibelakang cikgu Yan, gelak ketawa bersama dan menangis bersama.

Teringat ckp kwn cikgu Yan..dilla... walaubagaimanapun lumpuh kaki kita, kita kena berusaha berdiri dan berjalan walaupun jalan senget2... masa akan pulihkan keadaan kita dan sampai masanya kita dah boleh berlari... (cikgu yan tgh seret2 kaki...hikhik)

petikan daripada salah seorang blogger yang boleh di kongsi bersama :

"Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti?"

We never know what Allah's plans and what's in store for us. Everything happen definitely for a reason dan ujian tu kadang-kadang takkan berhenti sampai kita rasa macam dunia ni tak adil pada kita tapi insyallah yakinlah bahawa di penghujung jalannya pasti sesuatu yang indah. Percaya kepada takdir. Mungkin ada sesuatu di masa hadapan yang kita sendiri tak tahu.


No comments:

Post a Comment