Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Tuesday, March 30, 2010

Mengejar masa

Cikgu Yan sedang mengejar masa dan merancang untuk handle buku2 baru.Byk menda cikgu Yan kena buat cth kena isi borang minta,masukkan maklumat dlm kad inventori dan mcm2 lagi sbelum proses buku.Cikgu Yan bwk balik satu bundle file ni tapi x buat ape2.Sebabnye cikgu Yan ari ni bz pulak kat umah.kena anto adik ke bus stesen .Dia ade interview kat kl esok.Pastu bwk mbah(opah) gi mkn lepas anto adik.Minggu ni mbah tido kat umah.Dia suka kalo di bawak bersiar2.

So bawaklah bersiar2 walaupun ujan lebat bebenor.Then terus amik adik yg bongsu balik keje.Cikgu Yan belum rehat.Malam ni baru rehat.uwaaaaa.Ape keje pun x buat.Esok kena angkut balik file ke sekolah.

Harap esok xdela salesman dtg ganggu...cikgu Yan nak siapkan isi borang2 ni.Insya Allah.
Cikgu Yan kena kejar syllabus math form 3 gak sbb utk mid term exam...selaras utk Kinta.Buku exercise lagi nak cek.Nak kena observe dgn pk lagi dlm kelas.uwaaaaa.

Oh ye...tadi x larat dah dgn sorang budak kelas belakang ni.Cikgu Yan tgh ajo...dia berjalan2 xmo buat keje.Cikgu Yan x daya nak marah dah.So dia amik marker pen tulis2 kat white board.Bila cikgu Yan buat x tau...dia berjalan ke belakng pulak...dok padam dinding dgn pemadam.Bila cikgu Yan marah kat dia...Boy...DUDUKKKKKKK!!!!. Dia boleh pandang then dia buat bunyik....grrrrrr grrrr... aikkkkk mcm ghimau.
Cikgu Yan xtau nak mrh ke ape.Macam nak tergelak... ish ish ish...ade2 aje la bebudak ni.Boleh giler dibuatnye.So... mcm biasa...sabo sabo.Tarik nafasssssssss dalam2....hembus.hikhikhik

Monday, March 29, 2010

BZ

Ermmm... lelahnye rase ari ni.Lepas assembly pagi ni, gi kantin mkn pagi...lepas tu cikgu Yan di beritahu ade salesman dtg nak jumpa kat opis.Elok sampai opis... 3 org salesman dh tunggu.

Pergilah ke bawah kat keta masing2 tgok2 buku.Xpe...setiap org cikgu Yan akan pastikan dorang x hampa bila balik.Bergantunglah juga pada buku yang di bawa.Lebih kurang setiap orang dptlah dlm rm1k hasil jualan buku.Lepas tu cikgu yan kena urus invoice dorang dgn CC.Kemudian cikgu Yan masuk kelas.Then bila abis kelas, dtg lagi salesman.Yang ni mmg ade appoinment.Buku2 yg di bawa pun ok2.Dalam rm4k cikgu Yan beli.Elok lepas tu ade lagi dtg.Ya Allah.Cikgu Yan belum rehat lagi.Then masuk kelas balik.

Memang terasa penatnye mcm tawaf keliling sekolah.Maka esok bermula keja cikgu Yan nak proses buku2 tu.Insya Allah buat satu2.Cikgu Yan tau nanti lebih ramai salesman akan dtg.Cikgu Yan nak bernafas...tolong tolong tolong.

* Tolong! jgn ganggu cikgu Yan...cikgu Yan x perlukan awk lagi...cikgu Yan dah pulih ni...
*Cikgu Yan x berdaya dah ni...kena ZZzzZZ...hikhikhik...

Sunday, March 28, 2010

Ebbit




Pagi minggu lepaskan ebbit2 tu...biar bebas sikit.Tapi yg itam tu nakai sikit...suka lari laju2.hikhikh.Jantan ni aktif kot.Yang betina tu lemah gemalai je...
Tapikan ebbit ni xde suara.Kekadang tak tau dia nak ape.Cuma kalo nak mkn dia bergerak2lah tarik perhatian.Ntah sakit ke, hepi ke, marah ke...tak dpt di kesan.

Saturday, March 27, 2010

Maulidur Rasul dan pembelian





Tadi pagi ada sambutan Maulidur Rasul.Dengar ceramah tentang Nabi dan orang Arab.Menarik gak ceramah ustaz tu.Islam ni mudah cuma manusia ni yang cuba rumitkan terutama orang melayu.Kenapa Islam diturunkan kepada orang Arab bukan orang Melayu? Ustaz ckp kalo diturunkan kepada orang Melayu mayb penyebarannya adelah sampai Tapah xdan sampai Tanjung Malim.Bila diturunkan kepada orang Arab...tgoklah sampai ke pelosok dunia...Islam dapat disebarkan.Itulah kelebihan orang Arab. Dan ade lagi pengisian ceramah tu.

Yang paling x tahan tu....bila dia ckp bab aurat wanita.Katenya syaratnye tutup kecuali tgn n muka.Cara mane nak pakai...pakailah.Nak letak brooch, berus gigi pun boleh ...jgn letak penyapu sudah.Nak lilit, nak pusing nak fesyen2...nak letak lampu pun boleh kat kepala.hikhikhik.

Lepas jamuan pagi... pembekal buku dtg... pengetua suruh Ketua Panitia, guru library pilih buku.Maka pilihlah.Ni lah pembelian pertama.Minggu depan dah bersedia dah dgn appoinment dgn penjual buku.Maka bertindak memulakan proses buku.Tanggungjawab.

Friday, March 26, 2010

LAGI KES DERA - Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

"Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa
amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain
lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar
bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok
aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang
nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH
PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas
agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA
sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang
tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit
kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! "

kihkihkihkihkih

Posing2



tu dia...terbako






hihi...xde keje...posing dlm bilik...saje2 untuk kenangan...kali ni beli kek daripada secret recipe namanya indulgence...nyam nyam dap nyerrrrr...mcm eskrim...

Hepi besday Cikgu Yan




Hari ni lah besday cikgu Yan...yang ke berapa ek? Tu le cikgu Yan dah bertambah2 umur ni.Tengah tulis blog kat sekolah ni.Balik lambat sikit sebab nak gi Jusco dgn kwn2...yong nak belanja makan.Dorang ade rehearsel Choral Speaking.

Sejak semalam cikgu Yan bertambah2 bz.Hari ni pun sama.Hari ni dah rase balik tekak pedih mcm clutch haus.hikhik.Macam x berdaya nak berckp masa mengajar.Tadi ckp kat bebudak masa mengajar...
"Cikgu penat ni...tekak cikgu dah sakit...jgnlah bagi darah cikgu naik sampai kepala.Kalo naik tinggi sgt nnti cikgu boleh mati sebab pembuluh darah pecah.Kalau cikgu mati dalam kelas ni... cikgu akan pastikan cikgu jadik hantu...baru tau...ganggu2 awak semua."
Bebudak tu macam biasa lah....sengih2 mcm kerang busuk.
"Cikgu...cool cool..."
" Ok...sesapa rasenye nak mkn duster getah ni...sembang la lagi...sedap rasenye...kalah rase KFC"
"Ye ke cikgu...cikgu penah rase ke?"
"Mari sini rase dulu...baru tau"

Itu je cara nak suruh dorang diam,kalo marah rugi je...sakit ati,sakit tekak.hikhik.Tapi xpe bersabar banyak2.

Esok ade sambutan maulidur rasul dan LADAP.Mungkin pengetua suruh buat pengumuman sikit ttg program NILAM selama 10 minit.Ermmmm nanti nak prepare la ape nak ckp.BIncang dgn pengetua tadi... dia suruh belajar empowerment ke ape ke namanya.Iaitu mengagihkan tugas dan jgn buat sendiri.Dia suruh jgn risau ttg komen2 guru lain...Insya Allah akan buat yang terbaik.

Thursday, March 25, 2010

Lawatan dan Penanda Aras Pss di Kedah n Perlis



Taklimat


Anak sedara Datuk K



Padang Besar

Cikgu Yan semakin kurus ke? nape ek?


Galeri DiRaja dalam sekolah





Perbincangan dan menyiapkan tugasan

SMK Convent Alor Setar
Tersebutlah kisah...penatnyeerrrrr.Tapi xpe...enjoy dgn gelagat Pegawai2 Tekonologi Pendidikan tu.
Yang paling menarik...salah satu sekolah di Kodiang...salah satu Guru Media n Perpustakaan tu sebijik macam muka Datuk K suami Dato CT n kalo x salah dia pun ade sebut ttg Mak penakan dia Dato CT.So ...kami andaikan dia anak sedara Datuk K.

Alamak kena benti upload...ujan n takut kilat.x pasal2 kena beli modem lagi.hihihih

***********************************************
Kali ni pergi lawatan...makan minum tanggungan sendiri sempena menyambut seruan kerajaan nak berjimat.hihih xpela. Itu yang masa makan malam kat tepi stadium Alor Star tu pakai name tag.hikhik.Dah kena perli.Mane taknye abis je taklimat kat BTPN malam tu terus gi makan malam.waaaaa....malunyerrrrr.

Pergi Pekan Rabu,Padang Besar n Cendol Jo...popular katenye...try la makan cendol n cucoq.Okey la bes le jugak.Saje nak rase.Tapikan kat Pekan Rabu...laksa dia sedap.try mkn car keow tiaw...huh x sedap.

Malam tu mkn yong tau foo...balik hostel...kuar balik semua....waaa sakit kepala...mane taknye panas then masuk dlm bas sejuk aircon...kuar pulak panas...mcm tu la citenye...Cikgu Yan ni berpenyakit x boleh panas...hihi

Oh ye dalam perjalanan balik dpd Padang besar...lalu kat kawasan ladang tebu terbesar di Malaysia kat Perlis tu.Saujana mate memandang ladang tebu tu.Rupanya tebu tu ditanam dpd anak lagi ....dah macam pokok serai...lepas tu baru naik mcm pokok tebu.Mati2 ingat pokok serai.Lepas tu tebu2 kena di bakar sebelum di proses buat gula.

Cikgu yan macam nampak bantal je malam ni.Baru pukul 8.15 malam.eh...esok Cikgu Yan nak buat sedikit azam baru lah.macam nak mulakan hidup baru pulak.Ok gak.Amin

Baru tiba

Cikgu Yan baru je sampai umah kul 12 tengah malam ni.Penatnyerrrrr.Esok nak keje pulak.Nanti2 cikgu Yan cite ttg perjalanannya ke Kedah n Perlis selama 2 ari ni.

Monday, March 22, 2010

Packing-packing

Maka hari ni kat sekolah tersangatla kekelamkibutnye.Memula nak key in markah bebudak tu.Ntah tiba2 server SPMM down.Hilang dah markah satu kelas.uwaaaaaa.Terpaksa print list nama n tulis markah bebudak dalam list nama.Huh bernafas pun x sempat.Tak lama lepas tu, akak CC kol suh gi opis kena sign invoice belian then dia mtk masukkan stok n kasik nombor kat dia.waaaa... x cukup tgn...

Siap2kan markah then Pengetua kol, salesman dtg nak jual buku.uwaaaa... x cukup masa.Terpaksa berterus terang dgn pengetua ckp mmg x cukup masa sebab esok n lusa ke Kedah N Perlis untuk lawatan n penanda Aras Pusat Sumber.Pengetua ckp...ok...settle kan hal keje2 wajib dulu.fuhhh lega.

Masuk ke kelas , then masuk bilik guru ...server dah ok... lekas2 masukkan markah.Lega...siap.Buat stok n kasik nombor kat akak CC.Lega sesangat.

Ha...baru tringat...semalam ptg ntah mcm mane modem kena kilat.Rosakkkkkk.waaaa.Masuk ikut line telefon kot.Padahal mane de on komputer pun masa tu.

Tadi pagi sempat kol uncle komputer tu suh setting semua n janji amik kat Silibin.Kali ni amik modem ngan wifi.wow... wow la sgt...wow dgn RM RM RM...hikhik...pejam mate je la...malas nak pk.Sekarang ni tgh tulis blog kat ruang tamu sambil tgok tv citer sindarela.wow...besnyer. syoknyerrrr.
So... ade hikmahnye modem kena kilat ni.hikhikhik.Kali ni kena jaga baik2...

Tengah pk ni...ape lagi nak bawak utk esok ni.Kain baju dah masuk.Pe lagi ye.Kalau tgok aturcara utk esok...memula sampai ke sekolah SMK Convent Alor Setar, then gi BTPN Kedah, ptg ade taklimat sikit.Malam ade Bengkel Pengurusan Pusat Sumber.Esoknyer...pepagi ke SMK Tun Bendahara, Kodiang n last sekali SK Santan Kangar Perlis.Mak aiiii padatnye.Petang bertolak balik.Kompom malam baru sampai.

Semoga selamat sampai dan balik n jumpa kengkawan.

Sunday, March 21, 2010

Hati

Dalam dunia ni, mana ade yang kekal.Kalau hilang, hilanglah.Walau macam mana kite sayang pun, takkan datang balik.Kita yang selalu tunggu masa tetapi masa tak pernah tunggu kite.dalam kite menunggu masa, kite x sedar masa dah berlalu sebenarnya.Masa dah pun merubah apa yang ada di tangan, fikiran dan hati kite.

Barang yang hilang datang gantinya, mata yang tutup akan terbuka,luka yang berdarah tinggal parut semata.Bila tiba masanya, yang berakhir akan kembali semula.

Setiap hari, celik mate kite, kite mengharap hari akan berjalan lancar, kite mengharap pada cuaca, kite mengharap pada orang lain.Tapi adakah yang kite harapkan tu semestinya yang terbaik untuk kite.

Memang susah hendak menilai hati manusia. Yang berniat baik atau jahat, yang ikhlas atau tidak.Walau bertahun kite kenal, takkan mungkin kite tahu semuanya.

Hati manusia memang susah hendak di nilai tetapi masih ade yang setia , sanggup menolong pada bila2 masa dan mereka itulah harus kite hargai sampai bila2.

Lumrah hidup yang indah hanyalah sementara.Apa yang kite sayang, yang kite pegang sekuat2nya boleh hilang dalam sekelip mate saje.Walau kite tahu hakikatnya, kite tetap x mampu menghalang hati kite sebab hati kite akan sentiasa mencari keindahan biarpun berapa pantaspun masa berlalu.

Kite mungkin xkan tahu hati dan perasaan orang yang menderita, betapa perit dan seksanya mereka menghadapi liku2 kehidupan seharian.Tapi...ape yang pasti kite cuma boleh berharap, satu hari nanti tuhan akan bagi kekuatan kepada mereka untuk bangkit semula.

* Tahniah. Jagalah hati masing2?
*Hati aku? Hatiku dah pun terkubur.

Friday, March 19, 2010

Kursus kat BTPN Kedah

Cikgu Yan baru menerima panggilan telefon tadi.Di beritahu kena hadiri kursus/khidmat bantu di sekolah2 di Kedah.Maklumat lanjut kena tunggu surat Isnin ni.Then selasa bertolak.ermmm 23-24 Mac 2010.Tidur semalam je.

Memang dah lama x pegi kursus luar Perak.Kali ni pegi under Guru Media n Perpustakaan.Harap2 semua berjalan lancar.

Thursday, March 18, 2010

Klinik gigi

Pagi tadi dah pegi klinik gigi n dah tukar warna pink.Kali ni betul2 pink x mcm bulan lepas pink muda.xde pape yg tidak selesa.Semua ok. Macam biasa, balik je dpd klinik mak dah masak kanji nasik n kerabu nangka.besnyerrrrr.

Mungkin mak masih teringat awal2 dulu Cikgu Yan hadapi kesukaran untuk makan sebab mmg rase betul2 x selesa n sakit luka di pipi.Di tambah sakit di hati.Kombinasi yg cukup buat cikgu Yan susut tubuh badan.Tapi ni bulan yg ke 3...semua ok...mungkin bila berlaku pergerakan gigi lagi...akan rase ngilu n denyut... tapi xpe...dah biasa.Perubahan pun dah ade cuma tunggu proses merapatkan gigi yg telah di cabut.

Maka, bolelah nak meyemak paper exam tu...hihih(malasnyerrrr)

Wednesday, March 17, 2010

Tak masuk akal



Comel nyerrrrr....
Cikgu Yan belikan adik bongsu dia monyet tu...hikhikhik...ops... sepasang arnab...
uwaaa....sejak dua menjak ni senyuman cikgu Yan dah lari alignment...hihi...tu le...
xpe xpe sabar...

Adik : Kak Longggggg... nak kucing tu... comelllll
Kak Long : berapa RM?
Adik :RM850.00
Kak Long : pengsaaannn
Adik : Nak arnab?
ish ish ish
Kalo RM850 baik beli gelang emas...hikhik

*************************************************************************************
Tadi pagi pergi dengar taklimat ttg kolej untuk adik.Kolej yang pertama ni kat Pantai Timur.Macam biasa...dorang nak interview konon layak atau x masuk kolej tu.Cakap dgn dorang...cikgu Yan n adik dtg bkn psl interview cuma nak tau ttg kolej ni.

Kursus yg di tawarkan hanya diploma dlm pelbagai kursus kesihatan.cth nurse,farmasi, dll.Tanya ttg yuran n pinjaman.Paling2 terkejut dia ckp yuran rm60k n pinjaman pun leh dpt rm60k.Cikgu Yan terus ckp...agak mahal. N PTPTN akan beri sampai sbyk tu ke? Pengalaman cikgu Yan diploma rm15k n ijazah rm21k dpd PTPTN utk IPTA.Bila dorang ckp yuran sampai Rm60k...bagaimana pulak dgn perbelanjaan diri n buku.Yuran je dah rm60k.Lepas diperbetulkan pulak...oh tersilap...yuran dlm rm35k ikut kursus.Cikgu Yan berasa sangsi je.Maklumat yg di beri tanpa persediaan.Kurang meyakinkan.

Ermmm kena lebih berhati2 ni.Pengalaman yg lepas adik no 4 masuk UNITAR anggaran perbelanjaan dalam rm15k je untuk diploma.

Dipertanggungjawabkan

Cikgu Yan dipertanggungjawabkan adakan reunion untuk kwn SK Guru Nanak.(1982-1987).InsyaAllah.Memilih tarikh 3 April 2010 sebagai cadangan n respons.kawan ade cadangkan 1 Mei 2010.So dalam perbincangan.Masing2 kerja luar Ipoh n berkeluarga.So kelonggaran di beri untuk hari n masa.setakat ni 2 orang dah kompom boleh join.Cikgu Yan anytime je asalkan Ipoh.Tapi xtaula pulak kalo ade tiba2 urusan yang x di duga.Papepun cikgu yan handle gak reunion ni.

Tuesday, March 16, 2010

Muhasabah

Semalam cikgu Yan dapat berita kedai runcit popular kat sekitar kampung cikgu Yan terbakar.Anggaran kerugian rm450k.Ermmm kemudian cikgu Yan terfikir...tuhan kalau nak amik ape2 sekelip mate je tanpa tunggu sesaat pun.Disebabkan itulah jugak...kite sebagai hambanya jgn leka, jgn lupakan Allah.Bila dah berlaku...ape nak di kata... yang memandangnya hanya boleh zahirkan ucapan semangat manakala yang memikulnya...hanya tuhan yang tau.

Ujian tuhan pada setiap hambanya tentu ade hikmahnya.

Kemudian cikgu Yan teringat pulak dgn pakcik yang menjual keropok kat sekitar silibin tu.Dia berkopiah dgn berbekalkan seguni keropok kering.Cikgu Yan bangga bila tgok dia berniaga bergerak dpd satu org kepada satu orang cuma cikgu Yan jadi geram bila dia paksa untuk beli dan bila cikgu Yan ckp...saya dah ade keropok...saya x nak.Pakcik tu boleh ckp...jgn kedekut nnti Allah pendekkan rezeki.Kemudian dgn nada perli dia ckp...nah amikla keropok ni bagi kat anak2.ermmmmm.Pe ni...berniaga secara paksaan n then siap perli.

Cikgu Yan siap ckp...pakcik...pakcik xpayah doa mintak pendekkan rezeki saya.Sebenarnya cikgu Yan dah dpt maklumat ttg pakcik ni melalui mak cikgu Yan.Mak cikgu YAn ade membeli keropok dia sbb pakcik tu ckp...tolongla beli...nak buat tambang balik kelantan.Cikgu YAn juga ade dgor beberapa cerita lagi ttg pakcik ni.Dia mengatakan anak dia ramai...sedangkan dia x pernah berkahwin.Lagi satu nilai keropok dia sebungkus hanya 80 sen tetapi dia jual 3 rm10.ermmmm... hrp dia sedar ape yg dia lakukan.

Sebenarnya setiap manusia ade kekurangannya.Cuma sedar atau tidak je.Cikgu Yan sedar byk yg cikgu Yan kurang dalam diri ni.Tapi cikgu Yan rase x patut di aniaya.Ape2pun cikgu Yan redha.Cikgu Yan sedang mencari ape hikmah yang tuhan nak beri pd cikgu Yan.Papepun buat masa skrg ni cikgu YAn mohon ketenangan hati.Cikgu Yan nak tidur dgn lena sampai pagi.Cikgu Yan xmo tersedar malam2 n teringat mcm2.ha...mlm ni cikgu Yan tidur dgn mak lagi...hikhikhik.Mak tau cikgu Yan sdg susah ati...cuma mak x penah tanya puncanya.Dia hanya boleh baca bila cikgu Yan mtk tidur dgn dia.

Cikgu Yan dh rase mengantuk ni.

Monday, March 15, 2010

Tekat timbul


Terpikat dgn yg ni...baldu itam n benang silver....cantikkkkkk

pilihan warna
Maka tadi penuh dgn aktiviti sosial...hikhik...dpd pagi sampai ke petang.Memula pagi2 ajak makcik dpd Putrajaya tu pegi kedai tudung ariani(yg ekin mawi pakai tu) kat Greentown Nova.Harga bolela tahan.Masih belum sesuai nak pakai tudung ariani ni...sebab dahla mahai tp kalo x sesuai dgn muka kite...rugi je beli.Cantik mmg cantik tapi masih belum perlu lagi buat masa ni.

Disebabkan makcik nak ke Guang Zhoa April ni bersama dgn isteri2 Datin...maka dia pun membuat persiapan untuk keperluan dia.Temani dia memilih tudung ariani ni.Kemudian sebelah petang makcik n suami ajak gi ke Kuala KAngsar untuk tempah Tepak tekat timbul buatan tangan n beberapa keperluan lain sebagai persiapan untuk perkahwinan anak2 nya kemudian hari.

Teruja jugak tengok mcm2 warna n pilihan corak bunga tekat timbul.Menurut tuanpunya kedai...kain baldu diimport dpd England n benang emas dpd German.Bayangkan untuk tepak sirih je kalo jahitan mesin Rm60 je tapiiiiiii kalo jahitan tangan rm650.mak aiiii.Beberapa jenis brg tekat timbul buatan tgn ditempah makcik yg hanya boleh siap Jun nanti.ermmmm terujanya.Then mula pasang angan2.

Cikgu Yan mmg ade simpanan tekat timbul tp hanya jahitan mesin je.Tu pun dah cukup teruja.Tambah2 bila tgok kite boleh ppilih warna n corak bunga.Mcm bes jer.

*Esok ade aktiviti lain lak bersama mak n adik2.Rase nak tempah baju la jugak.
*Lusa nak gi Pejabat Belia n Sukan ade taklimat Kolej untuk adik bongsu ni.Nak kena urus dia ni sambung belajar.Kena standby kalo2 x dpt masuk melalui UPU.Pesan dgn dorang...ilmu sgt penting ...
*Khamis ade appoinment dgn klinik gigi lagi utk kali ke 3 kot.nak pilih warna pe pulak kali ni? Nampaknya ade perubahan...berlaku pergerakan gigi...saltu la rase denyut2 kdg2.
*Abis tu bila nak semak paper exam??? hihih...pe la cikgu Yan ni...

Sunday, March 14, 2010

Fikir

Cikgu Yan sedang dalam proses -clean disk- dalam otaknye.hikhik. Buang2 ape yg patut.Ape2 pun insya Allah masa akan mengubati kesakitan yang di hadapi cikgu Yan.

Ish bknla pasal ape pun...xde menda pun...tapi!!!! cikgu Yan ada persepsi sendiri dgn ape yang berlaku.Faham2 je la cikgu Yan tersangatlah sensitifnya.Cuma ape yang berlaku kali ini benar2 mengajak cikgu Yan supaya buangkan ruang yg selalu cikgu Yan simpankan untuknya.Cikgu Yan bersyukur pada Allah yang masih sayangkan cikgu Yan dan sentiasa memberi petunjuk.Alhamdulillah.

Bila cikgu Yan dah boleh kawal emosi ni sekarang, cikgu Yan xnak salahkan sesapa.xde sape yang salah melainkan cikgu Yan sendiri.Terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa ade ketika cikgu Yan perlukan mereka.Masa2 beginilah juga cikgu Yan akan tidur dengan mak cikgu Yan di bilik.Cikgu Yan rase selamat.

Cuti seminggu lagi.Cikgu Yan xade plan ape2 pun melainkan nak semak paper exam student.

Thursday, March 11, 2010

Total blackout

Tadi ptg masa tgok cinta kasanova xxl...terbekenan dgn satu perkataan ni -total blackout- yg membawa maksud no more kontek2 or di kontek...lebih kurang la mcm tu.
Cikgu Yan dpt semangat baru dpd kwn2 di sekeliling n x sekeliling...hihiih

Cikgu Yan telah muktamad membuat satu perubahan dlm hidup dia...hihi serius bunyinye...
Malas la ckp pasal tu...

Tadi baru terbaca buku motivasi oleh Dr HM Tuah Iskandar yg bertajuk -Membina imaginasi cemerlang-
Cikgu Yan tertarik dgn bab ni....Emosi Penyelesai masalah...di sini di sebut org yang tidak pandai menyelesaikan masalah adalah orang yang tak pandai mengawal emosinya.

Kemudian di sebut ttg ni

Fahami dan hayati bahawa masalah itu datangnya daripada Allah dan Allah yang akan menyelesaikannya, bahkan penyelesai yang diistiharah kepada Allah adalah yang terbaik.Dengan ini emosi dapat dikawal, hati menjadi tenang, sabar dan penuh mengharap.
Apabila hati mengiyakan setiap masalah datangnya daripada Allah dan Allah akan menyelesaikannya, segeralah selesaikan urusan anda dengan Allah (urusan2 Fardhu Ain) agar Allah selesaikan semua masalah anda.

Tertarik dgn ayat Al Quran ni

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu.Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia adalah amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al Baqarah ayat 216

Mengantuk

Sejak semalam cikgu Yan rase mengantuk je.Siang pun sama. xpenah pulak macam ni.Pagi2 td jaga bebudak exam pun rase mengantuk.Lepas tu dalam bilik guru pun mengantuk...mayb sebab marking paper bebudak kot.Cikgu Yan takut nak tido ptg takut mlm nnti x bole tido.

Sejak semlam cikgu Yan belum lagi jamah nasik.Memang takde selera.Perut macam lapar tapi xde rase nak makan.parah ni dah? xpe2 nanti2 okla tu.

Tadi result SPM keluar.Dengar khabar result jatuh 6%.Cikgu Yan x ajar form 5 jadi x berapa excited nak tau.

Jaga bebudak exam ni payah jugak.Bila dah siap jwb...dorang dah x reti dok diam.Nanti adela je nak ke tandas.Pass keluar tu bersambung2 guna bergilir nak ke tandas.
Hari ni dah abis exam.Cikgu yan baru abis semak 1 kelas dpd 2 kelas.Takpe...esok cikgu Yan xde kelas.Bolela semak.Semalam ape pun x buat.Bawak je balik tp xbuat ape2.

Alamak...cikgu Yan rase nak menjerit la...hihih dah giler ke? hihih...

Tukar tajuk

Cikgu Yan terpaksa tukar tajuk nama kursus n daftar ol nama lelabah tu...sebab cikgu Yan dpt kesan ramai yg search laman web tu akan nampak laman web cikgu Yan...alamak ...x berapa bes pulak...

Pulih

Pulih ke? x sebenarnya... masih terasa sakit di sana sini...cikgu Yan tidur tersangatla awalnye semalam.Cikgu Yan takut nnti x boleh tdo.CIkgu Yan pujuk diri tidur awal2.Alhamdulillah bole tidur walaupun kadang2 terimbas igauan ngeri...

Semalam tenghari cikgu Yan dpt video call dpdnya tp...nape ntah dgn hp cikgu yan tu...(hp baru tu mmg blom pernah wat video call)...x dengar suara pulak. Tapi waktu tu cikgu yan kena masuk kelas nak jaga exam
Dalam perjalanan dpt panggilan biasa pulak. Cikgu Yan x dpt kawal emosila...cikgu Yan bckp tanpa henti dan letak telefon.ishhhh nape ntah cikgu Yan ni.

Cikgu Yan hrp cepat2 la masa berlalu.CIkgu Yan xmo ingat ape2 dah ni.Luka cikgu Yan masih basah lagi.CIkgu Yan x salahkan sape2.CIkgu Yan yg salah.Cikgu Yan mohon maaf atas salah silap dan cikgu Yan pun memaafkan atas segala yang berlaku.Walaupun bumi ni terbalik atas bawah...mmg xde ape yg boleh mengubah ape yg telah berlaku...Cikgu Yan umpama boleh memandang tapi xbole mendekati...jadi cikgu Yan nak hilangkan diri dan jadi orang lain...

Tuesday, March 9, 2010

Jujur

Dalam hidup ini, macam2 bole berlaku.Kadang2 kita bersangka baik dgn orang tetapi sebenarnya sangkaan kite jauh meleset.Hubungan sesama manusia ini kadang2 boleh menjerat diri.Cikgu Yan menghadapi hari yang paling buruk dalam hidup dia ari ini.

Cikgu Yan selalu menafikan ape2 yg buruk ttg temannya.Tapi sebenarnya semua tu benar.Cikgu Yan xdela menghadapi kerugian daripada mane2 segi pun cuma hati cikgu yan terluka.Sebenarnya terdetik di hati cikgu YAn menda2 ni cuma cikgu YAn degil untuk menerimanya.Sekarang mungkin Allah hendak tunjuk pada cikgu Yan supaya jgn berdegil lagi menghadapi kenyataan.Tu la cikgu Yan memang mcm ni, selalu xmo berpijak di bumi yang nyata.Semoga cikgu Yan sedar dan redha kenyataan sebenarnya.

Cikgu YAn sedang menahan butiran kaca jatuh dpd kelopak matenye.bole ke tahan? hihih.Apela cikgu Yan ni.bak orang putih ckp -face the fact-

Apekah mungkin berat badan cikgu Yan akan jatuh lagi?Apekah mungkin cikgu yan susah melelapkan mate lagi? Kite tunggu episod seterusnye minggu depan....hikhikhik mcm drama swasta lak.

Cikgu yan sedang menanggung satu perasaan yg sgt berat ni.Cikgu Yan sedang letak ubat gamat untuk ubat luka di hati dia.2 botol cukup x?Mampukah ubat gamat mengubatkan luka tu.Harap2 cepat kering luka tu.Sebenarnya dah byk kali luka di tempat yang sama.Tapi...kenape cikgu Yan sanggup biarkan hati tu terluka lagi.Then ubat then luka.Siapakah gerangan yg buat cikgu Yan jadi gitu?Please...jgnla ganggu cikgu YAn k.Nampaknye cikgu YAn mcm tenang je tu.Nak doala untuk cikgu Yan semoga jadi lebih tabah.

Cikgu Yan yg salah.Cikgu yan la kena terima hukuman ni.Hukuman sebab cikgu Yan degil.Cikgu Yan dah tau tapi cikgu yan sengaja buat2 tak tau.Cikgu Yan doa byk2 kat tuhan semoga hati dia tenang dan melupakan menda yg buruk yg berlaku pada dia ari ni.Sian kat cikgu Yan kan?

LUpakan semua tu.

Esok bole dah semak paper math.kul 7.40-8.40 pagi kertas math esok.

Alamak....nape dh menguap ni.Macam petanda baik je ni.Tunggu isyak jap pastu..ZZzzZZ(takutnya xleh zzzz ni)

*kepada teman cikgu Yan - sian kat cikgu Yan tau, jgn kelirukan hati dia...cikgu Yan sedang melupakan awk tau...
*tahun lepas sama tarikh mcm ni gak...awk buat menda yg sama...

Tukar tajuk

Semalam Encik Naza sms...gitau dah bole update lelabah online tu...ok tapiiiiii nape mcm lupa username n password....ermmm kena sms pulak la tanya...ape nak jadi dgn cikgu Yan ni...

March test

Maka exam pun bermula... dah get ready dgn paper math esok... so esok dh mula marking paper exam...lagi cepat lagi bagus...

Semalam pengetua masuk bilik guru untuk jumpa cikgu lain...then singgah kat meja...dia tanya...adakah dirini marah ke kat dia sebab tegur psl white board tu...ermmmm ( off record )

Dah lupakan.

2 ari ni penuh dgn aktiviti yg perlu dilaksanakan.hihihi.Semalam unty n uncle dpd Dungun dtg ke rumah n sembang2 sampai ke petang.yeaaa dpt mkn kepok lekor...bes bes...

Macam nak ZZzzZZ pulak...cikgu azian tahan tahan...hihih

Sunday, March 7, 2010

makan makan makan












Hari yang penuh dgn aktiviti makan.Pagi, ade meeting PIBG makan mee rebus.Balik terus gi Jusco...jln2 dgn kwn2.Then gi Ayam Penyet(kedai baru bukak kat De Garden)sebelah courts mammoth ngan yong ija n cikgu fendi.
Tak cukup dgn tu berpindah tempat kat secret recipe kat Ipoh garden... bersembang n lepak2 sampai kul 3 lebih.Makan kek.

Malam...cikgu fendi belanja kat Pizza hut Ipoh Garden...sembang n lepak lagi sampai kul 11 malam.Sakan tui.

Maka bermulalah acara -bina badan-.

Friday, March 5, 2010

ermmm... buat salah?

Pagi tadi dok excited nak jumpa pengetua nak mtk sign dokumen...dlm perjalanan terserempak dgn pengetua...ermmmmm

Pengetua : Azian, semalam u ade ajar 3 Murni?
Cikgu Yan : ye ada, double last period...
Pengetua : U x padam white board masa balik... penuh dengan tulisan.
Semalam, I nak observed cikgu petang dlm kelas tu...white board x padam lagi
Cikgu Yan :Ye, semalam sy buat revision dgn student... tapi saya mintak maafla...saya
terlupa pasal x padam white board tu...
Pengetua : Dalam contact time kan dh ckp... 5 min sebelum balik...kena padam semua
tulisan...

ermmmm... Cikgu Yan telah melakukan kesalahan sbb x padam white board yg sepatutnya di padam oleh ketua kelas...cikgu Yan mengakui kesilapan tu...dan x mungkin akan berulang lagi...
Selalunya cikgu Yan akan pastikan belakang kelas xde sampah berterabur di sekeliling bakul sampah...sebab pengetua mmg suka cek bakul sampah... bila dah pastikan semua tu ok...baru cikgu mulakan mengajar...tapi ntahla semalam... dah kena tegur sbb x padam white board...ermmm :(

Thursday, March 4, 2010

Kerinduan

Hari ni teringat kwn sepergaduhan yg berada di bumi Perancis tu...sms kat dia... :)(sib baik reply...kalo x gaduh balik) ...mcm biasa gaduh baik x benti2. Pe nak jadik ntah.hihih. Pasrah je la... trade mark dah asik gaduh...Orang nak tgok kite bermusuhkan? tapi kita xbermusuh... kite bergaduh ...penat x?
* sorila ek...dah faham sgt pangai gegila ni...

Na O Mei


Ermmm 6.30 ptg setiap Isnin-Khamis memang ditunggu-tunggu cite ni.ermmmm sebab tiba2 terminat ngan Adi Putra tu.Dulu masa cite Tanggang... xminat pun kat dia.Tapiiiiii....cite ni...admire nyer... cool, bersahaja je.

Tuesday, March 2, 2010

Bahang kesibukan

Bahang kepanasan telah reda bila hujan turun akhir2 ni. Tapiiii...bahang kesibukan dah terasa ni.Hari ni belajar dpd CC buat kad stok yang mane byk menda nak ditulis dlm kad tu bila belian di buat.Kertas exam dah siap di riso...keja2 staple dan kira dah di buat...tinggal lagi nak cek bilangan pelajar setiap kelas.Lepas tu bole hantar ke s/u peperiksaan.

Kalo settle semua tu...nak buat skima markah utk kertas exam tu.Ini bermakna...cikgu yan kena jawab soalan tu dulu la dan buat skima markah.uwaaaa.Harap2 xde ape2 masalah dgn soalan exam tu. Kalo x kena buat edaran ralat la kat soklan exam tu.

Hihihi.... teringat masa buat soalan2 sivik tahun2 sebelum tu.Abisla segala nama kekasih, bekas kekasih, bekas bekas kekasih ( ish ish ade koleksi ke?), nama dorang masuk dalam soalan.hihih.Sonok pulak.Ganti je nama Ali ke Ahmad ke Ah Chong ke dgn nama2 yg disukai.hihihih. Ntah pape je.Tapi kali ni xdela pulak sebab soalan math xdela letak nama2.

Esok kena jumpa CC lagila sebab x mahir lagi buat kad stok tu sebab byk sgt helaian borang yg berbeza nak di isi.Guna pen merah n pen itam.ermmm mate x mengizinkan lagi utk tulis ni.

Monday, March 1, 2010

Suntikan semangat

Pagi ni pagi2 siapkan buku rekod n hantar pada pengetua...lega...then pegi library...Puan Cheong tanya ade x ape2 yg dia bole bantu untuk buat khidmat masyarakat dalam library untuk subjek sivik.Dia suruh senaraikan bantuan yang diperlukan.Sudah semestinya keceriaan library.Memang dah lama nak buat kata2 kat dinding dan lain2 tempat.So jadi legala ade yg tawarkan bantuan.

Nanti nak fikirkan ape yg diperlukan untuk menceriakan lagi library.Letak pokok2 bunga kecik...ok gak...ok fikir2... bes ni...