Hari ini cikgu Yan mengambil cuti rehat untuk menguruskan pendaftaran kematian.Di samping itu untuk menemani mak cikgu Yan di rumah.Adik dan suaminya telah pulang ke Pahang pagi tadi.
Cikgu Yan tidak dapat lagi nak menceritakan kedukaan yang baru berlaku.Cuma cikgu Yan anggap ini adalah yg terbaik untuknya.Semoga dicucuri rahmat.
Kejutan pertama pada tahun 2003, allahyarham penah koma selama seminggu kerana paru2 dimasuki kuman. Doktor memberitahu saat itu memang kritikal.Dengan kuasa tuhan ... sihat sepenuhnya semula.
Kali ini... pergi untuk selama-lamanya setelah di 'post mortem' didapati paru-paru berair.Kehilangan yang bukan di depan keluarga kerana tidur di rumah kawan.
Cikgu Yan kena tabah sebab cikgu Yan takmo mak cikgu Yan jadi lebih bersedih.Cikgu Yan kena pastikan mak cikgu Yan tidak terlalu mengingati ape yang telah berlaku.Abah berpesan supaya tidak tinggalkan mak sendirian buat masa ini.
*Mati itu benar.Akan datang tepat pada masanya tidak kurang n tidak lebih sesaat pun.
Pengumuman semua ....
13 years ago
Bersabar dan bersolat, sedekahkan fatihah banyak-banyak.
ReplyDeleteakak bersabar banyak2 yea akak...
ReplyDeleteja rasa ja dapat paham keadaan akak, kita kena tabah depan ibu bapa kita untuk memberi kekuatan pada mereka..
Al-Fatihah buat arwah adik akak...
kenangan lalu n eija...insya Allah...
ReplyDelete