Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Wednesday, September 30, 2009

Mood : keliru

Kadang-kadang kita x jangka apa yang dah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.Apa yang kita fikirkan blom tentu orang tau ape yg kita fikirkan dan sebaliknya.
Yang penting kita jangan kacau orang dengan hasrat orang pun x kacau kita.Biasalah manusia mane puas dengan ape yang dilakukan.xpe. Kita kena ingat kita ade DIA.

Kite pun kena sedar ..hint hint yang kite dapat... kalo patut balik ke kg..balik la tunggu pe lagi.

Kehidupan perlu diteruskan dengan sebaik-baiknya.Kena bersyukur dengan ape yang kite ade sekarang ni.Alhamdulillah.


Tajuk : Apa sebenarnya?

'Safi, nanti masa konvo safi Ogos ni , Sham akan bawa keluarga Sham singgah ke rumah Safi. Biarlah mereka berkenal-kenalan dengan keluarga Safi'.
Itulah janji Sham kepada aku ketika itu. namun hajat itu tidak kesampaian apabila pada masa yang sama Sham mendapat kerja baru di Pulau Pinang. Dia terpaksa menguruskan banyak perkara termasuklah pindah rumah.Aku tidak berkecil hati kerana aku ingin menjadi seorang yang memahami.

Sham adalah adik kepada kak Ita . Kak Ita merupakan rakan seUniversiti aku semasa di IPT ketika itu.Selepas sama-sama mendapat pekerjaan , aku dan kak Ita masih lagi berhubungan walaupun kami jauh terpisah oleh Laut Cina Selatan.Sehinggala satu hari, kak Ita menyampaikan hajat Sham untuk berkenalan dengan aku seterusnya menjalinkan satu hubungan yang suci.

'Safi, kau dah berteman ke?. kalau belum, kak Ita ada satu hajat.Safi ingat lagi tak Sham, adik kak Ita?' tanya kak Ita.
Ya, sememangnya aku masih lagi ingat . Pada cuti semester, setahun yang lalu, aku pernah ke kampung kak Ita untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekursusku di Perlis.Aku bermalam di rumah kak Ita. ketika itu adalah hari kedua hari Raya haji.Seluruh adik beradik kak Ita balik beraya termasukla Sham.Di situlah aku kenal Sham.Tidak banyak yang dibualkan di sana. Cuma semasa dalam perjalanan pulang ke IPoh aku dan sham ada berbual-bual sebentar semasa menunggu kak Ina mengisi minyak kereta di hentian rehat di lebuhraya.Aku terpaksa menumpang kak Ina ke Ipoh kerana tiket bas dan keretapi habis di sebabkan musim perayaan dan cuti. kaki Ina merupakan kakak Sulung perempuan keluarga Sham manakala kak Ita Kakak nombor empat.Kak Ina dan Sham meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. ketika itu Sham masih lagi menuntut di sebuah kolej di Gombak. Manakala Kak Ina bekerja di Kuala Lumpur.Tidak terdetik di hatiku ketika itu, Sham mempunyai perasaan terhadap aku. Cuma sekali sekala sham ada mengirimkan salamnya pada aku melalui kak Ita.

'Macam ni la Safi, safi tanyakan pada keluarga dulu , ok !'

Perbualan telefon antara aku dan kak Ita hanya singkat sahaja tetapi tujuan dan harapan daripada panggilan tersebut sangat besar.
'Nanti kak Ita berikan nombor telefon Safi pada sham , ye'

Selepas perbualan telefon dengan kak ita, aku termenung sebentar.Sememangnya aku tidak ada teman istimewa ketika itu.Sejarah cinta aku telah lama berlalu.Aku lupakan seketika dengan meneruskan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi. Aku tidak mahu di anggap telah gagal dalam hidup di sebabkan hilangnya sebuah percintaan.Kelukaan yang aku rasa itu terlalu dalam.Setelah sekian lama sepi tanpa cinta, timbul pula rasa keinginan untuk merasa kembali betapa manisnya cinta itu.Namun, adakah aku pasti,jika kusambut cinta tersebut aku berjaya untuk menjaganya.
'a aah, apa yang aku merepek ni?, bisik suara hati kecilku.

Aku mengimbau kembali ingatan aku ketika berada di rumah kak Ita.Semasa aku turun daripada bilik atas, kulihat Sham sedang mengacah-acah anak saudaranya.Aku hanya tersenyum memandang gelagatnya. Dia membalas senyumanku.

'Paksu, paksu', jerit anak saudara Sham.
Aku kemudian ke dapur melihat ibunya sedang memasak .

'Makcik masak apa tu?' tanyaku.
'Makcik goreng daging ni.Sham selalu bawa balik daging ni kalau pulang ke kolej', sahut ibunya.
'Lepas ni goreng ikan masin pulak', sambung ibunya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari selepas mendapat panggilan kak Ita, aku terima satu sms daripada Sham.

"Assalamualaikum, salam perkenalan. Sham"

Aku tersenyum.Aku membalas sms tersebut sebagai menyambut salam perkenalan itu.Daripada situ, bermulalah bibit percintaan antara kami berdua.kemesraan wujud dalam masa yang singkat walaupun baru sahaja menjalinkan hubungan.Sham akan selalu menghantar sms kepada aku sekadar untuk bertanyakan khabar.Ketika itu, Sham masih lagi bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani.Aku hanya menunggu panggilan telefon daripadanya kerana aku masih ada perasaan malu untuk memulakan sesuatu.

Semasa perbualan telefon dengan Sham, aku memberanikan diri bertanya kepadanya bagaimana boleh timbulnya kisah kami ini.Sham hanya menjawab dah jodoh. Dia mengatakan emaknya yang mencadangkan agar berkenalan dengan aku dengan lebih rapat.

" Orang tua, Safi! mereka lebih pandai menilai hati budi seseorang.Orang muda macam Sham ni manalah tau", terang Sham.

" Oo, jadi, orang tua Sham yang atur ye!, tanyaku.
"Anggapla ini dah takdir, Safi". Jawab Sham
"Eh Safi, dah sebulan kita berhubungan, tapi masih lagi belum bertemu. Sham ingin bertemu dengan Safi tapi nantila Sham aturkan ye!. Safi, nanti bila kita bertemu jodoh, Safi nak ke tinggal dengan sham , sama-sama mengharungi susah dan senang bersama?.tanya Sham.
"Kalau dah namanya suami, safi akan sentiasa berada di samping suami", jawabku.
"Sham nak kahwin cepat-cepatla safi, takmo tunggu lama-lama. Sebulan lagi kita bertunang ye!. Hujung tahun nanti kita kahwin", ujar Sham

Aku hanya tersenyum ,mendengar cadangannya.

Pada suatu hari, di suatu petang, Sham menelefon aku.Katanya dia akan telefon aku di sebelah malam ketika dia bekerja shif malam.Dia mengatakan ada perkara penting untuk disampaikan kepada aku berkenaan masa depan kami.

"Safi, Sham dapat tawaran kerja baru di Pulau pinang. Kilang tu kilang yang besar milik negara German.Waktu kerja adalah 9-5 petang. Tak ada lagi shif.Banyak jugala insentif dan kemudahan yang ditawarkan.Sham dihubungi pihak kilang tu tadi siang.Mereka minta Sham fikir.Sekranya Sham setuju, Sham kena ambil surat tu di Pulau Pinang", terang Sham.
Aku diam dan mendengar sahaja cerita Sham.

"Safi... Safi setuju ke Sham tukar keja? tanya Sham
"Eh Sham.. Bergantung dengan diri Sham la. Kalau Sham rasa itu baik untuk diri sham, terimala. Kenapa Sham tanya safi?, tanyaku pula.
"Bila sham bekerja di kilang baru ni, jawatan Sham bukanla segah dengan jawatan sekarang". jawabnya.
"Asalkan Sham dapat menyara safi dan anak-anak kalau kita kawen nanti,itu sudah memadai Sham.Apalah yang hendak di gahkan dengan jawatan sekiranya pendapatan tidak seberapa". terangku.
"Jadi , safi setuju ye. lega Syam.terima kasih Safi.Syam tanya sebab ini tentang masa depan kita berdua. Esok sham akan ambil surat tawaran".sambung syam.

Aku merasakan diri aku dihargai.Aku suka sekiranya setiap sesuatu masalah ataupun kerumitan dibawa berbincang bersama.

Aku memaklumkan hajat Sham kepada ibuku.Ibuku tersenyum lebar.ibuku memaklumkan kepada opah dan makcikku.Mereka tidak keberatan menerima kerana kak Ita sememangnya selalu datang ke rumahku apabila cuti hujung minggu mengikut aku pulang ke kampung.Aku juga memaklumkan kepada ibuku bahawa Sham dan keluarganya akan singgah di Ipoh setelah menghadiri Konvo kak ita dan aku di Tanjung malim.

Hatiku berbunga riang.Aku sibuk dengan persiapan konvokesyenku itu.Inila masa yang kutunggu-tunggu.Impianku selama ini ingin memakai jubah tercapai.Terimbau kenangan ketika aku bersama bekas kekasih hati aku dulu,
" Safi, susah apa...kan ada banyak jubah dijual dikedai-kedai...pakai je la" usik Azri, bekas kekasihku suatu ketika dulu.Ohhh! kenangan demi kenangan tiba.Apa khabar Azri sekarang ni? Hampir 4 tahun terputus hubungan.Sudah-sudah, jangan ingat-ingat.

Oh ye! Sebelum menjelangnya hari konvokesyen, Syam bercadang turun ke Ipoh.Dia memberitahuku akan tiba malam hari dengan menaiki bas dan terus ke hotel.

"Syam,Safi mintak maaf ye, tak dapat nak jemput Syam di stesen bas.Ye la kan, Keluarga Safi tak benarkan Safi keluar malam hari." ujarku.
"Takpe Safi, Syam akan naik teksi nanti" beritahu Syam.

Setelah tiba di Ipoh, Syam memberitahuku yang dia telah pun selamat sampai ke hotel.Kami berbual di telefon agak lama.Berdebar-debar juga aku untuk bertemunya esok.

Hari yang dinanti pun tiba.Aku menjemput Syam di hotel sambil menikmati makan pagi di sana.Syam nampak sedikit kurus. Mungkin letih bekerja.Aku hanya mampu tersenyum memandangnya.kami berbual-bual tentang kerjaku dan juga kerjanya.Entahla, perasaan melonjak-lonjak untuk berjumpa tu tak tau untuk ku salurkan ke mana. Bila dah berjumpa, terasa malu pulak.Tak tau apa nak buat.

Tiada apa yang dibualkan, setakat berjalan-jalan di sekitar Ipoh.Syam memohon untuk terus pulang petang itu disebabkan dia terpaksa masuk kerja semula malam itu.

Beberapa hari kemudian, Syam memberitahuku bahawa dia telah bertukar ditempat kerja baru di Pulau Pinang.Dia mengeluh kerana apa yang dia sangkakan ditempat baru tu umpama indah khabar daripada rupa.Di sana mereka tidak dibenarkan kerja lebih masa.Semenjak Syam bertukat tempat kerja, dia jarang menghubungiku.Bila aku menghubunginya, dia sentiasa sibuk dengan urusan dia yang belum selesai di sana.

" Syam tengah cari rumah sewala Safi", alasan nya bila kuhubunginya.

Aku berasa sedikit kecil hati namun aku sentiasa memujuk hatiku bahawa dia sedang sibuk.Di sekolah, tiba-tiba aku diarahkan untuk berkursus ke Pulau Pinang selama 4 hari.Hanya tuhan sahaja yang tahu bahawa betapa sukanya aku untuk ke sana.Malam itu, aku memberitahu Syam yang aku akan berkursus di sana.Aku memberitahunya bahawa, kami diarahkan untuk pergi sendiri ke tempat kursus tersebut.Aku tidak biasa dengan Pulau Pinang.Aku berharap Syam dapat membantuku.

"Safi, Syam tak ada kereta untuk bawa Safi ke tempat kursus,, Syam ada motor je", beritahu Syam.
Aku diam saja.Aku tidak kisah semua tu.Aku hanya mahu lihat adakah dia gembira akan kehadiranku.
"Tapi takpela Safi, nanti kita boleh jumpa..Safi pun di Pulau Pinang banyak hari gak kan?, kata Syam

Keluargaku mengambil keputusan untuk menghantarku ke sana. Sebelom berangkat, aku membeli hadiah harijadi Syam di Ipoh.Harijadinya baru seminggu lepas.Sebatang pen berukir namanya akan kuhadiahkan padanya.Aku memandang pen tersebut dengan senyuman terukir dibibirku. ' Azrul Hisyam' itulah nama yang terukir di pen tersebut.Aku bungkuskan pen tersebut bersama kotaknya dan kuletakkan di dalam beg pakaianku.

Aku tiba di Pulau Pinang.Aku menunggu-nunggu panggilan telefon daripada Syam. Namun hampa. lalu aku memberanikan diri menelefonnya.
" Syam, Safi dah sampai Pulau Pinang ", beritahuku.

Namun tiada tanda-tanda gembira daripadanya. Dia hanya menjawab dia sedang makan.Terdetik dihati kecilku, mengapa Syam berubah laku.Kenapa tiba-tiba dia dingin denganku.Aku menyangkal semua itu. Mungkin Syam masih lagi tidak puas hati dengan kerja baru nya.

Hari-hari semakin berlalu.Syam masih tidak menghubungiku. Aku ingin memberitahunya jadual kursusku.Jadual kursusku agak padat sampai kemalam. Sehinggla malam yang terakhir, kursus ku lewat habis disebabkan ada persembahan berkumpulan.Aku menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki. Nombor telefon tersebut daripada telefon awam.Aku tidak cam suara tersebut.Suasana riuh di bilik kursus menghalangku daripada mendengar dengan baik.Tiba-tiba talian terputus disebabkan telefon bimbitku mengalami masalah bateri.Setibanya dibilik, aku terus mengecas telefon bimbitku, tiada pesanan.Aku hampa.

Keesokkanya harinya, setelah makan tengahari, aku bersiap-siap untuk pulang ke Ipoh dengan menaiki bas.Dalam perjalanan, aku bertekad,, sesudah saja aku melangkah melepasi jambatan Pulau Pinang, akan aku kuburkan segalanya tentang Syam.Aku sms padanya akan kekecewaanku padanya.Aku beritahu harapan menggunungku untuk menyerahkan hadiah harijadi untuknya.Dia hanya membalas sms menyatakan bahawa dia ada buat panggilan malam tersebut untuk keluar makan.Aku tidak mempedulikan semua itu.Tiada kesungguhan.Tiada istimewanya aku di matanya.Apa sebenarnya yang bersarang dalam fikirannya.Sepanjang perjalananku ke Ipoh, berbagai-bagai persoalan muncul dalam benak fikiranku.Apa salahku? Apa sebenarnya?Kemudian aku teringat tentang perbualanku dengan Syam suatu ketika dulu selepas dia berpindah ke Pulau Pinang.
"Safi, sekarang ni apa-apa pun perlukan duit.Tengokla apa dah jadi dengan anak-anak muda sekarang, berlaku maksiat di mana-mana sahaja, nak kawen tak ada duit. Buang anak merata-rata tempat", beritahu Syam.

Aku terpinga-pinga mendengar keluhan Syam.Apa yang hendak disampaikan pun aku tak tahu.Dia seakan-akan mengeluh terhadap apa yang dilaluinya.Tetapi mesej sebenar yang hendak disampaikan itu kabur.

" Syam rasa tak puashatila dengan kerja baru ni.Tak boleh kerja lebih masa.Kalau nak kerja lebih masa pun tak dapat apa-apa.Kalau kerja dulu, boleh la jugak dapat pendapatan lebih ", beritaunya lagi.

Aku hanya mendengar sahaja keluhannya.

"Safi, kalau ada jodoh kita kawen ye, Syam tak boleh nak janji", sambungnya.

Sebaris ayat yang menyentap hatiku.Kenapa tiba-tiba itu yang keluar daripada mulut Syam.Aku diam seribu bahasa.Rasa satu kepiluan yang amat sangat di dalam hatiku ini.Kenapa sesenang ini aku dibuang?Walaupun itu hanya satu pernyataan ayat namun aku faham maksud tersiratnya.Aku cuma pendamkan sahaja.Mungkin itu hanya luahan hati Syam yang merasa tidak puashati dengan kerja nya.Aku cuba meyakinkan diriku, tiada apa-apa.Aku cuba berfikiran positif dan kusimpan jauh-jauh kepiluan hatiku ini.

Namun begitu, dari hari ke hari, apabila kedua orang tuaku bertanya-tanya tentang perkembangan hubungan kami , aku hanya mampu berkata, Syam sibuk dengan kerjanya.Aku berdoa pada tuhan supaya tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku dan aku ingin menjernihkan kesulitan apabila aku tiba di Pualau Pinang.Namun, ketibaanku ini tidak memberi apa makna padanya.Ahh! Aku memandang ke luar jendela melalui tingkap bas.

Di tempat kerja, kawanku mencadangkan agar aku sms Syam untuk memutuskan hubungan kami.Aku sememangnya sudah bersedia untuk berbuat demikian.Aku ingin melihat apa responnya.Setelah aku sms, memang tiada apa-apa balasan yang ku terima.Sehinggala berbulan-bulan lamanya, aku menerima Sms daripada kak Ita, kakak Syam bertanyakan khabar dariku.Aku memberitahu kak Ita , aku tidak faham apa yang telah berlaku antara kami.Kenapa Syam mengambil sikap berdiam diri.Aku meminta supaya kak Ita menyampaikan pada Syam supaya memulangkan semula gambar-gambarku.

Beberapa hari kemudian, aku terima sms daripada Syam bahawa dia akan serahkan semula gambar-gambarku.dan dia juga menyatakan tidak tahu mengapa jadi macam ni perhubungan kami.Aku hanya mampu tersenyum.Cukupla, apa sahaja alasannya bukan sekarang baru nak diterangkan. Mengapa dulu dia membisu.Apakah masalahnya? Aku rela terima dia sebagai kawan sekiranya itu yang dia inginkan.Sudah tersurat tiada jodoh antara kami.

Memang tiada jodoh. Cuma janganla jadikan perempuan sebagai satu sandaran untuk menagih kasih.Hati perempuan amat lembut dan akan terluka dan terhiris teruk walaupun dangan sepatah perkataan.Aku kuatkan semangat meneruskan hidup ini.Berita tentang Syam tidak lagi kudengari.Sekiranyaku tau kau datang hanya untuk melukakan hatiku, tidak kubenarkan ini semua terjadi.

Jawapan untuk segala-galanya ada ditangan Syam.Biarla dia simpan.Bagiku, tiada apa lagi untuk kupertahankan jika tiada kesungguhan.
tamat


Tuesday, September 29, 2009

Mood : jiwang karat




DIA

Lagu ni memang betul2 terkesan di hati. Nape ek? hihih... Dia ... insan pertama yang bertakhta... Dia ...yang mengajarku erti rindu... ape dia buat sekarang ek? bz la macam biasa dengan bisnes nye.Aturan tuhan dalam kehidupan manusia ni memang x terduga. Dengan izinNya semua ni berlaku. :D

kenangan kekal : berdiri nye ku di sini sebagai seorang pendidik atas permintaanmu.


Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

1
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

2
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Monday, September 28, 2009



Coba (abang faizal)

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Sunday, September 27, 2009

Shopping n Open house






























































Tengahari tadi pi beli-belah sikit kat Greentown Mall (rainbow).Petang pi open house ngan adik-adik.Pi rumah cikgu Rosmira.

Thursday, September 24, 2009

Iftar di bulan Ramadhan


Berbuka di PTTC Meru dengan Graduan Anak Perak dan reunion kawan sekolah rendah.Ade yang 22 tahun x jumpa..n akhirnya jumpa balik....


Dengan cikgu cikgi kawan-kawan sekerja...

Di sekolah majlis berbuka di kantin sekolah.

Tahun ni ada 3 majlis berbuka puasa .Di PTTC Meru(27/8/09) untuk Graduan Anak Perak, di sekolah(9/9/09) dan bersama kawan-kawan di Johnny's(10/9/09).

Makan-makan n shopping selepas hari raya




Johnny's
Tinggal 3 beradik pompuan je. Sorang dah balik kampung suami dia di Jengka.


Parking 'roof top' macam dataran lengang je.Yela orang masih lagi beraya.

Menghadiri majlis perkahwinan kawan adik.. jadik peneman je



Pengantin tengah bersanding

Lagi-lagi raya


Posing dulu baru pergi beraya

Makan char keow tiaw kat dataran Ipoh

















Aidilfitri 2009


Raya ketiga

Wednesday, September 23, 2009

Hari raya yang indah.

Tetiba terminat lak lagu ni.Kawan suruh dengar.Tajuk dia Andai saja daripada Anima.

Andai saja kau masih sendiri
Ku akan jadi bagian hidupmu
Karena aku pun kini sendiri
Sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Yang sesungguhnya kau telah berdua
Bahagia dengan dirinya
Aku hanya bisa bersedih
Bersedih

Andai saja aku jadi milikmu
Andai saja kau pun mencintaiku
Ku kan akhiri kesendirianku
Ini

Yang sesungguhnya kau telah berdua
Bahagia dengan dirinya
Aku hanya bisa bersedih
Bersedih

~{}~

Andai saja aku jadi milikmu
Andai saja kau pun mencintaiku
Ku kan akhiri kesendirianku
Ini

Andai saja kamu putus dengannya
Andai saja kau akhiri dengannya
Ku kan gantikan dirinya untukmu
Jadi kekasihmu

Andai saja aku masih sendiri
Andai saja aku mencintaimu
Ku kan gantikan dirinya untukmu
Jadi kekasihmu






Tahun ni paling banyak beraya ke rumah saudara-mara. Bes jugak. Baju raya pun bertukar-tukar la kan. Nasib baik ada standby baju raya lebih.hihi