Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Monday, May 30, 2011

Kad kawen

Pagi ni pegi ke tempat kad kawen untuk tujuan editing dan shoot gambar untuk banting.InsyaAllah kad dan banting siap sabtu ni...bes bes.

Majlis kawen Ija





Semalam... cikgu yan n tunang menghadiri majlis perkahwinan 2 majlis perkahwinan... pertama kat mess polis di Ipoh dan umah ija kat taiping.ermmm... menarik dan cikgu Yan n tunang sama-sama melihat perjalanan majlis supaya boleh dijadikan panduan bila majlis kami nanti.Tahniah ija n daniel.

Saturday, May 28, 2011

Persiapan


Menuju ke destinasi
.................................................................................................................................................................

Alhamdulillah... cuti bermula... lupakan sekejap pasal sekolah, sekarang fokus pasal persiapan perkahwinan.Sejak semalam, cikgu Yan tekun menghiaskan tudung untuk bernikah dengan lace dan manik.siapla dalam 40%.

Tengahari tadi dok sibuk buat signboard untuk arah jalan ke rumah cikgu Yan.Dah siap.legaaaaa.Adik kat kuantan lak kol... nak sponsor goodies untuk kanak-kanak... bes bes.

Esok, cikgu yan ditemani tunang cikgu Yan ke 2 majlis perkahwinan di Ipoh dan Taiping.ermmm... pasni xleh jumpa dah... nanti hari nikah baru jumpa balik...(sabar-sabar)

Layout kad jemputan dah siap tp ade beberapa pembetulan ...InsyaAllah x berapa lama lagi siap n boleh edarkan.

Lepas cuti boleh edarkan pada kawan2 kat sekolah.

Thursday, May 26, 2011

Pengumuman-pengumuman

Adalah dengan ini diberitahu bahawa kerja2 cikgu Yan dah siap.Alhamdulillah. Kerja menyemak paper exam, kerja key in markah n kerja library (lom sepenuhnya).Maka dengan ini, esok cikgu Yan akan fokus pada telematch.Sib baik Pengawas n rakan-rakan bantu.

Apakah perkara-perkara yang perlu cikgu Yan hadapi smlm,skrg, n hari mendatang... iaiti SAPS, PASAK, SP Chart dan bermacam lagilah program JPN ni.Ya Allah tugas guru bukan setakat mengajar tetapi lebih lagi.

Hari ni penat bebenor bila mengajar dlm keadaan suara yg tidak romantik.hikhik...(mcm tarzan panggil binatang2 di dalam utan). Abis tenaga, haus dh anak tekak n balik berckp pun dah xmo.Kenape jadik mcm ni... pertama bebel la dgn result exam dorang...tidak memuaskan...n seterusnya mcm biasa tidak fokus n bising...

Kepala pun berdenyut n urat saraf dah ketegangan jer...

Oh ye... cikgu Yan nak ucapkan terima kasih kepada silent reader cikgu Yan yg setia baca blog cikgu YAn setiap pagi.Ermmm sebagai tanda ucapan terima kasih, cikgu Yan nak jemputla wedding cikgu Yan nanti...(pssst... sila emelkan alamat yer)

Monday, May 23, 2011

Episod bermula


Kesibukan mula melanda dalam kehidupan cikgu Yan.Pada saat ini 90% kerja2 menyemak paper exam telah siap.Manakala hari Jumaat ni, cikgu Yan kena handle telematch untuk Hari guru.Bermakna mulai skrg jugalah cikgu Yan kena mula berfikir acara2, brg2 yg perlu dan segala rancangan A-Z.
Markah exam, esok kena key in. InsyaAllah.Kerja2 proses buku library ptg rabu n khamis kena siapkan dgn pengawas sebelum cuti panjang.uwaaaaaa. Pas cuti.... pembantu library cikgu Yan pencen....

Yang paling major... persiapan wedding cikgu Yan pun bermula setelah segala brg yg berkaitan di beli... bertenang... bertenang...

InsyaAllah...Allah sentiasa bersama2 dgn kita.

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Hari Guru


Pertama sekali ucapan Hari Guru daripada tunang tersayang sehari sebelum n ucapan daripada rakan2 n yg paling bes hadiah 'one n only' daripada anak murid

Monday, May 16, 2011

Borang

Alhamdulillah... cikgu Yan dah submit borang nikah kat Pejabat Agama Islam Ipoh.Setelah dptkan tandatangan Pendaftar kadi semalam... maka ari ni kena anto borang kat Pjbt Agama utk mohon kebenaran berkahwin.Proses dlm masa 2 atau 3 minggu. Cikgu Yan x kisahla sgt psl tu.... yg paling penting... cikgu Yan dh selesai dgn hal borang nikah.

Semalam masa nak dptkan tandatgn kadi... kenala jugak soal psl rukun nikah dan rukun islam... mmg dh prepare sbb mmg dengar2 ckp2 org...ustaz akan soal.Ade yg kena bacaan dalam sembahyang n ade yg kena surah2 pendek.pasni giliran tunang cikgu Yan pulak kena sebelum akad nikah.

Masa nak dptkan tandatgn tok kadi... cikgu Yan dah rase bahang yg pernikahan cikgu Yan semakin hampir.Cikgu Yan asik bertanya pd diri sendiri...adakah ini satu mimpi... kalo benar ini adalah satu mimpi....cikgu yan xmo bangkit tido... nak teruskan cerita2 bahagia n indah ini.hikhik

Saturday, May 14, 2011

Exam berakhir

Semalam exam paper math.Paper 1 & 2... maka ari ni bermula keja cikgu Yan menyemak paper exam.Alhamdulillah setakat sekarang ni 9.27 p.m 3 kelas paper 1 telah siap disemak.Kertas objektif laju je nak semak.Jap gi nak mula paper 2 lak. Berkobar2 ni supaya semua keja beres n xmo tangguh...byk menda lain nak di buat.

Cikgu Yan berazam supaya boleh siap semak paper 2 untuk 3 kelas Isnin ni.So selasa boleh key in markah. satu untuk SMM (Sistem Maklumat murid) dan SISPA (Sistem Pengurusan Akademik).Ish ish byk betui keja cikgu skrg ni...

Tapiiiiiiiiiiii... sempena Hari Guru ni... kenape kami x boleh sambut... kenaperrrr... sambut untuk 2 masa pembelajaran sahaja iaitu 7.30- 8.40 pagi... 360 ari...x bole spend satu ari utk sambut ker...merundum sgt ke prestasi pelajar kalo satu ari miss belajar sbb nak sambut hari guru...Cikgu Yan kecewa... (thn lepas cikgu Yan sibuk menari poco2 ngan kengkawan... ingatkan nak menari nobody nobody lak... thn ni :( )

Papepun mesti pihak kementerian ada alasan sendiri dan ade rasionalnya.

Cikgu Yan sedang plan nak abiskan syllabus form 3 sebelum Julai.Sebabnya kami di beri arahan untuk abiskan syllabus sebelum 15 Julai. Time2 tu la pulak cikgu Yan bz dgn wedding.Tapi xpe... kena manage masa dgn baik.

Friday, May 6, 2011

3 bulan


Tag : masa bawak bebudak librarian ke Perpustakaan Awam negeri Perak program Let's read together pada 23 April 2011
#####################################################

Semalam 5 Mei 2011 genap 3 bulan cikgu Yan bertunang. Kejap je masa berlalu.Pejam celik pejam celik lagi 2 bulan cikgu Yan akan bernikah.Berpancoraba x masa alam pertunangan... jwpn nye tentulah -yer-. hikhik...

Wednesday, May 4, 2011

Alhamdulillah

Cikgu Yan bersyukur pada Allah sebab, pertamanya... cikgu yan dah siapkan kajian dan sesi pembentangan oleh kwn cikgu yan dah selesai.Lega sesangat...selama sebulan mengadap menda ni...kaji dok kaji...siap dh. settle
Keduanya adalah... syllabus matematik PMR dah selesai hingga bab 9... lega sesangat. Tanggungjwab cikgu yan setakat ni dh selesai sementara anak2 cikgu yan nak mengadap mid term exam...leganyerrrrr.... tinggal berapa kerat ari lagi nak ulangkaji...insyaAllah...

Dan jugak berapa kerat bulan lagi nak menghadapi majlis perutusan sehari cikgu yan.hikhik... penuh cabaran, penuh dugaan, penuh rintangan...thanks pada tunang cikgu Yan yang bersedia,telah dan sedang nak hadapi segala dugaan dan rintangan bersama2 walau apapun jua yg mendatang. Banyaknye menda nak difikirkan dan dibincangkan... Alhamdulillah segala perancangan, tindakan2 telah diambil tinggal lagi pelaksanaanya sahaja.