Cikgu Yan biasa melihat surah2 Yasin beserta dgn surah Al-Mathurat ni.Mungkin cikgu Yan bukan berlatarkan sekolah agama jadi cikgu Yan x biasa dgn fadhilat surah ini.Cikgu Yan disedarkan oleh kak Aisyah , kerani sekolah kat skolah cikgu Yan ttg betapa besarnya fadhilat surah ini dgn di akhiri dgn doa rabitah.
Jadi cikgu Yan belek2 balik buku2 kecil surah Yasin dan Al-Mathurat.Baca kelebihan serta fadhilatnya.
Kelebihan Al-Mathuratal-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) yang mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w.Al-Mathurat ini teleh dipilih dan dihimpunkan oleh As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan.
Zikir-zikir di dalam Mathurat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud
"aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam"
Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.
Ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung.In sya Allah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya.Rasulullah s.a.w bersabda;
" Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."
Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar.dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda," Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)
*****************************************************
Jika kita ada masa lapang ataupun ketika cuti bolehla cuba zikir2 yang terkandung dalam surah Al-Mathurat.Dekatkan diri dengan Allah dalam 1-2 jam selepas solat Subuh atau solat Asar.
InsyaAllah...setenang-tenang hati kita perolehi bila kita ikhlas lakukan...
Pengumuman semua ....
13 years ago
Yan..
ReplyDeleteBetul tu ayat2 Al-Mathurat mmg berkesan...GK sekolah Wan nasihat suruh baca ayat2 tu masa tgh stress...mmg berkesan...Alhamdulilah bila baca tu, rasa tenang sgt...itu kekuatan ayat2 tu...amalkannya, insyaallah tenang fikiran & byk fadhilatnya jika diamalkan...
ye wan... mmg berkesan tapi mesti ikhlas masa baca...
ReplyDelete