Saturday, December 24, 2011
Friday, December 23, 2011
Result PMR
Macam jaga baby je masuk kelas tu.Kena pujuk2 keluarkan buku n pen.Kena tarik nafas n senyum bila masuk ke kelas tu.Beristighfar bila nampak ada pelajar yg main2 lari kat belakang.Blom lagi yg bersembang mcm nak berperang kat kiri kanan.Yang perempuan pulak dok bukak salon rambut.Kena bawak pen xtra, pembaris bila nak mulakan subjek kegemaran dorang iaitu melukis graf.Bawak satu rim kertas graf.
Perkataan pertama yang keluar daripada mulut cikgu Yan
Barulah semua aktiviti terhenti.
"Nampak-nampak" depa jawab
" Teringin nak tengok kasut cikgu atas kepala awak"
"Tak nakkkkk"
"Apa lagi keluarkan buku"
kalo dgor 'gedebommm' tu...tgah marahla tu. Mangsanya kerusi atau meja cikgu yan jatuhkan,(ganas...hikhik)
Apa yg cikgu Yan perasan...mungkin cikgu yan terbawak2 perangai kebiasaan yg dilakukan di sekolah.Kadang2 kat umah volume suara cikgu Yan kuat,Adik tegur.eh baru perasan.ermmm lagi satu xpresi muka cikgu Yan...ermmmm ni betul2 kena kaji balik...bila marah cikgu Yan diam dgn muka yg kelat kot... dah biasa...( yg ni kena ubah).Tak bole buat kat semua org.
Malas ckp psl tu lagi.
*************************
Sekarang ckp psl skim SBPA... cikgu Yan sign skim SBPA dgn persaraan umur 58 thn.Ermm adalah sikit perubahan gaji...naikla sikit dan pergerakan gaji bulan Januari.Kalo dulu Julai.Alhamdulillah la kan. Satu lagi... thn depan ni dh cukupla time base cikgu Yan naik ke DG yg seterusnyer.Alhamdulillah la jugak.
Semoga beroleh keberkatan dan kebahagian pada hari mendatang.
Sunday, December 18, 2011
Abah
Sebak sgt... setiap minggu kami pergi ke kubur arwah abah n adik... sedekahkan yasin dan bersihkan kawasan kubur... walaupun kadang2 hanya kami je yg ada di kubur tu dikelilingi semak samun.Cikgu Yan teringat lagi bila cikgu Yan nak pergi kerja...cikgu Yan tertinggal bekas air minuman...arwah abah kejar cikgu Yan dengan moto vespa untuk beri bekas air tu...xdela penting sgt bekas air minuman tu... :(
Pertama kali cikgu Yan beli kereta kancil warna coklat dgn plet AET 8044... keta auto...time tu mmg takut sgt nak bwk tapi disebakan terpaksa untuk ke kerja...bwkla jugak... basikal pun lebih laju dpd keta cikgu Yan.Arwah abah suruh cikgu Yan bwk ...abah di sebelah...kemudian abah balik...tengahri abah dtg balik...cikgu Yan bwk pulak.Tu la sekali first try... esoknya arwah abah keja.Cikgu Yan kuar rumah seawal 6.45 pagi untuk ke sekolah yg jaraknya 7km jer. Sampai sekolah 7.15 pagi.Arwah telefon n tanya dh sampai ke belum.Sekarang x sampai 15 min dh sampai sekolah.hikhik.
Masa kereta cikgu Yan rosak di lebuhraya dekat Temerloh...arwah dgn payung berjalan kaki cari phone kecemasan...tapi hampa.Sedihnya rasa.Takmo ingat.
Arwah abah tau sgt mknn feveret cikgu Yan iaitu kotiaw kari.hikhik yg besnyer...mak mertua cikgu Yan pun tau...selalu buat kotiaw kari utk cikgu Yan.
Sedihnya bila kenang balik masa memula arwah abah di kesan menghidap kanser tahap 4. Abah terus diam xmo berckp n bersembang dgn kami.Arwah diam jer.Cikgu Yan ambl alih tugas ketua keluarga...cari alternatif rawatan arwah.Sejak dpd itu... masuk kelas jer...cikgu Yan akan sentiasa pegang hp ditgn sbb tiba2 cikgu Yan akan dikejutkan dgn hal2 kecemasan.Ya Allah...hanya tuhan jer tau betapa risaunya perasaan bila dikejutkan arwah pengsan, sakit n di bawa dgn ambulan, belum lagi cikgu Yan bwk sendiri ke hospital di kala 5 minit lagi nak berbuka puasa.Dalam kereta arwah menangis menahan sakit...cikgu Yan sabarkan sambil memandu.
Bila arwah di tahap kritikal... doktor beklakan ubat penahan sakit yg aling kuat iaitu morfin...wajib diberi 4 jam sekali.Cikgu Yan akan set jam bgn di tengah malam manakala disiang hari mak yg jaga pulak.X sanggup rasanya nak kejutkan arwah yg sedang tidur tapi kalo x diberi dia akan merasa kesakitan.
JIka tiba2 arwah rasa sakit...kami anak2 akan dipanggil dok di keliling katil sambil baca yassin.Kemudian arwah tidur semula.Cuma pada satu pagi kul 2.30 pagi... arwah panggil kami semua...kami baca yassin tapi kali ni arwah tidur selama2nya.
Ketentuan tuhan ...penderitaan arwah selama 3 bulan...sihat dan terus sakit.Wang ringgit bukan ukuran untuk kesihatan yg baik.
Bila ke kubur...mak n cikgu Yan akan mengadu pd arwah apa2 berita sedih dan gembira di dalam hati.
Tatkala menaip blog ni...airmata cikgu Yan tak berhenti mengalir.Teringat juga pada suami cikgu Yan yg sedang bekerja pada masa ni.
Saturday, December 17, 2011
Outdoor Gunung Lang
Friday, December 16, 2011
Braces
ni la wax...bila besi atau bracket bergesel dgn lidah atau pipi bahagian dalam...kite tutup besi tu dgn wax ni...mcm plastesin je...bila mkn tertelan lak..hikhik
Sal tu gambo kawen sengih manjang...tapi hikhik adela nampak gigi yg x rapat lagi belah kanan kiri.Rasanya dlm 3 bulan lagi kot boleh bukak.Pejam celik bermula dgn xray kepala n muka...cabut 4 btg gigi , 2 atas n 2 bwh...pakai bracket, pakai dawai, tukar getah...kesengsaraan(tanggung sendiri)...dah 2 thn.
Berat badan cikgu Yan jatuh mendadak bila pakai braces ni sebab sebulan yg pertama nak mkn gigi ngilu sgt n ulser terjadi bila hujung dawai cucuk pipi dalam cikgu Yan.Ayam goreng tu rasenye keras sgt nak dikunyah.Nak mkn kuih ke berger ke kena cubit2 supaya xdela tersangkut kat dawai2 tu bila gigit.
Sekarang laju jer... ngilu sikit2 je rasa.Sentiasa kena bwk eksoseri braces seperti pencungkil mknn yg melekat kat gigi.
Wednesday, December 14, 2011
Dating
Monday, December 12, 2011
Gerhana bulan
Jap gi ,gi tempah baju kai Tambun. ni la sesi feveret cikgu Yan.Ade 3 psg baju yg nak ditempah.Hepinyerrr.Ilang tensen.Sesi membeli belah sudah selesai maka sesi menempah kain. bes ni. ermmm xlama lagi ade lagi sesi membeli-belah bagi memeriahkan penghujung tahun 2011.hikhik.(tgh ade kesempatan...laju jer)
Saturday, December 10, 2011
Servis keta
Wednesday, December 7, 2011
Sunday, December 4, 2011
Andai angan-angan boleh jadi kenyataan
Setelah urusan pembatalan dibuat... cikgu Yan tanyalah dengan pihak tabung haji, mcm mana mak cikgu Yan nak pergi seorang diri. Kemudian pihak tabung haji ckp... hanya satu sahaja kekosongan untuk gantikan tempat arwah samaada anak lelaki atau anak perempuan.
ermmm...cikgu Yan terus pasang angan2... giliran cikgu Yan pada tahun hijrah 1444, sekarang baru 1433...lebihkurang 11 tahun lagi(jika panjang umur). Pihak tabung haji ckp... nanti bila mak dpt tawaran pergi haji tahun depan (InsyaAllah) kami kena jawab tawaran tersebut dan buat surat sebagai peneman mak.
Cikgu Yan tiba2 pasang angan2...kalo ade rezeki bolehla pergi tahun depan... jadi mulai sekarang cikgu Yan berusaha menyimpan duit dgn lebih efisyen lagi.Kalo xde rezekipun...simpanjela jugak duit untuk keperluan akan datang. x rugi pun.
So... sekarang fokus kepada menunaikan rukun Islam ke 5.
Al-Mathurat kubra
Jadi cikgu Yan belek2 balik buku2 kecil surah Yasin dan Al-Mathurat.Baca kelebihan serta fadhilatnya.
Kelebihan Al-Mathuratal-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) yang mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w.Al-Mathurat ini teleh dipilih dan dihimpunkan oleh As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan.
Zikir-zikir di dalam Mathurat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud
"aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam"
Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.
Ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung.In sya Allah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya.Rasulullah s.a.w bersabda;
" Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."
Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar.dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda," Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)
*****************************************************
Jika kita ada masa lapang ataupun ketika cuti bolehla cuba zikir2 yang terkandung dalam surah Al-Mathurat.Dekatkan diri dengan Allah dalam 1-2 jam selepas solat Subuh atau solat Asar.
InsyaAllah...setenang-tenang hati kita perolehi bila kita ikhlas lakukan...
Saturday, December 3, 2011
Cinta teragung
Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Woo Woooo
Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu
Wooooowooo
Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku
Friday, December 2, 2011
Thursday, December 1, 2011
Nikmat Allah
Cikgu yan akan bercerita tentang kedua mak dan ayah mertua cikgu Yan.Alhamdulillah cikgu Yan dikurniakan dengan mak dan ayah mertua yang sangat memberi sokongan kepada cikgu Yan (selepas mak dan arwah abah cikgu Yan).
ermmm ayah dan mak mertua cikgu Yan ni la yang menjodohkan cikgu yan dengan husben.Dan sangat2 kebetulan tarikh lahir mak mertua cikgu yan sehari sebelum hari lahir cikgu Yan iaitu mak mertua 25 Mac dan cikgu Yan 26 Mac. Manakala hari lahir arwah abah pulak sehari sebelum hari lahir husben cikgu Yan iaitu arwah abah 29 Nov dan husben 30 Nov. Bukan itu sahaja nombor hp cikgu Yan jugak berturutan dgn no hp husben. Bukan rancang... pertama kali terima sms daripada husben cikgu di awal perkenalan dulu...cikgu Yan terkejut. Nombor hp cikgu yan di akhiri 8044 manakala no hp husben diakhiri 8144.
Takdela yg spesel sgt pada nombor-nombor tersebut cuma apa yang boleh cikgu yan cerita adalah...kadang-kadang tuhan menghadiahkan satu nikmat yang tidak kita sangka DAN kadang-kadang Allah turunkan kita musibah tanpa kita sangka juga.Berbalik kepada - yang baik datangnya daripada Allah , yang jahat datangnya daripada kesilapan kita sendiri- cikgu Yan setuju.
Cikgu Yan bersetuju sgt perkahwinan dengan restu orang tua membawa kebaikan. Berbanding tanpa restu ... jika berlaku masalah kepada sape hendak kita rujuk.
Apa-apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya sebagaimana ujian yang pernah cikgu Yan hadapi sebelum ini dan yang paling berat tahun lepas arwah abah sakit dan meninggal dunia.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Cikgu Yan terpaksa menahan air mata demi untuk tidak tunjuk kepada mak.Cikgu Yan kena kuat walaupun cikgu Yan hampir rebah.
Namun ujian datang bukan sekali dua tetapi berkali-kali atas sebab hikmah yang Allah nak tunjukkan.Cikgu Yan mempunyai keluarga mertua yang sentiasa berada dibelakang cikgu Yan, gelak ketawa bersama dan menangis bersama.
Teringat ckp kwn cikgu Yan..dilla... walaubagaimanapun lumpuh kaki kita, kita kena berusaha berdiri dan berjalan walaupun jalan senget2... masa akan pulihkan keadaan kita dan sampai masanya kita dah boleh berlari... (cikgu yan tgh seret2 kaki...hikhik)
petikan daripada salah seorang blogger yang boleh di kongsi bersama :
Wednesday, November 30, 2011
Thursday, November 24, 2011
Ya Allah, tolonglah aku, jangan uji aku dengan ujian yang tak dapat
aku tanggung…, kalau anak hilang, maka banyak benda nak kena fakir,
dan aku tak nak fakir banyak benda, maka tolonglah aku ya Allah..,
Aku tahu aku banyak dosa, mungkin dengan ujian begini akan selamatkan
aku dari api neraka.., tapi tak bestlah ujian cam gini, isk…, ujian lainlah, dan oh, tak sanggup aku nak cadang ujian lain, sebab aku manusia biasa, lemah dengan ujian..,
Relaks, Hamka, semua yang akan berlaku adalah takdir Allah…
Allah know best!
(petikan blog keretamayat)
********************************************************************************
Ya Allah... cikgu Yan terima ujian daripadaMU... tapi x besla ujian cam gini...cikgu Yan berserah diri padaMu...
(-cikgu Yan bersalah-)
Wednesday, November 23, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Masquerade nite
semua nak rosak pada satu masa yg sama : camera,hati
Wednesday, November 9, 2011
Sabar menghadapi ujian hidup
Sabar Menghadapi Ujian Hidup
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Kedua:
Ketiga:
Keempat:
Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
kesalahan dengan segera.
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..
i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.
Bentuk ujian keatas manusia.
a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c. Ujian ke atas orang perseorangan
d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.
Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.
Fakta2 Penting
a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya
b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.
c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.
d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.
e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam
Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong
Thursday, November 3, 2011
kerja,kerja,kerja
Semakin hari semakin cikgu Yan rasa...hidup ini , celik mata kerja, celik mata kerja. Kadang2 sampai terigau2 dalam mimpi.
Papepun dalam saat cikgu Yan menghadapi kesukaran dan ujian dalam hidup...cikgu Yan gagahkan hati siapkan program Kem Membaca ni.Alhamdulillah , esok dah hari penyampaian hadiah.
Friday, October 14, 2011
hikhik
Macam manalah agaknya nye org yg cikgu Yan x kenali... menegur cikgu Yan seolah2 mengenali cikgu Yan sedangkan cikgu Yan x kenal pun dgn org yg menegur cikgu Yan.Macam mana org yg cikgu Yan xkenali mengetahui ape yg cikgu Yan tahu n tak ttg sesuatu perkara...hikhik (caught)
Cikgu Yan cuba berlakon (guna pengalaman lakonan yg dah terbit 2 video klip tu)... ok x lakonan cikgu Yan secara live...hikhik
-semalam dalam sejarah-
Tuesday, October 11, 2011
Kekangan masa
hikhik
kenapa agaknya cikgu Yan jadi macam tu? mestila ada sebabnya...cikgu mengalami kekangan masa yang agak hebat...Bermula 3 Oktober 2011-11 Oktober 2011 cikgu mengawas PMR di sekolah lain then bersambung 12-13 Oktober ada seminar pencinta buku di PTTC...uwaaa bape lama tinggalkan sekolah dah...
Pada masa yang sama...husben cikgu Yan bertambah n bertambah bz bila transfer keja tempat lain...uwaaa...cikgu yan dah lebih 2 minggu x balik kampung husben. Maybe esok kena curi masa balik kg n then berlari pulak gi seminar.
Sunday, October 9, 2011
penghujung cintaku - Pasha ft Adelia
Thursday, September 29, 2011
Semakin lembap
Bz gak la kan sebab petang baru abis.xleh la nak ZZzzZZ eh silap sejak dah kawen setiap ptg membasuh kain , mengemas n memasak.Kerja mulia tu.hihkhik.
Thursday, September 15, 2011
Besnyerrr cuti
****************************************************************
Ermmm...start semalam...bebudak PMR ade exam pra PMR...so cikgu Yan jaga exam je la...paper math selasa depan n mulalah kerja2 menyemak paper exam... kerja2 dlm library...alhamdulillah beransur2 siap...x bes tui dok lam library sensorang (cikgu Yan nak sembang2 ngan kengkawan)...ermmm dah tugas...
4 Oktober 2011...cikgu kena jadik Pengawas Peperiksaan PMR kat sekolah lain hinggalah 11 Oktober 2011...ok gak tukar2 angin...
Monday, September 5, 2011
Aidilfitri 2011
Salam Aidilfitri buat semua.Aidilfitri kali ni ...cikgu Yan beraya bersama suami tercinta.Alhamdulillah...tuhan telah kabulkan doa cikgu Yan di pintu kaabah.Pesanan suami cikgu Yan ... kite perlu pandang ke depan dan sama2 tempuhi kehidupan ini hingga akhir usia...
Sunday, August 28, 2011
Dugaan
ermmm semoga Allah pelihara kesihatan kami n semua.Amin
Thursday, August 25, 2011
Serabut
Paling mengguris hati satu statement... 'cikgux rase bersalah ke...ujung bulan pegi bank amik gaji'...
Tuesday, August 23, 2011
Tempoh bertenang
Kehidupan ...Alhamdulillah... manis,masin,pahit, tawar, masam dll rencah kehidupan.Perlu ada untuk keseimbangan dalam hidup.Ape yg penting ... kerjasama (wonder pet...hikhik).
Bagaimanakah persiapan hari raya cikgu YAn thn ini... buat masa ini...lom beli baju raya lagik...hikhik (mcm x percayakan)... tunggu suami cikgu Yan free n beli sesama (dah survey dah).Biskut raya... dah order n dlm proses menerima...untuk mak n mertua.
Alhamdulillah terhadap nikmat yang Allah berikan.Duri2 kecil yg timbul anggap sebagai dugaan dan buangkannya dengan cara yg betul.Kalo x, jari sendiri berdarah.
Monday, August 15, 2011
Menyepi
Tengok je buku2 dah rasa stress. Nape cikgu Yan kena handle byk perkara penting dalam sekolah...kajian tindakan kena buat, laporan PASAK kena buat ( 2 kali hantar laporan), meeting2 cikgu Yan kena pergi, pengawas,belian buku , pameran kemerdekaan dan mcm2 lagi.x baik mengeluh tapi itulah hakikatnya... kdg2 cikgu Yan terfikir...cikgu YAn ni bekerja sebagai guru ataupun bukan.Cikgu Yan minat mengajar tapi kena handle hal2 pengurusan.Cikgu Yan nak perbetulkan balik semuanya sebelum cuti sekolah dan persiapkan apa yg kurang dalam kerja cikgu Yan.
Perkara pertama adalah siapkan semak paper exam student.TInggal 2 kelas je lagi.last key in markah pada 19 Ogos.Cikgu Yan dah menjadi seorang pendiam sejak akhir2 ni...(sebab xde kwn nak sembang dlm library... barulah rase...secantik mana pun atau selengkap mana pun kemudahan yang ade dlm library...tapi kalo xde kwn bersembang...xde gunanya...hikhik..)
Monday, August 1, 2011
Hampir sebulan...
Alhamdulillah...hampir sebulan cikgu Yan mendirikan rumahtangga ... rutin kehidupan cikgu Yan pun telah berubah daripada bersantai2 lepas sekolah kepada lebih menumpukan hal2 kehidupan berumahtangga.Isnin hingga khamis...cikgu Yan duduk dirumah mak cikgu Yan manakala Jumaat,sabtu,ahad...cikgu Yan berada di rumah mertua.
Bersyukur pada Allah sebab tuhan ketemukan Shahrul Adli sebagai suami cikgu Yan.Alhamdulillah.
Ramadhan bersama suami dan pada masa yg sama tanpa arwah abah n adik.Tahun lepas, ramadhan terakhir arwah abah...abah dikesan kanser... masih segar dlm ingatan...Arwah abah tinggalkan kami pada 23 Syawal... :(
Allah maha adil menggantikan kehadiran suami pada ramadhan kali ini.
Sunday, July 24, 2011
Sunday, July 17, 2011
Kenangan Terindah
Malam acara potong kek n bukak hadiah
Makan beradap di rumah cikgu Yan
Cikgu Yan sah menjadi isteri Shahrul Adli
Saturday, July 16, 2011
Thursday, June 30, 2011
Seminggu lagi...
yong ngan ija xde lak kat sini
Ermmm 7 hari lagi majlis akad nikah akan berlangsung... bagaimanakah keadaan cikgu Yan sekarang... 2 ari dh cikgu Yan sakit kepala n terbaring je kejanya bila balik sekolah...lom lagi terbaring lam library ari ni... sampaikan cikgu zaran ckp... cikgu Yan dah mcm burung sakit or ayam berak kapur... citt...hikhik...(sakit kepala bebetui tau...)
ermm mungkin dua tiga ari ni cikgu yan bz gi fitting baju kawen lepas balik sekolah dengan keadaan panas terik...cikgu yan bersama 2 dayang sebagai peneman n pengkritik masa fitting baju n pilih eksesori baju.
Dahla tu...malamnye lak kwn2 ajak kuar makan konon 'bachelor party'...hikhik
Monday, June 20, 2011
BZ tahap melampau
Sabtu ni sukan...buku2 byk yg blom disemak... syllabus matematik PMR kena kejar... 1 ogos trial exam...library lak...penyerahan tugak AJK Tertinggi nak kena buat...ermmm... persiapan kawen kena on gak...
Hari Sabtu lepas jadi HAKIM NILAM... pas abis terus lari untuk ke majlis kenduri sepupu .Esoknya kat umah Pak Ngah...eh eh terjumpa tunang cikgu Yan pulak n keluarganya...hikhik... terusla berdating...
ermmmm :( semalam hari terakhir cikgu Yan berjumpa dgn tunang cikgu yan sebagai 'tunang' dia. Pastu kami x jumpa. (kena kuarantin selama 18 ari).Jumpa selepas itu sebagai isteri lak.KAmi dah janji akan berjumpa semula pada tarikh hari pernikahan kami di masjid.Macam manalah agaknya ye...
Sebagai pengganti diri...cikgu Yan terima kopiah tunang cikgu Yan... ermmm agaknya kalo rindu bolela pakai kot... hikhik ...(sob sob sob).
Tuesday, June 14, 2011
Tugas demi tugas
Macam mana cikgu Yan nak gi ngiring sepupu kawen ni... mcm maner...hikhik xpe2 jawapannya x pegi lar. Dok diam-diam jadi Hakim yg arif lagi bijaksana.
Ahad baru gi umah pak ngah.
Cikgu Yan dah edar2 kad kawen kat kengkawan sekolah.Kengkawan yg ikhlas tapi jauh...cikgu yan invite kat FB siap plan jalan sekali.
Mak cikgu Yan dok byk2 kali kira tetamu yang dijemput supaya selari dgn tempahan catering.Risaunyerrrr...
Sunday, June 12, 2011
Berakhirnya cuti...
Kerja-kerja persediaan...alhamdulillah beransur2 siap...mengikut perjanjian dgn tunang cikgu Yan...kami tidak akan berjumpa selama 3 minggu sebelum bernikah...maka tinggal sekali je lagi berjumpa minggu depan...pastu sob sob sob...masa bernikah nanti jumpa balik... hikhik
Alhamdulillah...kebenaran berkahwin telah diluluskan oleh jabatan agama Islam... skrg borang kami berada di tangan tok kadi...
Tuesday, June 7, 2011
Persiapan
Tudung untuk bernikah ... hasil tangan cikgu Yan
Cenderahati untuk rombongan pihak lelaki
Goodies untuk kekanak
Cuti yang begitu sibuk dengan aktiviti persiapan.Kepenatan, keletihan tapi puas ati.