Di depan bas pengangkutan utama kami Gua Hira' ade di sini Perjalanan ke Mekah Pokok kurma Di depan pintu masuk tempat cetakan al-Quran Istana Raja Arab atas bukit Menenun kelambu kaabah Dulu-dulu air zam-zam dalam bekas warna merah Kaabah dulu-dulu MUzium Ladang unta Naik unta di Jabal Rahmah Perjalanan balik ke Hotel...tu le sebabnya orang arab tutup semua muka...sebab tu salah satu cara daripada terkena terikan matahari Untuk ke Masjidil Haram kami menempuh laluan berhabuk disebabkan hotel2 diruntuhkan untuk pembesaran masjidil haram.Orang arab sedang mengangkat bekas2 kosong untuk diisi air Zam-zam. Masjidil haram di kejauhan Pemandangan di depan hotel Hotel kami Setelah beberapa hari di Madinah...kami ke Mekah.Perjalanan pun lebih 5 jam.Selepas zohor kami dah bersiap2 dengan pakaian umrah bertolak ke Mekah kemudian miqat di sempadan kawasan halal sebelum masuk ke Tanah haram Mekah sebelah petang.Pada masa ni la kami dah jaga perkara2 yang di larang semasa dalam ihram.Wuduk xpe batal bole amik balik.Lebih kurang 10 malam sampai hotel di Mekah dalam keadaan ihram.Simpan beg.Kemudian 12 tengah malam di ketuai ustaz muda pelajar U orang Indon menunjuk ajar memulakan Umrah pertama.Perasaan pertama melihat Kaabah...hanya tuhan yang tahu.Keadaan terang benderang dengan orang ramai menghidupkan keadaan Masjidil Haram.Melakukan tawaf, saei dan tahallul sehingga subuh.Kemudia balik ke hotel untuk tido sebab hari sebelum perjalanan yang jauh dan tak tido sepanjang malam.
Di belakang tu makam para Syuhada n anbiya n menurut ustaz ejen umrah ni... allahyarham bapanya disemadikan di sini. Bukit Uhud
Ziarah masjid2 di Madinah Ermmm... tak tau nak kate cuaca panas di sini panas n kering x sama Malaysia.Rase macam dok tepi oven.Nak kena lari cepat2.Kalo boleh nak tup semua muka tangan... Berhenti seketika di sini sebab terdapat kubur para Syuhada zaman Nabi Inilah pemandangan sepanjang perjalanan.Gurun n gunung tanpa pokok.Coklat je Singgah untuk sembahyang subuh di sini.Then kami di beri nasik lemak.Waaa kat arab ade nasik lemak...hihi ni mesti ejen Umrah ni Airport Jeddah Teringat balik semasa menunaikan Umrah pada 21 Jun -2 Julai 2008.Sebelum berangkat, siapkan semua kerja2 sekolah...tinggalkan kerja Pusat Sumber...letak nota2, semak paper exam n key in markah.Masa tu memang perasaan macam nak tinggalkan dunia ni je.Ntah nape rase macam tu.Tinggalkan semua kerja siap dengan nota supaya kalau2 orang ambik alih kerja P.sumber...dorang tahu ape nak buat.Siap juga pesan dengan Pengawas PSS ape yang patut buat.
Dah settelkan semuanya, pergi bermalam di Putarajaya rumah makcik sebelum ke KLIA.Pukul 5 petang sampai KLIA siap2kan ape yang patut n berlepas pukul 9 malam. Selepas 6 jam transit di Abu Dhabi selama 2 jam.Then ke Jeddah 3 jam.Subuh sampai di Jeddah.Perbezaan masa lambat 5 jam. Kemudian naik bas ke Madinah 5 jam.Ingat lagi masa tu hampir masuk waktu Zohor.
Di Madinah ziarah makam nabi n sahabt Baginda di Raudhah.Ya allah... rasenye dekat je dgn Nabi dan dapat jejak bumi kelahiran Nabi.Kami tunggu giliran untuk masuk ke Raudhah berkumpulan.KUMpulan kami terdiri daripada orang Malaysia dan Indonesia.
No comments:
Post a Comment