Kerana TakdirNya
Wajah
Artist: Jaclyn Victor
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira
“ Min hayati lirik lagu ni ye…, penuh makna buat Syah “
Syah meminta aku menghayati lirik lagu yang sedang ke udara di radio.Aku cuba memahami maksud tersirat di sebalik lagu dendangan Jacklyn Victor itu.
“Min tau tak..berbagai-bagai peristiwa dah terjadi pada Syah.Macam-macam Min.Rasanya kalau tak kuatla iman syah ni, ermmm…….” Syah terus membisu.
Aku mendengar dengan penuh teliti.Perasaan bercampur baur ketika itu, membuatkan perbualan telefon kami membisu seketika.Aku tidak menafikan yang Syah sememangnya sentiasa menghadapi kemelut dalam kehidupannya.Tapi disebabkan kekuatan mental dan fizikalnya..dia dapat menharungi segala dugaan dan ranjau yang muncul.
Syah yang aku kenal dulu masih sama hingga sekarang.Tidak aku sangka , kami dapat berhubung semula setelah bertahun-tahun terputus hubungan.Kali terakhir kami berhubung ketika aku baru sahaja tamat menghabiskan pengajianku.selepas daripada itu, sedar akan mungkin dia sedang berbahagia dengan orang tersayang, aku menjauhi diri daripadanya.Kebetulan pula aku telah menukar nombor telefon. Namun begitu, nombor telefonnya masihku simpan.
Aku pun tidak sangka, mengapa setelah sekian lama, tiba-tiba terdetik dihatiku untuk menghubunginya.Ketika itu aku tiada apa-apa masalah dengan teman lelakiku.Mungkin disebabkan aku teringatkan nya ketika aku berbual-bual dengan rakan sekerja yang baru memulakan tugas ditempatku.
“ Selamat bertugas di sini dan harap dapat menyesuaikan diri bersama kami.Asal daripada mana ye? “ tanyaku
“ Terengganu”, jawab Yati ringkas.
Ermmm…Terengganu.. Di saat itula aku teringatkan Syah.Syah yang aku kenal semasa aku sedang berhempas pulas untuk segulung diploma. Perkenalan yang tidak dijangka telah membuahkan bibit-bibit cinta antara aku dan dia.Ketika itu dia sedang menguruskan Perniagaannya sendiri di sana.
Perkenalanku dengan nya ketika aku berada di semester akhir pengajian. Hanya sebagai kenalan pada asalnya kerana tidak lama selepas itu aku pulang ke kampong setalah tamat belajar.namun begitu hubungan kami masih diteruskan walaupun jarak memisahkan kami. Panggilan telefon daripadanya yang mengubat rindu dihati. Syah berusia lebih 6 tahun daripadaku.
Hubungan kami berterusan selama 3 tahun. Hubungan jarak jauh membuatkan kami lebih mempunyai perasaan rindu. Untuk bertemu sangatla terhad.namun begitu, Hubungan kami terputus begitu sahaja kerana kami masing-masing mempunyai masalah sendiri.kesedihan yang aku hadapi begitu dalam sekali. Setelah itu, aku mengambil keputusan menyambung pengajianku ke peringkat ijazah.
“Min..” lamunanku terhenti.
“Ya ..Syah” , jawabku.
”Lama dah syah tak dengar berita Min. Min nak tau tak, semasa Syah ada urusan di Ipoh, Syah cuba menghubungi Min, tapi gagal. Tak tau mcam mana lagi Syah nak cari” ceritanya,
Aku hanya mampu tersenyum.
“Min ada cuma Min dah tukar nombor telefon. Ini pun secara kebetulan Min hantar pesanan ringkas untuk Syah dengan nombor lama.Min tak sangka, Syah masih guna nombor ni.Setau Min, Syah gemar menukar nombor telefon “ terangku
Syah tertawa kecil.
“Min dah berumahtangga” tanyanya.
“Belum” jawabku ringkas.
“Syah pulak” Tanya ku.
“Dah” jawabnya
Syah yang aku kenal adalah seorang duda ketika itu.
“Tahniahla Syah” ucapku
“Bukannya Min tak tau, yang Syah kan ke penah berkahwin dulu.Sekarang ni Syah masih macam dulu’ jawabnya.
Perbualan telefon antara aku dan dia agak lama. .Bermacam-macam cerita terungkai satu persatu.Dia yang masih meneruskan perniagaannya kerap juga keluar daerah dan negeri menguruskan urusannya.Melalui perbualannya juga, aku dapati dia ada kekasih hati yang sangat dia sayangi, begitu juga aku.
“Min, boleh Syah Tanya..apakah punca kita terputus hubungan? Tanya Syah
“Syah tahu, waktu tu, Syah berhadapan dengan masalah perniagaan, Syah hamper-hampir bankrap.Syah tak fikirkan sesiapa dah”, sambung Syah
Ketika itu, sememangnya syah menghadapi masalah dalam perniagaannya.Ketika itu jua, aku menghadapi kemelut dengan keluargaku.Aku berasa amat tertekan dengan situasi yang berlaku.
“Min, abah tak kisah kalau Min hendak berkawan dengan Syah tu.Apa yang abah dapat tahu daripada Paksu di Terengganu, Syah tu bukan seorang yang baik,kalau dia baik kenapa dia bercerai dengan isterinya..tinggalkan isterinya. “ Luahan hati abah
Aku hanya mampu tunduk membisu.Bagaimana hendak aku terangkan yang Syah telah dan akan berubah demi pengalaman lepas.Syah sendiri mengakui, apa yang telah berlaku bukan salah satu pihak tetapi semua pihak juga.Tiada apa yang dapat aku ucapkan, demi untuk tidak di anggap membela Syah.
“Abah tak kisah Min,Nanti , apa-apa hal tanggung sendiri la ya”
" Ya Allah ! dugaanMu berat untuk kutanggung", bisik hati kecilku.
Titisan demi titisan airmata mengalir laju daripada kelopak mataku. Hanya itu yang mampu kulakukan. Hari demi hari kulalui dengan penuh kesayuan. Apa yang mampu kulakukan? Bagaimana aku hendak menjaga hati kedua orang yang kusayang? Apa yang patut aku lakukan agar tidak luka keduanya? Persoalan itu tidak dapat ku selesaikan. Namun , demi untuk tidak melukakan hati kedua orang tuaku, aku memilih untuk tidak bersamamu Syah.itu saja yang dapat kulakukan. Aku terpaksa berkorban Syah! terpaksa! Berat untukku lakukan tetapi aku terpaksa lakukan. Bagaimana harus kulakukan untuk melupakanmu? Bagaimana? Tolong aku Syah? Buatlah sesuatu supaya aku dapat bencikan dirimu. Bagaimana akanku lalui hari-hari tanpamu disisiku?
Persoalan demi persoalan bermain-main di dalam fikiranku.Hampir gila aku memikirkan nya.
"Min!" , Syah memanggilku.
"Ya!', aku menjawab. baru aku tersedar aku mengelamun.
"Kenapa diam?", tanya Syah.
Aku menceritakan apa yang berlaku sebenarnya kepada Syah.
" Min terpaksa berkorban Syah" , terangku.
" Min pentingkan diri MIn, Min tak fikirkan hati dan perasaan Syah ke waktu tu", Nada Syah kesal.
"Syah, janganlah diungkit perkara yang lepas, mungkin Min terlalu muda waktu itu untuk memikir lebih jauh lagi, maafkan Min", pintaku.
"Syah fikirkan , Min dah bertemu dengan orang lain ketika itu", teka Syah
" Takkkkk, tak pernah sekali pun terniat untuk menduakan Syah, tak Syah!, tak!" aku menjerit kecil.
"Min mengambil keputusan menyambung pengajian Min selama 3 tahun, Syah! Min cuba memenuhi impian Syah untuk lihat Min sebagai seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa. MIn tau, Syah tak suka MIn kerja sebagai Pegawai Bank", terangku.
Aku teringat ketika aku masih bersama dengan Syah. Apabila aku dipanggil untuk ditemuduga sebagai Pegawai bank, aku diam-diam ke Kuala Lumpur tanpa memberitahunya. Namun begitu, dia dapat mencium segala gerak-geriku.Dia dengan pendapatnya tidak membenarkan aku bekerja sebagai Pegawai Bank, padahal aku mengikuti kursus Pengajian Bank semasa di ITM dulu. Dia lebih suka jika aku meneruskan kerja sebagai guru sandaran ketika itu.
Tidak aku nafikan, aku melalui hari-hari yang kosong selepas aku berpisah dengan Syah.Aku sengaja menyibukkan diri dengan menumpukan pengajianku di Universiti. Kesan perpisahan itu, amat berat kutanggung.Aku tabah berhadapan dengan keluargaku dan kawan-kawan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi tidak siapa ketahui, apa yang bersarang dalam hati dan fikiranku.Tuhan sahaja memahaminya. Lukaku terlalu dalam sedalam air lautan.Hanya masa yang mengubat kelukaanku.
Perbualan telefon itu, sedikit sebanyak dapat melepaskan kerinduan sebagai seorang sahabat.Tidak dinafikan hubungan sebagai sepasang kekasih kini telah bertukar sebagai seorang sahabat yang akrab.
Pada satu pagi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Syah. Ketika itu, aku sedang memandu untuk pergi kerja.
" Hello Min" , suara Syah lemah.
" Ye Syah, kenapa ni? , tanyaku.
"Syah bingung Min, Syah putus cinta Min, kekasih Syah Min..... kekasih Syah...." , Syah tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Aku faham perasaannya. namun aku tidak mahu memaksanya menceritakan kejadian yang menimpanya waktu itu. Biarlah dia boleh mengawal perasaannya terlebih dahulu.
" Syah, sekejap ye!. Min sedang memandu ni. Nanti Min sampai, Min telefon ye!", pintaku.
Kira-kira setelah 10 minit aku sampai ke tempat kerja, aku menelefonnya. Namun begitu , panggilanku tidak diangkat. Selepas itu, telefonku berdering. Tertera nama Syah di skrin telefonku.
" Min, kekasih Syah Min....kekasih Syah.." Ucap Syah tersekat-sekat.
"Kenapa dengan kekasih Syah?" tanyaku.
"Kekasih Syah menduakan Syah... Syah nampak sendiri dengan mata Syah?'
Aku agak terkeliru dengan apa yang diceritakan.Aku memintanya dia menceritakan semula dengan perlahan-lahan. Syah mengatakan bahawa kekasihnya memilih lelaki lain dan meninggalkannya secara diam-diam.Kecurangan kekasihnya dihidu sendiri olehnya setelah terserempak secara tidak sengaja.
Aku hanya mendengar butiran kata yang keluar daripada mulut Syah.Aku sendiri baru tahu yang dia mempunyai kekasih hati selama ini.Aku hanya mengagak rupanya benar sangkaanku.Kami sendiri pun tidak pernah berbicara tentang kehidupan peribadi masing-masing selama ini.
"Syah, tabah ye. Tentu ada sesuatu yang Allah hendak tunjukkan terhadap musibah ini. Anggapla ia sebagai satu dugaan buat Syah.Banyak-banyak bersabar ye." pujukku.
Syah terdiam seketika.Dia seakan marah dengan apa yang telah berlaku. Dia seakan-akan hendak menceritakan apa yang berlaku tetapi tekaknya tersekat untuk teruskan. Aku faham kemelut yang dihadapi Syah.Aku hanya mampu memujuknya agar tenang.Dia sendiri keliru terhadap apa yang berlaku. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku tetapi aku tidak mahu terlalu memaksa Syah untuk bercerita dalam keadaan sukar baginya ketika itu.Aku boleh rasakan kepedihan hati yang ditanggung oleh Syah.Suara Syah agak lemah bila dia bercerita.Aku tahu dia dalam keadaan yang begitu tertekan dan mencari seseorang untuk meluahkannya.
Syah menceritakan yang dia semalaman tidak tidur memikirkan kejadian yang menimpanya. Aku dengan teliti mendengar ceritanya.Entah kenapa timbul perasaan cemburu di benak hatiku.Aku cuba tepis dan cuba sedarkan diriku siapa aku.Beruntungnya kekasihnya mendapat seorang lelaki yang begitu mengangungkannya. Ruginya dia meninggalkan lelaki ini yang begitu kuat menyayanginya.
" Syah, bersabarlah. janganlah ikut kata hati", ujarku
"Syah memang bersabar Min, tapi perasaan geram Syah terhadap perempuan itu...ishhh..., Syah tidak dapat bendung perasaan Syah tadi... maafkan Syah menganggu Min. Min ada tidak ada kelas ke ni?" Kata Syah
" Belum lagi. Syah tak ganggu MIn pun. Min bersedia mendengar
...........................................................................................
(bersambung.....)
hihihihi..... lom ade masa lagi
Dah berapa tahun dah buat cerpen ni...belum gak siap2... cerpen pertama dah masuk majalah sekolah...
Pengumuman semua ....
13 years ago
No comments:
Post a Comment