Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Tuesday, August 31, 2010

Fikir2 kan

Abah cikgu Yan dah keluar hospital tengahari tadi.Setelah masuk darah 3 peket n air.Keadaan ok setelah dapat darah yg mencukupi.Tadi ptg abah teringin nak mkn mee kicap.Alhamdulillah dapat jugak beli mee kicap mat jasak kat pasar Ramadhan tmn Jati.Abah mkn sikit je...xpela asalkan makan.

Lega dah abah balik dpd spital...kalo x tinggal cikgu Yan bertiga beradik je berbuka puasa di rumah.

Jumpa Pengetua Khamis lepas untuk dptkan sign GL utk abah.Kebetulan pengetua tanyakan ttg abah.Pegetua ckp... buatlah yang terbaik n sepatutnya n kalo jadi papepun...kite dah terbuat yg terbaik.Kate2 yang memberi sokongan moral pada cikgu Yan.Cikgu Yan menyuarakan pandangan pd pegetua...cikgu Yan mintak kalo boleh cikgu Yan nak tarik diri dpd mengawas PMR di sekolah lain.Alasan yang diberi adalah... keadaan kesihatan abah cikgu Yan yg x menentu.Pengetua faham.Dia beri cadangan supaya mencari pengganti di kalangan kwn2.ermmm...esok cikgu Yan tnyakan pd kawan2...kalo xde...xpe...cikgu Yan hanya berusaha.Cikgu Yan serba salah nak mtk kwn gantikan.ermmm...

Semalam cikgu Yan terima sekotak rempeyek dpd akak angkat dpd Dungun melalui pos.Terima kasih.Sekarang koleksi biskut raya yg cikgu Yan ade adalah... treng treng treng... batang buruk, jem tart gulung n jem tart mangkuk(beli tu),rempeyek (dpt)... n biskut ulat buku (rekaan mak yg dpt sambutan hangat...hikhik sedap).

Sebagai balasan utk akak angkat...cikgu Yan pos muruku cacing(hikhik...sape suh rupa mcm cacing) n sambal pecal(mak buat).Esok pos.

Esok(InsyaAllah) cikgu Yan akan jadi wakil abah utk bayar zakat fitrah utk family.
Alamak...lupa nak amik resit byrn upah haji utk arwah adik...esokla amik.Mak ckp...semua urusan berkenaan dgn arwah adik...semua guna duit arwah...dpd urusan pengebumian,upah haji hinggalah batu nisan.Peninggalannya seolah2 tidak meninggalkan beban pada kami sekeluarga.Perginya pun secara mengejut.Al-Fatihah.

Mati adalah benar.Kite semua akan mati.Bagaimanakah persiapan kita? adakah sama seperti persiapan utk menyambut hari raya?

Cikgu Yan teringat... beribadatlah bersungguh2 seolah2 kita akan mati esok.Bila di kaji2...byk tui kekurangan cikgu Yan.kekurangan dpd persiapan utk menemui Allah.xkan nak lebih kurang je kan?kalo hari raya...kite nak buat persiapan sesungguhnya...kalo boleh nak jadi org yg tercantik bila tiba hari raya dgn pakaian baru serta fesyen terkini.Bagaimana pulak persiapan kita menemui Allah.Mesti lagik hebat kan?

ermmm... InsyaAllah...muhasabah diri...

Sunday, August 29, 2010

Hospital


ermmm... nak dimulakan dgn kesedihan x?Malam semalam...abah cikgu Yan mengadu sakit..cikgu yan n adik2 urut2 abah...abah sakit bahagian belakang badan.Lpeas tu mkn ubat tahan sakit...nampak abah cikgu Yan lena tido.Lega rase hati.

Siang tadi...abah nampak ok lagi.Tengahri...cikgu Yan tido...pastu adik dtg bilik...ckp...'kak long...ayah sakit'
Cikgu tgok abah...cikgu Yan tanya abah...abah sakit kat mane? (note: panggilan cikgu Yan utk abah: abah n adik ayah, mak :mak, adik panggil ibu)

Abah jwb sakit perut n blkg badan.Kemudian abah menrintih...ya Allah, sakit...Time tu baru masuk zohor...cikgu Yan ckp...jap yan nak smyg dulu.Lepas smyg...cikgu Yan bacakan Yasin depan abah n depan air zam2 yg baru dibeli.Abis baca...cikgu Yan suapkan sesudu air zam2 kat mulut abah n sapukan dgn badan abah.Cikgu YAn tanya...abah nak gi spital ke? Abah ckp...dia bole tahan lagi...tunggu kesan ubat baru di makan tu.

Tak lama pastu...abah suh telefon Pak Ngah (abg abah).Cikgu Yan tanya lagi sekali...abah nak gi spital x? Abah ckp nak.Cikgu Yan pun bersiap.Sampai spital...doktor ckp abah kekurangan drh...tgn n muka abah nampak pucat.Tekanan drh rendah.N perut abah luka n ade drh kat najis.

Kena dok kat emergency room dlm 2 jam...tunggu keputusan drh.Dalm kul 7.15 abah naik ke wad.Cikgu Yan n adik2 tunggu di perkarangan hospital utk bebuka puasa dgn minum air n mkn kuih.Pertama kali dlm hidup bebuka betul2 depan kaunter hospital sambil tgok tv...tunggu azan.Lepas terus balik umah.Solat then mkn mknn yg dibeli.

ermm...abah n mak ade di spital ketika ni...cikgu Yan tgh type blog.Ape yg cikgu Yan nak zahirkan skrg? x terzahir.Teringat dgn post blog yg lepas...nikmatnya maut.

Cikgu Yan hanya mampu bacakan yasin utk kurangkan derita abah.Cikgu yan mohon Allah ringankan kesakitannya dan permudahkan segala urusan.

"Ya Allah ...hambamu ini hanya mampu meminta2 padaMU...hanya engkau yg tau yg terbaik utk hamba2Mu".

Jujur cikgu Yan ckp...cikgu Yan x sanggup tgok abah sakit.Tapi...cikgu Yan org penting dlm family selepas mak.Cikgu Yan kena tabah hadapi.Nak ke tak nak ke,sedih ke tak ke...cikgu Yan kena hadapi.

HAti cikgu Yan ni dah mcm nak kebal dh.Dah lama menahan kesedihan supaya jgn tewas dgn perasaan.Ni lah hakikat sebuah kehidupan.Hanya sementara, satu persinggahan,tempat mencari bekalan sebelum menuju ke tempat yg abadi.Cikgu Yan faham janji kite dgn tuhan...cikgu Yan akur.

ermmm...Subhanallah

Saturday, August 28, 2010

MAUT ITU NIKMAT

Cikgu Yan menjadi silence reader untuk blog #kereta mayat# blogspot.Timbul keinsafan yang termat sgt bila terbaca tulisan dia tajuk demi tajuk.Ada persamaan kereta mayat n mayat(pakcik) dpd segi pemikiran.

Salah satu tulisannya...cikgu Yan copy paste di sini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
****************************************************************************
MAUT ITU NIKMAT
(menangkap malaikat maut?)

Ni ada satu cerita sedih..isk..isk.. satu cerita yang boleh di ambil pengajaran.

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.
Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.
Maka Allah berkuasa, makluk tak ada kuasa, Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….
Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…
tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”
Air mata kesidihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”
Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang tentu pikir aku nangis, tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya(buat lawak mayatlah pulak)
Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibas’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…
Maka bergembira sakanlah org dalam shurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi org dalam neraka meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! ,kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut azab Allah!!!

Friday, August 27, 2010

Buka puasa

Cikgu YAn dah selesai masak kuah untuk menu mee berkuah ari ni.Resipi ciptaan sendiri...hikhik ntahla ape rasenya.

X lama je lagi nak Hari Raya Puasa.Persiapan cikgu Yan ala kadar je.Tak fikir pulak nak beli baju raya ke ape...hihi sbb cikgu Yan asik beli kain untuk buat baju...so anggap jela salah satu baju raya.

Biskut raya ade gak cikgu Yan tempah.Menda yang x reti buat...mcm Jem tart, muruku,kuih sepit n batang buruk.
Nanti mak pun akan buat biskut raya.HAri Raya wajib ada nasik impit,kuah satay,rendang ayam n daging serta sambal tempe.Memang rumah cikgu Yan jadi tumpuan adik beradik mak n abah datang.Ramai sesungguhnya...tambah2 abah sakit ni...mesti dikalangan rakan2 abah n saudara dtg ziarah n berhari raya.

xpe...baru terasa kemeriahan hari raya.Sesungguhnya...cikgu Yan xpernah balik kampung sebab xde kampung pun...hikhik...semua ada dlm kampung yg cikgu Yan tinggal ni.

ermm lama dah x ziarah kubur adik laki cikgu Yan.Minggu lepas daftarkan upah haji untuk arwah.Lepas raya nak tempah batu nisan untuk kubur adik.Abah suh tempah batu sungai.Al-fatihah untuk arwah.

Teringat

Malam ni cikgu Yan teringat balik teman,rakan,sahabat cikgu2 Yan.Teringat tentulah yg dah lama x kontek.Pe khabar dorang sekarang.Kepada yang cikgu Yan sendiri xmo dihubungi tu...cikgu Yan mintak maaf...cikgu Yan masih xbole terima kenyataan.Biarlah cikgu Yan diamkan diri je.

Kepada yang cikgu Yan teringat dan x dpt cikgu Yan hubungi tu...cikgu Yan doakan kebahagian kalian.
Kepada yang mmg xmo hubungi cikgu Yan lagi...cikgu Yan tau tentu ade sebab tertentu kalian buat begitu.

Dah berbelit2 dah ayat cikgu Yan.Papepun... cikgu Yan rindukan kalian cuma keadaan,masa telah berubah dan cikgu Yan akur atas segala batasan.

Jika diizinkan Allah... kite akan saling berhubung semula.

Thursday, August 26, 2010

Kemaskini

Cikgu Yan baru selesai kemaskini buku rekod mengajar dgn letakkan markah pelajar dan jadual waktu baru.

Esok cuti, Selasa cuti then sekolah 3 ari then cuti dekat 2 minggu.Lama gak tu cuti.Semalam berbuka puasa dgn Yong ngan Ija.Memula berbuka puasa dulu kat surau Jusco tu.Makan kurma n minum air n solat.

Then berjalan kaki melintas jalan ke Ayam Penyet kat De Garden tu.Ramai orang ...sib baik ade satu meja kosong.Tapi kena tunggu setengah jam utk dptkan mknn sbb orang ramai.Sedap gak...makan ayan penyet,udang penyet n sup soto ayam.Kemudian balik semula ke Jusco makan eskrim kat MC Donald n minum air lemon ice.hihi. Shopping sikit n balik.

Hari ni kena poskan barang kat kwn.Mesti jugak ari ni.hihih xmo tangguh2.
Betui ke gomen nak kasik RM500 ni? besnyer...ermmm nak simpan jela... eh bole percaya ke ckp cikgu Yan ni...hikhik...

Wednesday, August 25, 2010

Iftar

InsyaAllah...ari ni cikgu Yan akan berbuka puasa dgn kawan2.Tempat belum ditentukan lagi.

ermmm...ngantuknya mate... kena tidur ni...pastu bgn boleh gi pasar ramadhan untuk juadah berbuka utk family cikgu Yan.ZZzzZZ

Tuesday, August 24, 2010

Belahan jiwa


Buat Muslimah yg Masih Belum Bertemu Jodoh
by Azana Rita Aziz on Tuesday, August 24, 2010 at 5:23pm

from my yahoo inbox (Sekadar berkongsi dgn kawan2 semua):



Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi sebahagian hidup yang tak boleh dipisahkan.Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik ketika menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.



Duhai...Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam sehingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui sehingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah. Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri sehingga ia menemukan kekasih hati? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?

Letih...Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu siapakah belahan jiwa yang menunggu di sana.



***

Duhai ukhti solehah...Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insyaAllah akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta kencana untuk membawamu ke istananya.



Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya, curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyedarinya.



Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.

Sabarlah ukhti solehah...Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Mood sebelum buat kerja



Cikgu-cikgi


Sebelum masuk kelas cam ginilah tapiiiii dalam kelas n keluar kelas... kalah rupa incredible hulk....ijauuuuu je...sabr cikgu Yan sabar...hikhik

Monday, August 23, 2010

Hijau

Kali ni cikgu Yan memilih warna hijau untuk hiasan gigi cikgu Yan...hikhik...ermmm okla...

Kat sekolah...kerja fail Pusat Sumber cikgu Yan makin beransur2 siap.Esok lom tau lagi pe nak buat.Semak buku student la kot.

Abah ok sikit banding semalam.Cikgu Yan rase risau sentiasa.Semoga Allah sembuhkan sakitnya ,permudahkan semua urusan n ringankan kesakitan yang dialami.Kalau diberi pilihan...cikgu Yan nak bertukar tempat dgn abah.

Mate tidak mengizinkan mencoret lebih...nak ZZzzZZ

Tunggu appoinment



Jam 2.30 ptg ni...cikgu Yan ade appoinment dgn doktor gigi.Terlupa pulak...sib baik staff dorang kol.Sambil menunggu kat sekolah,sambil buat kerja...cikgu Yan snap satu gambar kat webcam...hikhik...

Sunday, August 22, 2010

Iklan lawak



Cikgu Yan xtahan tui dgn iklan ni...tgok byk kali...ketawa x renti.

Tiba-tiba

Sabtu ptg sempat gak cikgu Yan n adik2 beli selendang.Pagi ni cikgu Yan gi Tesco nak beli ikan n ketam utk abah.Tukar2 selera sikit.Tiba2 mak kol suh balik... abah sakit.Memang pada awalnya...abah mengadu sakit di sebelah kiri badan.Mak kol ckp nak kol ambulan.Cikgu Yan n adik2 terus balik umah.Pak ngah pun ade.Abah merintih sakit dada hinggalah ke perut bila tarik nafas.

Cikgu Yan ckp xyah panggil ambulan...cikgu Yan akan hantar sendiri.Dalam perjalanan abah merintih n menangis sebab x tahan sakit bila bernafas.Cikgu Yan suh abah mengucap n ingat allah byk2.Mak n adik2 pun ckp gitu.Cikgu Yan ckp...abah xsebut pun xpe...ckp dalam hati.Dalam perjalanan cikgu Yan baca sama2 dgn abah...la ilahailallah...cikgu Yan pun debar2 bawak kereta...dgn lampu merah n kereta n dgn abah merintih n menangis.

Sampai hospital...mcm biasa prosedur hospital GH...kena tunggu dulu.Then doktor suntik ubat tahan sakit n amik ujian air kencing.Dalam 2 jam lebih gitu...abah dh x sakit n dibenarkan balik.Sekarang abah tidur selepas mkn nasik lembik n sup ikan sikit.ermmm patutlah bgn tido pagi ni...cikgu Yan rase x sedap hati.Lenkali kalo rase x sedap ati lagi...cikgu Yan x kan ke mana2.Duduk rumah je.

Cikgu Yan faham sekarang kenapa Allah aturkan hidup cikgu Yan masih sendiri lagi.n Cikgu Yan dpt posting kat ngan rumah.Kalo difikirkan semula...cikgu Yan bersyukur...cikgu Yan sentiasa ada kalo ape2 terjadi pada family cikgu Yan.Yang penting keluarga cikgu Yan.

Cikgu Yan buat yang terbaik untuk mereka.

Saturday, August 21, 2010

Boria



TIme ni raya pada tahun 2007 atau 2008...dh tak ingat pulak bila.Kami pakai sama termasuklah mak.hikhik.Kesannya sekarang ni adalah... kain n baju dah bertukar2. Minggu lepas, cikgu Yan nak pakai baju tu...dah siap gosok... esok pagi nak pakai...alaaaaa...bajunye kecik...kain cukup lak.Tergosok baju adik...alaaaaa...susah gak ade baju sama ni...

Friday, August 20, 2010

Pakcik

Tetiba teringat kat pakcik.Sejak pakcik fly... 2,3 kali je kirim berita.Harap pakcik sihat...sihatla kot... kalo nak ke Gaza tu... cikgu Yan nak ikut ok! hikhik

Thursday, August 19, 2010

Hari ini adalah lebih baik dpd semalam

Petang ni... saje2 ckp dgn abah...
'Jomlah jalan2 tgok pemandangan luar, yan bwk naik keta sambil nak beli roti john kat gerai tepi jalan'
Abah jwb
'xmolah letih'

Cikgu yan xpaksa pun...saje2 sebab nampak dia mcm dah segar sikit.
Lepas tu cikgu Yan masuk bilik n surf internet ni. Xlama lepas tu , abah cikgu Yan panggil...
'Yan, jomlah pergi jalan2, abah nak tgok kebun serai kat tanah yan tu'
hihi... abah lak yg ajak... petanda baik ni.

So... cikgu Yan bwk abah gi beli roti john n balik ke tanah cikgu Yan.Abah ckp... kat ujung sana...a abh tanam pkok mempelam n sebelah depan tanam pokok rambutan.Serai...mak aiiii dah rapat2 dah setiap rimbunan.Buah betik pun ade byk...

lepas tgok kebun tu, cikgu Yan bwk abah balik
Kat umah, cikgu Yan tanya,
'Abah rasae sakit ape skrg'
'sakit perut'

Skrg ni nampak abah dah mula nak bckp berbanding sebelum ni abah byk diam je.Petang n malam...kami lepak kat tilam yg abah dok tu sambil tgok tv.Skrg abah tdo n rehat kat ruang tengah dekat dgn toilet.letak tilam besar tebal.kdg2 abah dok kerusi baring, cikgu yan n mak n adik lepak atas katil.hikhik.xdela abah sorang2.
Abah xmo dok lam bilik sebab nak suasana lapang mcm spital.ihi...

Semoga abah cepat sembuh.

Melonggar

hikhik...bukannya baju atau seluar cikgu Yan melonggar sejak bulan puasa ni...tapiiiii.... ketensenan dah melonggar.Semakin kurang tekanan.Alhamdulillah.Kerja2 yg sepatutnya buat sedang dilakukan dan semkain berjalan lancar.Kalau dulu kena siapkan kerja2 yg ketika itu jugak perlu disiapkan...contoh : cek exam paper.

Sekarang buat kerja2 yang sepatutnya di buat.Pagi tadi bz dgn fail2 p.sumber then kelas 4 masa sampai balik.Kemudian meeting dgn Pengawas PSS sampai kul 2.Bulan puasa ni dah boleh balik kul 1.15 tgh.bes gak.Kwn ckp balik skolah bole jadik buaya (ZZzzZZ la tu).

Balik sekolah pergi kedai ekzos...kompom bocor n menurut org kedai tu...dah reput pun...hikhik...ye lah sejak beli mane de tukar lagi.Kira okla tu tahan.hihi.Disebabkan cikgu Yan x bwk duit cash maka ...tgokla esok kot.Ataupun...kalo kwn cikgu Yan jadi jualkan ekzos keta dia...beli kat dia je la.Ye la...dia dah tuko keta Mazda 2.hikhik...ekzos keta lama dia amik balik.Tapikan ekzos keta dia...hikhik vrom vrom lebih sikit.xpela kan.hikhik.kalau jadilah.

Cikgu Yan mmg x kisah sgt psl ekzos tu x bertuko lagi tapi abah cikgu yan dah 2,3 kali tanya...dah tuko ke belum.Tu yg kena tuko gak.Abah cikgu Yan nampaknya semakin segar.Nampak xla lemah sgt dah.Alhamdulillah.Semoga dari hari ke hari keadaan kesihatan dia semakin baik.

Banyak perkara nak di tengok2 dgn keta cikgu Yan ni...master lock n power window tu kdg2 merajuk sikit.Nak kena buat sesuatu ni.Tengokla masa n keadaan.

Wednesday, August 18, 2010

Abah berubat di sini


http://madrasahhajizabir.blogspot.com/2007/03/kalendar-madrasah-haji-zabir-tahun-2007.html
CIkgu Yan terjumpa blog tentang tempat yg cikgu Yan bwk abah berubat tu...

KLINIK PERUBATAN HERBA HAJI ZABIR
Bertempat di Kg Sesapan Batu Rembau Beranang Selangor, hampir lebih dari 21 tahun Tuan Haji Zabir telah memberi khidmat menolong orang ramai dari berbagai bangsa dan ugama melalui kaedah rawatan secara kaedah perubatan herba yang beliau usahakan sendiri bagi mengubati berbagai jenis penyakit-penyakit biasa dan penyakit-penyakit kronik. Setiap penyakit pasti ada ubatnya , hanya maut sahaja yang tiada penawarnya. Ubatan yang paling mujarab adalah datang dari tumbuhan-tumbuhan herba tertentu yang selamat, bersih bebas dari campuran bahan kimia dimana rahsianya dan manafaat khasiatnya telah terbukti berjaya memberi penawar sebenar kepada penyakit-penyakit yang dideritai. Oleh itu dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada diri Tuan Haji Zabir yang berkebolehan mengenal pasti punca dan jenis-jenis penyakit pada diri seseorang pesakit serta mengetahui cara-cara merawatnya menggunakan kaedah perubatan herba telah berjaya menemui banyak jenis penawar kepada banyak jenis penyakit-penyakit yang masih belum mampu di sembuhkan melalui kaedah perubatan secara moden masakini. Keyakinan orang ramai terhadap kaedah perubatan herba ini terbukti dengan kehadiran pesakit- pesakit yang datang dari dekat dan jauh samada di dalam negeri ataupun di luar negara seperti Singapura,Indonesia, Thailand dan Brunei yang tidak putus-putus datang ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan. Di antara penyakit-penyakit yang boleh diubati melalui kaedah perubatan herba Haji Zabir adalah seperti berbagai jenis kanser yang melibatkan bahagian otak, kanser payudara, kanser serviks, kanser kulit dan apa jua kanser yang wujud pada organ dalaman manusia, kegagalan fungsi buah pinggang, batu karang, kencing manis, lelah, tiroid, penyakit-penyakit yang melibatkan bahagian-bahagian saraf sistem badan manusia seperti strok, sawan, sakit tulang belakang, penyakit melibatkan sendi, penyakit-penyakit yang melibatkan darah seperti leukeimia, gout, bahkan baru-baru ini ubat kepada penyakit AIDS dan HIV telah pun berjaya di temui dan di buktikan dengan sembuhnya seseorang pesakit AIDS yang disahkan oleh doktor pakar perubatan moden bahawa pesakit itu tidak ada harapan untuk sembuh dan hidup lama serta hanya mampu bertahan beberapa minggu sahaja. Alhamdulillah dengan kaedah perubatan herba melalui manafaat dari pokok herba tertentu yang dijadikan ubat kini pesakit itu telah sembuh dan disahkan pula bebas dari penyakit AIDS tersebut. Disamping memberi khidmat merawat penyakit, ada juga orang ramai yang datang untuk mendapatkan khidmat kauseling bagi mendapatkan pertolongan untuk mendapatkan jalan keluar terhadap sesuatu masalah-masalah yang mereka hadapi seperti mendapat khidmat nasihat penyelesaikan masalah rumah tangga, masalah perniagaan dan berbagai lagi masalah-masalah kehidupan yang barangkali berat untuk ditanggung oleh seseorang itu hingga memberi tekanan jiwa, minda dan mengganggu perasaan mereka.

********************
updated 14 Disember 2011

Setahun sudah berlalu... nape RM7 000 harga ubat tidak dikembalikan setelah Arwah meninggal... arwah baru terima ubat untuk sebulan sahaja... tu pun 3 jenis... xkan sebulan nye ubat sampai RM7 000.Kalo harga untuk sebulan RM1000 bagaimana lagi RM6000.Cikgu Yan dah kol n alasannya tunggu org yg penyakitnya sama baru leh ganti. Namun hampa setahun sudah berlalu...berpuluh sms dah di beri.

Suram

Pagi ni rasa macam suram je.Mungkin disebabkan cikgu Yan x berapa sihat dua ari ni.Cikgu Yan dah terkena selsema.Asyik nak bersin je.

Semalam...elok je nak berbuka...TUP! xde elktrik. Kelam kabutla mak cikgu Yan cari lampu suluh n lampu minyak tanah. So, berbuka puasalah dalam keadaan cahaya yang suram...kami kegelapan hinggalah cikgu Yan masuk tidur.Ntah pukul berapa dah ade elektrik..cikgu Yan x sedar pun.Memang tidur selena2nya semalam.

Kalau pagi ni masih xde elektrik...maka...maka... mcm mana cikgu Yan nak gosok baju n tudung...hikhik...lenkali kena beringat...gosoklah awal2.

Selepas abis percubaan PMR ni...setelah selesai semak paper exam n sewaktu dgnnya....cikgu Yan rase tenang sikit...kerja dah selesai cuma lagi buat ulangkaji n uruskan hal2 Pusat Sumber...invoisla,belianlah n masuk buku ke rak n kemaskini ape yg patut.Untung jugak ajar budak2 PMR ni... syllabus dah abis...exam dah abis cuma tunggu exam PMR sebenarnya.Nanti cikgu Yan kena mengawas PMR di sekolah lain.xpela tu.Yang penting keja cikgu Yan dah siap berperingkat2.Minggu lepas n dua minggu sebelum tu...memang bz sesungguhnya.bz dgn family, kerja n diri sendiri.hikhik.

Bila cikgu Yan pk2 balik... kesibukan tu membuatkan masa cikgu Yan terisi dgn menda yg amat berfaedah.Cikgu Yan x sempat nak pk menda2 yg kurang penting.

Cuaca hujan ni pun membuat cikgu Yan rasa lega...sebab dingin je rase...sejak mkn ubat herba...abah cikgu yan sering mengadu badan rase panas...so bila cuaca dingin ni...cikgu Yan rase lega sikit.Abah cikgu Yan nampak segar sikit sekarang ni...cuma xbolelah nak bergerak byk melainkan mandi n amik wuduk...dia bole jalan sendiri.Hal2 lain dia x berani berdiri lama takut pitam. xpela...pelan2.

Monday, August 16, 2010

Majlis penyerahan tugas









Pagi ni...perhimpunan pagi ada penyerahan tugas AJK Tertinggi pengawas Pusat Sumber.Ni lah orang2 kuat di belakang Cikgu Yan.Tanpa dorang cikgu Yan x mampu melakukan kerja keseorangan.Terima Kasih anak2 Ku.

Lepas majlis tu cikgu Yan pun nak interprem.hikhihk...

Sunday, August 15, 2010

Bersedia

CIkgu Yan dah bersedia untuk bekerja esok.Cuti dua ari ni...dah cukup rasenye berehat melepaskan lelah.Puas rasanya tidur...hikhik.Dalam dua ari ni jugak, cikgu Yan berjaya jugak menyelesaikan satu masalah org lain.Alhamdulillah.Cikgu Yan berharap berkekalanlah mereka sekeluarga sehingga ke akhir hayat.Cikgu Yan tumpang gembira.Dalam pada tu, cikgu yan ditawarkan seseorang untuk menganggapnnya sebagai kakak angkat.InsyaAllah cikgu Yan terima tawaran itu jika itu mengundang kebaikan.

Rasa puas,lega n bersyukur menghadapi hari ni dan semalam.

Mulai bulan puasa ni, cikgu Yan akan ke pasar Ramadhan setiap hari.hihi...ganti tugas abah.Abah cikgu Yan nampak semakin ok walaupun dia byk duduk dpd bergerak.xpelakan...biar dia pulih sepenuhnya setelah menerima darah n balik dpd perubatan.Cikgu Yan berharap... abah cikgu yan semakin sihat.

Dah lama cikgu Yan x dengar perkhabaran pakcik kat Durban South Africa tu.Sengaja je pakcik tu... .Pakcik...jgn lupa ole2 raye nnti ok! hikhik.(nyampas)

Dah lama juga cikgu Yan xdengar perkhabaran cikgu Muar.Cikgu Yan hrp semuanya sihat dan diberkati Allah.

Cikgu Yan bersyukur dgn ape yg cikgu Yan lalui sekarang ini.Byk perkara yg telah menyedarkan cikgu Yan ttg hakikat sebuah kehidupan.Perkara penting sekali...jgn kite pandang ke belakang jika itu menyakitkan tetapi teruslah pandang ke depan menghadapi pelbagai kemungkinaan.Dalam Islam kebahagiaan itu ada di mana2 cuma bagaimana kite menerapkan dalam diri kita.

Yang paling cikgu yan pegang sampai skrg... jgn berminta2 pd manusia tp berminta2lah pada Allah...

InsyaAllah.
Amin.

Friday, August 13, 2010

siap

Alhamdulillah, cikgu Yan dah siapkan kerja yang sepatutnya.BAru je selesai...lega lega...azam cikgu Yan ari ni adalah...balik sekolah nanti...cikgu Yan nak tidur puas2 nak qado x cukup tido dalam minggu ni...hikhik

Weekend ni nak kemas2 bilik...nak santai2 kat umah.

Apa yang pasti...cikgu yan nak tido...

Thursday, August 12, 2010

tolong! tolong!

Cikgu Yan x cukup kaki tangan nak siapkan semak paper exam ni...esok last day nak key in markah.Sedaya upaya cikgu Yan semak...dapatlah siapkan satu setengah kelas...berbaki 20 skrip exam lagi.Cikgu Yan dah serender dah ni.Mengantuk n letih sesangat.

Esok pepagi buta kat sekolah kena siapkan juga.Hari ni mcm biasa dgn aktiviti di rumah ...pegi pasar ramadhan...n urut abah...semak paper exam...

Nak tidur ...uwaaaa....

Wednesday, August 11, 2010

bz bz bz

Cikgu Yan mengalami kesibukan yang agak maksimum kot.Semalam kul 6.30 ptg baru balik umah.Pergi sekolah n Bengkel Matematik n pergi cari brg.Balik dah kelelahan.

Cikgu Yan berusaha sedaya upaya nak siapkan semak paper exam ni.Jumaat dah kena key in markah.Tapi...Ya allah...cikgu Yan kena jwb beberapa call yg mengadu masalah memasing2.Alahai...cikgu Yan dah jadi konsultan ni.Yang mane cikgu Yan bole bantu...cikgu Yan akan bantu...InsyaAllah.

Sekarang ni dah jam 12.10 malam...Cikgu Yan masih belum siap semak....uwaaaaa...

Monday, August 9, 2010

Kelakar



Dalam pada cikgu Yan termenung sorang sambil dengar lagu kat Youtube, cikgu YAn tertarik sangat dgn video klip ni.Kelakar rasa...hinggakan cikgu Yan tersenyum sorang2 tengok klip ni...hikhikhik

Round kat Putrajaya







Memalam bawak abah tengok pemandangan Putrajaya di waktu malam.

Travel

Sabtu lepas ade sekolah ganti.Cikgu Yan mohon balik awal...kul 11 pagi sebab cikgu Yan n family nak gi Putrajaya tengahri tu untuk bwk abah amik ubat kat beranang esoknya.Cikgu yan ganti2 dgn adik drive.Esok paginya cikgu Yan drive ke Beranang, Hulu Selangor.Ramai pulak orang.kul 1 lebih baru sampai balik Putrajaya.Pas mkan tengahri n rehat2 sekejap...kul 4 petang cikgu Yan betolak ssemula ke Ipoh.

Kul 7.30 malam baru sampai.ermmm ... kelelahanla jugak.Dah siap2 mandi n makan dalam kul 10 malam cikgu Yan dah ZZZzzZZZ.Bangun tidur...alamak sakit kepala la pulak...pegi jugak keja.Alhamdulillah saat dan tika ini... dah ilang sakit kepala.

Balik ni nak gi GM la pulak nak carik hadiah untuk PK 1 yg bertukar sekolah lain n ari ni la jugak besday mak...alamak...nak kasik adiah pe ni...penuh dah kepala cikgu Yan ni.Tengoklah nanti ape yg boleh di beli...hikhik


Kemudian terfikir lak kertas exam paper 2 maths... 3 kelas...lom bersentuh...uwaaaaa....Esok ade kursus penyemakan kertas maths PMR... uwaaa lagi...hiihi

Keta cikgu Yan lak...baru perasan ekzos dah bocor... patutla bunyik dia dah vroom vromm kuat...hikhik...nnti kena settle kan jugak tu...

* semoga semuanya berjalan lancar.Amin

Friday, August 6, 2010

Tuhan Berikan Aku Cinta



Lirik Ayushita – Tuhan Berikan Aku Cinta (Ost Ketika Cinta Bertasbih)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Gugur

Cikgu Yan dah lama x buat cerpen.Tiba2 teringin nak menulis semula cuma x tau ape yg nak di tulis.Banyak menda yg berlaku dlm diri cikgu Yan.Macam2 perkara cuma yg paling teratas sekali adalah keluarga cikgu Yan.Yang lain2 x kurang pentingnya juga ...kekadang boleh juga terkena tempiasnya juga kalo di ambil ringan.

Buat masa skrg...sokongan dpd teman,rakan2 n semua org penting untuk cikgu Yan.Semua tu membantu cikgu Yan menghadapi dugaan yg dtg.Cikgu Yan kelihatan ok diluaran ...dalaman juga ok pe...hikhik...

Dalaman cikgu Yan... mcm dah kena simen tebal sampaikan dah xde perasaan yg patut dilahirkan.Mana ye perginya perasaan cikgu Yan skrg ni?Perkara yg sama berulang lagi...eh.eh cikgu Yan nak kena scan ati cikgu Yan la... ade lagi ke ati dlm tubuh cikgu Yan ni...ke dah lebur? hikhikh...

Tolong!tolong! sesungguhnya cikgu Yan dah xde rase ape2 ni? mane pergi perasaan2 itu.....uwaaaaaa...

sekian

Abah kuar hospital

Skrg adik n mak dlm perjalanan bwk abah balik umah.Abah dah dibenarkan balik umah.lega sikit.Ingat petang ni nak pegi tgok abah.

Esok, sekolah ganti dan ade majlis penyampaian hari kokurikulum.Selasa depan ade bengkel Matematik kat PKG.Bengkel semakan kertas percubaan PMR.ermm cikgu Yan lagi...hikhik... xpe biar cikgu Yan pandai serba serbi.

ermm...bila pk2 ntahla...ish ish ish...kwn cikgu yan hilang sorang2. ermmm ish ish...(xde jwpn)

Wednesday, August 4, 2010

Hospital -Hari kedua

Cikgu Yan pegi ke hospital ptg tadi.Adik2 n mak ganti2 jaga abah kat spital.Abah dah ok sikit cuma darah perlu lagi... ari ni doktor ckp nak masukkan darah kuning lak 4 peket... sbb darah abah cair.Abah kena puasa sebab nak kesan kalo2 ade luka n darah dlm perut abah.

Petang tadi abah ade demam sikit cecah 38 darjah celcius.So kemasukan darah merah di bentikan sementara tunggu suhu badan abah turun. Lap2 badan abah supaya suhu badan dpt diturunkan.

Nampak abah ok sikit...rase lega... alhamdulillah...

Tuesday, August 3, 2010

Hospital

Semasa jaga exam trial PMR...cikgu Yan dpt kol dpd adik.Gitau ttg abah cikgu Yan pengsan di rumah.Ya Allah!...cikgu Yan kelam kabut n terus balik ke rumah.Masa tu abah cikgu Yan dh sedar.Hanya nak tunggu ambulans datang.Abah cikgu Yan agak lemah sejak akhir2 ni.Dia sendiri x sedar mcm mana dia bole pengsan.

Rupa2nya... abah cikgu Yan di kesan kandungan gula dlm darah dh cecah 16.Normal 5,6 gitu.Padahal selama hari ni...mane de abah cikgu Yan ade diabetes.Ntahla.Lagi satu di kesan jugak abah cikgu Yan kekurangan darah.Sekarang ...abah cikgu Yan dimasukkan ke wad n di suruh berpuasa. Kandungan gula dlm darah dh semakin menurun ke 10 dah.Air pun dah dimasukkan 2 botol.

Abah cikgu yan mengadu ade rasa sakit perut.ermmm...cikgu Yan hrp n berdoa...permudahkan segalanya n kurangkan kesakitan abah cikgu Yan.

Harap2 abah cikgu Yan sihat n bole ke Putrajaya Jumaat ni untuk rawatan susulan di Beranang.Amin.

kejam! kejam! kejam!

hikhik...cikgu Yan tersangatlah marahnya...bila kabel telefon kat kawasan rumah cikgu Yan di curi orang.Daripada hari sabtu sampailah hari ni...cikgu Yan xbole online kat umah... kejam tuila org yg curi tu... amikla benda lain...jgnla amik talian telefon tu... ish ish ish... dugaan dugaan...

Cikgu Yan dah buat laporan kat telekom... harap2 ari ni dah pasangla talian tu...

ermmm...cikgu Yan dua tiga ari ni ade satu perasaan yg gelisah.Mayb byk perkara yg cikgu yan pikirkan... abah nampaknya... dia tiga ari ni... payah nak nak tidur malam sbb ade rasa sakit di sekitar perut... ermmm...berat mata cikgu Yan memandang... tapi cikgu Yan kena hadapi...

Malam ahad lepas dah bwk abah berubat kat ustaz kat Ipoh ni... Jumaat ni nak gi PUtrajaya lagi n sabtu ke Beranang untuk bawak abah lagi untuk amik ubat...

*Mungkinkah akan berulang lagi? ermmm...

Monday, August 2, 2010

Cikgu Yan berlakon