Jumaat baru ni, cikgu yan n adik drive ke Putrajaya lagi untuk amik ubat abah di beranang Hulu Langat.Balik sekolah, petang tu bertolak.Esok pagi ke Beranang , petang sabtu balik semula ke Ipoh.kami memilih perubatan alternatif untuk merawat abah.Pengamal perubatan tu suh abah mkn dlm masa 10 hari n then dtg lagi untuk tengok keberkesanan ntindak balas... then dia akan sediakan ubat yg bersesuaian.Ermm... harga cecah ribuan ringgit...tp xpe... duit bole di cari.
Ini bermakna, minggu depan cikgu Yan akan ke Putrajaya lagi. Dah jadi tiap2 minggu dah ni ke Putrajaya.
Hujung minggu, ramai sedara mara dtg melawat abah.Abah cuma lemah je tapi kdg2 dia kuatkan semangat ke masjid dengan kereta.Cikgu Yan hrp abah kuat...cikgu Yan akan usahakan yang terbaik.
Paling menyentuh hati, kwn tempat keja abah dulu, orang bangladesh(abah baik dgn dorang...ade sorang tu suruh abah simpankan duit dia rm2k...takut hilang kalo simpan sendiri)... tawarkan duit rm2k tu untuk beli ubat.Ya allah mulianya hati padahal dia sendiri berhempas pulas cari duit hinggakan ujung minggu pun dia keja untuk anak bini dia di kg.Cuma yang kelakarnya dorang ni...masa dtg memula dulu...bawakkan kek,buah epal,limau dan buah nenas.Yang lelain tu bolela di terima...yang buah nenas tu...ermmm.Takpela kan niat dorang baik.Dahla jalan kaki datang ke rumah.Dahla jauh lak tu.
Papepun abah selalu bagi dorang itik untuk di makan.Hari ni abah bagi 7 ekor itik, abis dah dalam reban.Suh dorang sembelih n makan dgn kwn2 dorang.Abah dah x larat nak turun bawah tgokkan itik2 tu lagi.Lagipun kami dah kerap ke Putrajaya hujung minggu... xde sape nak bagi itik tu makan.
Tanah cikgu Yan, yang abah tanam serai tu pun... xde sape nak jenguk dah... selalu abah letakkan baja.Nanti nak suruh org mesinkan lalang yg naik.ermmm...bila teringat menda2 ni semua... cikgu Yan jadi hiba.Tapi xpela... bahagian masing2...
Pengumuman semua ....
13 years ago
No comments:
Post a Comment