Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Wednesday, July 28, 2010

Akan datang


hikhikhik... bila 20 tahun akan dtg cikgu yan dah mcm jadi org putih lak...

Monday, July 26, 2010

Kenangan paling berharga








Gambar-gambar anak murid kesayangan cikgu Yan...hihi... bila time gila dorang...cikgu Yan ilang suara n kesabaran.Tuhan je yg tau...ni kelas belakang... yang bole tahan xmo belajarnya...kena pujuk2, ckp bebaik, kena puji melambung2...baru nak dengar kate... sabar cikgu Yan...sabar...hihi

Rentetan



Gi Putrajaya amik ubat abah


Kursus di Hotel Seri Malaysia Ipoh...Pusat Sumber (masa ni la dalam perkhabaran ttg penyakit abah... x dengar ape2 dah...dok pk menda lain)

Bunga n daun pandan masa nak ziarah kubur arwah adik laki


masa abah masuk hospital... lom suspek kanser lagi

Hari ni...cikgu Yan godek2 hp...maka dapatlah gambar2 ni...

Sunday, July 25, 2010

Berubat

Jumaat baru ni, cikgu yan n adik drive ke Putrajaya lagi untuk amik ubat abah di beranang Hulu Langat.Balik sekolah, petang tu bertolak.Esok pagi ke Beranang , petang sabtu balik semula ke Ipoh.kami memilih perubatan alternatif untuk merawat abah.Pengamal perubatan tu suh abah mkn dlm masa 10 hari n then dtg lagi untuk tengok keberkesanan ntindak balas... then dia akan sediakan ubat yg bersesuaian.Ermm... harga cecah ribuan ringgit...tp xpe... duit bole di cari.

Ini bermakna, minggu depan cikgu Yan akan ke Putrajaya lagi. Dah jadi tiap2 minggu dah ni ke Putrajaya.

Hujung minggu, ramai sedara mara dtg melawat abah.Abah cuma lemah je tapi kdg2 dia kuatkan semangat ke masjid dengan kereta.Cikgu Yan hrp abah kuat...cikgu Yan akan usahakan yang terbaik.

Paling menyentuh hati, kwn tempat keja abah dulu, orang bangladesh(abah baik dgn dorang...ade sorang tu suruh abah simpankan duit dia rm2k...takut hilang kalo simpan sendiri)... tawarkan duit rm2k tu untuk beli ubat.Ya allah mulianya hati padahal dia sendiri berhempas pulas cari duit hinggakan ujung minggu pun dia keja untuk anak bini dia di kg.Cuma yang kelakarnya dorang ni...masa dtg memula dulu...bawakkan kek,buah epal,limau dan buah nenas.Yang lelain tu bolela di terima...yang buah nenas tu...ermmm.Takpela kan niat dorang baik.Dahla jalan kaki datang ke rumah.Dahla jauh lak tu.

Papepun abah selalu bagi dorang itik untuk di makan.Hari ni abah bagi 7 ekor itik, abis dah dalam reban.Suh dorang sembelih n makan dgn kwn2 dorang.Abah dah x larat nak turun bawah tgokkan itik2 tu lagi.Lagipun kami dah kerap ke Putrajaya hujung minggu... xde sape nak bagi itik tu makan.

Tanah cikgu Yan, yang abah tanam serai tu pun... xde sape nak jenguk dah... selalu abah letakkan baja.Nanti nak suruh org mesinkan lalang yg naik.ermmm...bila teringat menda2 ni semua... cikgu Yan jadi hiba.Tapi xpela... bahagian masing2...

Wednesday, July 21, 2010

Cikgu Yan bersara

Terlintas di fikiran nak bersara menulis di blog ni.Mayb buat masa ni... mood untuk menulis sudah menurun.Banyak perkara lain yg perlu cikgu Yan uruskan.ermmm... tengokla macam mana...

Tuesday, July 20, 2010

Inilah dia




Inilah mendanya yang cikgu asik edit2 tu...tu lah hasilnya....buku program...

Sunday, July 18, 2010

Doa penawar kanser

To shrink cancer cells - Surah Thaaha 105 -107 (7 times)

To kill cancer cells:1. Surah Al-Qalam 1-52. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)

To cure from cancer (read following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-697. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas

(Read 7 times onto water for shower and/or for drinking purposes)

Believe, it is He the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who will give a cure to this disease. Insya'Allah, if it is the best fated and charted in my life.Always read:Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub, Ayat Syifa' and istighfar, include the zikirs for chronic disease


..............

Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82

Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian.Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia.Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu 'setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?



Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ




Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan

Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Dr.H: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Ujian Allah

Cikgu Yan menghadapi saat yang paling hiba dalam hidup cikgu Yan waktu ni.Abah cikgu yan disahkan menghidap kanser tahap 4.Kanser yg melibatkan usus dan telah merebak sikit ke bahagian hati n limpa.

Kalau boleh , cikgu Yan nak ganti je tempat abah cikgu Yan.Biar cikgu Yan yg hadapinya.Cikgu Yan baru saje balik dpd Putrajaya setelah pergi berubatkan abah di Beranang Hulu Langat.

Cikgu Yan akan pergi mane2 aje tempat berubat untuk bwk abah cikgu Yan.Cikgu Yan berdoa agar diringankan kesakitan abah.

Monday, July 12, 2010

Welcome to the Hotel Carlifornia

Cikgu Yan suka betui dgn lagu Welcome to the Hotel California ni.... sejak tgok konsert bebudak ITM Dungun time beljar kat sana dulu.Petikan gitar permulaan lagu tu...bes.Dulu2 cikgu Yan jatuh cinta tui dgn org yg pandai main muzik n nyanyi ni...hikhik ( tak matang lagi time tu kot)...hihi patutnya jatuh cinta pada org pandai mengaji Quran... pe la cikgu Yan ni.Paling cikgu Yan ingat time study kat UPSI... time kelas IT dalam makmal...malam2.Tutor kami senior part 6.Minatla dgn dia sebab mcm muka pelakon Mahmod Ali Basha ( sekarang ni citer ILusi)...hikhik...

Bila teringat balik time belajar memang bes.Masa Kat ITM Dungun...petang2 gi tepi pantai beli kepok lekor n air n duduk n makan.Pastu main2 pasir kat tepi pantai then jerit2.Lepaskan perasaan konon.Then hikhik bole lagi main jetski kat tasik bukit besi.Besssss...paling x lupa ari Ahad... kami ade kelas... cepat2 balik tgahri tu sebab nak tengok -melodi- kat bilik tv.Tengok ramai2 penuh bilik tu. semua kena duduk bawah bersila.

Paling x lupa juga time nak exam subjek -legal- untuk firm... ni kes lawyer2 ni... Ya Allah... kena hafal kes sampai nak termuntah...penuh kepala dok hafal kes2... duduk tepi pintu sebab dh tak larat.Time exam...keluarkan semua... balik hostel terus pening n tido. sib baik lulus...

bes gak teringat kenangan lama.

Cikgu Yan siap 80% utk gi kursus esok... pagi gi skolah ptg terus gi hotel n kursus.

Sunday, July 11, 2010

Weekend

Cikgu Yan bertarung dgn sakit kepala hingga ke hari ini.Semalam...kebetulan puasa... elok je berbuka... sakit kepala sangat2...dan akhirnya keluar balik semua makanan n tidur je la jawabnya.Hanya tuhan je yg tau.

Papepun sabtu tengahri sempat lagi shopping... shopping pe ek...kasut n baju...wow bes ni.Then belikan mesin urut untuk abah kebetulan ade offer kat Osim.Sesekalikan.Abah mengadu sakit2 belakang sejak sakit2ni.Makin kurus sbb mknn x boleh sgt nak masuk.Tunggu rabu ni untuk result dpd doktor setelah berbagai ujian dilakukan.Harap2nya cepat2la operate ketumbuhan di usus abah tu.Dan semoganya berjalan lancar.

Cikgu Yan x packing pe pun lg utk kursus selasa ni.Xpela...dlm Ipoh je...kalo ade yg ttinggal bole balik...hihih...

Petang ni pegi berkelah minum ptg kat Taman DR sekeluarga termasuklah adik ipar seklai.Bawak air n pisang goreng...duduk berkelah sambil tgok org main bola.Ramai tui org...parking pun payah.Mmmg dlm minggu ni beberapa kali pegi Taman Dr sbb nak bwk abah relax2 n jalan sikit2 sambil sedut udara segar.
Sib baik kursus dlm Ipoh jugak walaupun bmalam di hotel...kalo2 abah ade operation bolelah kuar n jenguk.

Keje untuk buku program....Insya Allah esok bolelah print... lepas tu cikgu yan akan serah kepada AJK untuk klip,staple dan simpan.Alhamdulillah... berjaya jugak siapkan walaupun byk kesalahan di eja dan sebagainya.Cikgu Yan dh tunjuk 3 salinan yg diperbaiki setiap kali Pengetua nampak kesalahan.hihih Kali ketiga pun ade lagi kesalahan.ermmm ...xpe esok finalnya... xkan di ubah lagi...

Ape yg cikgu Yan nak ssekarang adalah kesihatan yg baik untuk cikgu Yan, abah, mak,family dan umat manusia...Cikgu Yan paling menderita bila kena sakit kepala...dan kali ni nampaknya kerap...ermm tapi bila teringat... sakit penghapus dosa kecil...cikgu Yan pasrah...

Maka esok keja... beberapa ari ni kat sekolah internet xdela pulak...hikhik...

*oh ye...pagi ni cikgu Yan sekeluarga kecuali abah ziarah ke kubur arwah adik n sedara mara.

Wednesday, July 7, 2010

Siap

Cikgu Yan boleh menarik nafas lega bila dh siap buat buku program tu.Ade dlm 5% nak edit.InsyaAllah tu bisa di atur. Cuma keja update i-nilam belum siap.ermmm pelan2 la...nak buat mcm mane...

Esok... 6 masa sederet...kena kejar syllabus PMR ni...Lepas ni nak fokus pd kerja2 cikgu Yan yg x abis2 lg...semak buku pelajar, tgok stok library n ade buku baru dpd Panitia B.Tamil n B.Cina. ermmm...

Cikgu Yan bersyukur sbb kwn2 sekeliling samada dekat n jauh turut membantu cikgu Yan dalam memberi idea n pandangan ttg kerja yg cikgu Yan buat... Alhamdulillah n 10q kengkawan...

Minggu depan cikgu Yan akan berkursus selama 3 ari... ermmmm kelas tinggal lagi...masa x cukup ni... uwaaaaa

Cikgu Yan berdoa semoga semuanya berjalan lancar...

Monday, July 5, 2010

Kenapa?

Kenapa!...kenapa!... ari ni bz edit buku program... ari ni jugak touch pad ade problem...hinggakan cursor x benti bergerak tanpa arahan...hihi (touch pad pun dh penin mcm tuannya)

Sib baik di bantu rakan sekerja disablekan touch pad tu n guna mouse...balik umah mmg konfiden ade mouse sbb dpt percuma masa beli laptop dulu... alih2 sampai kat umah ...baru tringat dah bagi kat kwn...uwaaaaa... yg tinggal hanya mouse yg bkn guna usb utk connection dia...mcm mana nak wat keja? uwaaaaa

Petang pegi kedai n beli mouse lain...hikhik...dugaan tui... sabar cikgu Yan...

Malam ni hampir 80% dah siapkan buku program tu... hrp2 esok jadi 90%... n JUmaat dh siap... hrp2 gitulah...papepun esok tunjuk kat Pengetua... n print utk cek kesalahan ejaan ...InsyaAllah...

ZZzzZZ time...

Sunday, July 4, 2010

Masa

Cikgu Yan sedang mengejar masa mulai esok.Banyak tui menda yang cikgu Yan kena uruskan kat sekolah ni, Sampaikan termimpi2 bila tidur malam2.

Tanda2 kesibukan cikgu Yan ni adalah...semalam seharian sakit kepala...ermmm

Hari ni...petang cikgu Yan bawak abah cikgu yan ke Taman DR Seenivasagam untuk relaxkan minda.Abah cikgu Yan dah keluar hospital tp ade byk lagi appoinment perlu pergi sebelum pembedahan.Cikgu Yan tinggalkan mak n abah kat taman tu n then cikgu yan n adik pegi Greentown Mall.Dah lama x shopping.Jadilah dpt shopping sehelai tudung.Kebetulan Suria FM buat promosi ...artis yg dtg Joey BPR , sedap suaranya lagu -Harum Subur di Hati- (teringat nyanyi lagu ni masa kursus induksi-persembahan kumpulan)

Tapi yg x bes ni... GM ni dah kenakan fee untuk parking... xkisahla pasal fee tu tp mesin byrn tu...ade 2 je...orgnya nak byr...mak aiii pjg barisnyerrrr... lenkali cikgu Yan nak parking kat luar je la...beli belah satu hal...beratur bayar satu hal...tgok Jusco... mesin dia byk... xde masalah pun...hikhik(komplen)

Cikgu Yan masih xpuas lagi nak shopping...sebab kejar masa...

Esok cikgu Yan kena mulakan kerja cikgu Yan... Ya Allah...kena buat satu2 n x terdaya ni nak buat sorang terutama nak keyin data i-nilam seramai 1218 pelajar...
Buku program lagi...minggu ni mesti siap...minggu depan kursus 3 ari...

Yang memeningkan cikgu Yan ni bila agihan kerja yg cikgu Yan buat guna disket...tp bila nak combine...tuptup cikgu Yan nye laptop xde disket driver...uwaaaaaaa...hikhi

Insya Allah...semoga esok berjalan lancar...

Thursday, July 1, 2010

Abah masuk hospital

Abah cikgu Yan masuk hospital ari ni selepas buat endoskopi...doktor dapati ade ketumbuhan dalam perut.Cikgu yan pulak byk kelas ari ni... balik umah, mak pun dh balik berehat jap nnti ptg...cikgu yan n mak n adik ke spital... doktor ckp... tunggu pemeriksaan doktor di wad 3A tu dulu...then baru nak buat pembedahan bgantung kepada tahap keseriusan ketumbuhan tu...

Memang dalam sebulan ni abah cikgu Yan x bole nak mkn n berat badan jatuh 10kg dlm masa sebulan...makan dptla dlm 3 suap je then rase sebu n kenyang...

ermmm semoga semuanya berjalan lancar...