Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Sunday, May 30, 2010

Kenduri di Kampung


Bibi Dasima n Mbah Jaemah




adik beradik mbah (mbah yg kai spec itam tu...hikhik)

masak sambal goreng tempe

Kali ni kenduri kawen kat Kampung Jawa, Ayer Kuning belah2 Kampar tu.Ni perkahwinan sebelah adik beradik Opah(Mbah).Nama pun KAmpung Jawa...mmg cikgu Yan belah mak keturunan Jawa.Tempe mmg x ketinggalan walaupun 'Catering' , tempe tetap masak sendiri.Cikgu Yan mmg suka makan tempe.Yan menariknya kali ni...sambal goreng tempe kulit lembu.Takut gak nak makan...rupanya xde pe...rase mcmpe ye...lembek2 daging cincang je tapi lembut.Sedap gakkkk...

Yang menarik lagi...kampung ni dikelilingi dgn pokok kelapa sawit.Khamah pun ditengah2 kebun kelapa sawit.Redup jer...

Al-Fatihah

Cikgu Yan mendapat 2 perkhabaran kematian, iaitu Allahyarham bapa kepada cikgu Fendi pada 5.30 ptg(Ipoh) smlm dan Allahyarhammah ibu kepada Tuan Loyar(Zakaria)pada 3.30 pagi(Terengganu) ini.Kedua2nya sahabat rapat cikgu Yan.

Salam takziah dan kita yg masih hidup perlu beringat -mati itu benar- bila saje kite x tau...

Saturday, May 29, 2010

Majlis pernikahan





Cikgu Yan pergi mengiringi pernikahan dua pupu di masjid.Majlis kul 10.00 pagi.semangat toi...

Friday, May 28, 2010

Khatam Al-Quran



Cikgu Yan menghadiri majlis khatam Al-Quran dua pupu.Dia akan bernikah esok pagi.Rumah kami selang dua rumah je.

Dosa

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُصِيبَةٍ تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا

Dari ‘Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap kali orang Islam mendapat malapetaka, ALLAH mengampuni dosanya kerana malapetaka itu, bahkan yang disebabkan oleh terkena duri.”

Riwayat Bukhari
( Bayangkan...walaupun terkena duripun...Allah mengampuni dosa kite)

Berat

Pagi ni, cikgu Yan sekeluarga pergi ziarah kubur arwah adik cikgu Yan.Genap sebulan pemergiannya.Cepat tui naik rumput2n lalang semasa menempuh untuk ke kuburnya.Abah cikgu Yan bawak cangkul dan sabit tgn.Bersih2kan laluan sekitar kwsn sekitar.

Sedih gak tgok kwsn kubur di sekeliling yg ditumbuhi lalang sampai takat pinggang hinggakan x nampak dah kubur2.ermmm mungkin waris2 x jenguk ataupun jenguk sekali sekala.Bukan pe...susahkan waris gakla...bla x jenguk...sebab dah susah nak masuk n cari kubur kalo dah semak samun tinggi.

Alhamdulillah sekitar kubur arwah adik masih ok .Arwah bersemadi sederet dgn arwah dua2 moyang,opah n maklong sebelah abah.Senang nak ziarah sekali.Tadi cikgu yan cubalah jugak sabitkan rumput.hikhik tapi agaknya cikgu Yan ni kidal... ntah ke mana hala ntah cikgu Yan sabit.

Cikgu yan ada terbaca tentang ziarah kubur ni.Orang yg dalam kubur ni boleh mendengar apa yg kami ckp n doakan untuknya.Arwah org dh mati begitu gembira menyambut salam yg di beri.Tambah2 doa2 yg disedekahkan.Sebelum balik mak berbisik perlahan yg mak akan dtg lagi... dan ucap 'assalamualaikum'. Hampir setiap minggu mak n abah dtg menziarah.Kebetulan ari ni cuti...cikgu Yan ikut sekali.

ermmm... sebak rase di hati tapi cikgu Yan kuatkan jugaklah.Cikgu Yan kena kuat sbb xmo mak cikgu Yan nampak...nnti mak cikgu Yan jadi x kuat.

........................................................
Balik dpd kubur, pegi mkn n amik opah kat umah opah.Opah nak tdo umah cikgu Yan sbb sepupu cikgu Yan selang dua umah kawen Sabtu ni.Opah cikgu Yan ade bisik2 dgn cikgu Yan buat satu permintaan yg susah cikgu Yan laksanakan.hihih...xpe...cikgu Yan tau ape yg cikgu Yan buat...

Cikgu Yan berdoa semoga Allah merestui ape yg cikgu Yan buat...

Thursday, May 27, 2010

Khabar

Cikgu Yan dpt khabar berita yg pakcik sedang mengerjakan umrah di tanah suci.Alhamdulillah.Sunyi gakla sejak pakcik fly ke Durban then sekarang dah ke Tanah Arab.

Cikgu Yan doakan kesejahteraan ke atas pakcik.Moga2 doa2nya dimakbulkan Allah.

-Dah mcm citer Nurkasih pulak-

hikhikhik

Tuesday, May 25, 2010

Sakit kepala

Semalam cikgu Yan sakit kepala sesangat.Ada satu perkara yg perlu cikgu Yan fikirkan...dan skrg cikgu Yan malas fikirkan.Biarkan je.Bila balik kerja semalam memang tidur je.Tambahan pula cikgu Yan berpuasa.Sampaikan waktu berbuka pun cikgu Yan xbole nak bangun.Adik cikgu Yan kejutkan dan cikgu Yan hanya minum air masak je .Lepas tu cikgu Yan tidur semula.

Sakitnya tidak terkata.Lebih kurang pukul 9.30 malam baru cikgu Yan terjaga dan makan sikit.Buat ape yg patut dan tidur semula.Alhamdulillah ari ni cikgu Yan dah ok sikit.Mungkin perut kosong dan angin naik ke kepala.Kemudian wujud perkara yg merunsingkan kepala cikgu Yan.

Sekarang ni kelas2 hanya buat ulangkaji sebelum exam bermula iaitu SOLAR .Tak pasti pulak nama penuhnya.Yang pasti pihak JPN memberi 2 set soalan berbentuk PMR dan pelajar perlu menjawabnya.So...dorang buat sebagai latihan dan jika timbul masalah...di bawa berbincang bersama.

Berjiwang

Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


Read more: http://rentakartis.com/video-lirik-shahir-af8-kebahagiaan-dalam-perpisahan/#ixzz0ovjAz6HX

Sihir

Amalan mencegah sihir

1. Membaca ayat kursy setiap selesai solat 5 waktu.
2.Membaca surat Al-Ikhlas,surat Al_falaq dan surat An-Naas setiap selesai solat 5 waktu dan membaca ketiga2 surat tersebut sebanyak 3 kali pada pagi hari sesudah solat subuh dan menjelang malam sesudah maghrib.
3. Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.
4. handaklah di baca pada malam hari dan siang hari ketika berada di sesuatu tempat, ketika masuk bangunan,ketika berada di tengah padang pasir, di udara atau di laut.
A uudzu bi kalimaatillahi attaammaati min syarri maa khalaq ( aku berlindung dengan kalimah2 Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya)

5. Membaca doa ini masing2 3 kali pada pagi hari dan menjelang malam.
(Dengan nama Allah, yang bersama namaNya.tidak ada sesuatu pun yg membahayakan baik di bumi maupun di langit dan Dia maha Mendengar dan Maha mengetahui)

Sunday, May 23, 2010

Kursus

Sabtu baru ni bawak 3 pelajar ke SM Raja Permaisuri Bainun... Pelajar ade kursus menjawab soalan PMR, cikgu lak ade kursus peningkatan Pengajaran Matematik PMR. Bermula dpd 8.00-12.30 tengahari. Input yang bagus.

Minggu lepas PKG kol bertanyakan samada hendak menghadirkan diri utk Pengurusan Pusat Sumber usahasama BTPN dan UITM. Dah beri kate persetujuan tapi lom tau tempat dan masa.Harap xla jauh ataupun lama sgt kursus tu.

Cuti sekolah nanti 10 Jun exam PTK lagi. Ni kali terakhir ni.Tinggal kertas Umum je ni.Harap nak study bebetui supaya dpt 4. hikhikh... boleke?

Urusan buku di library 80% selesai.TInggal lagi 20%.Insya Allah nak siapkan sepenuhnya.

*jangan ganggu lagi

Thursday, May 20, 2010

Ngilu

Tadi lepas sekolah gi klinik gigi...temujanji mcm biasa...kali ni tukar besi yg patah tu dan letak wire yg lebih tebal n spesel lak.Kali ni doktor suh kai getah yg khas dan akan di tukar setiap 12 jam.ish ish ish....

Gigi dah start rase ngilu ni... uwaaaa...

Hari ini kesabaran cikgu yan diuji lagi dgn pelajar kelas belakang.Cikgu Yan xboleh tahan dgn sikap kurang ajar pelajar cikgu Yan.Dibuatnya cikgu Yan mcm patung cendana kot... masuk kelas n keluar kelas mcm cikgu yan x wujud.Siap dgn muka yg menyakitkan hati cikgu Yan.Bila cikgu Yan panggil2 pelajar tersebut masuk ke kelas...dia buat mcm x dengar ape2...cikgu yan panggil2 lagi sampai ke koridor...dia berlalu seolah2 dia x dgor ape2. Sikap yg betul2 biadap dan mencabar kesabaran cikgu yan.

Kemudian dia masuk balik... cikgu yan ambil beg dia... dia dtg ke meja cikgu Yan dan nak amik balik beg dia seolah2 mcm gengster... dibuatnye cikgu Yan mcm lawan dia.Dalam ati cikgu Yan... apela nak jadi dgn budak ni.... betul2 mengecewakan... cikgu yan xkan campur lagi dgn urusan pelajar tersebut...tidak ade rase menghormati cikgu Yan.Pelajar lain pun mcm tu...bila cikgu Yan nak start ajar je...dorang bising... tapi bila cikgu Yan marah, dorang xbole terima... mula tarik muka... cikgu Yan bersabar byk2... kelas yg tercorot ni... ade sebilangan nak belajar tp ade sebilangan yang x nak.Cikgu Yan dah abis usaha nak sampaikan ilmu.Cikgu Yan terpaksa ulang pengajaran berkali2 sbb terganggu dgn pelajar yg buat hal....

Cikgu Yan berdoa supaya tahap kesabaran cikgu Yan masih kuat. Kalau ikutkan hati... nak je cikgu Yan baling meja ,kerusi kat dorang...tu kalo ikut hatila...tapi... ermmm bole sesak nafas dibuatnya.Hanya guru yg faham keadaan ini.

Kadang2 terfikir jugak...buat apelah cikgu Yan nak bsusah payah mengajar pada pelajar yg mmg xde minat nak belajar... memang langsung xmo belajar sebaliknya mengganggu kelas je...ermmmmmmm...

Tuesday, May 18, 2010

Hujan

Alhamdulillah...hari ni ujan lebat sangat.Semalam panas. Rase ujan yg sangat tenang walaupun lebat sangat.Sebab pe tenang? sebab xde kilat n dentuman guruh.Hanya air hujan yang mencurah2.Daripada tengahari tadi kat sekolah...ujan turun... sepanjang jalan...byk tui takungan air...redah je la... rasenye xyah cuci dah keta...kompom bersih semuanya.

Semalam adik no 2 kol mak dpd kuantan...dia bermimpikan allahyarham adik yg dtg dlm mimpinya.Allahyarham mengatakan dia sudah pindah n dah ade keluarga baru...ermmmm... al-fatihah.

Monday, May 17, 2010

Sambutan hari guru


















Rasanya sambutan hari guru yg termeriah tahun ni. Tadi cikgu Yan menari poco-poco dgn guru2 lain n masuk sukaneka.hikhik.pengawas Pusat Sumber beli kek n ade majlis kecil-kecilan sikit di Pusat Sumber.Cikgu yan ade gak dapat hadiah.

Saturday, May 15, 2010

Hi-Tea Hari Guru














Hari ni ade hi-tea sempena menyambut hari Guru kat Hotel Tower Regency Ipoh.Tema warna pakaian Pink ,Itam n Merah. hihi.Okla makanan dia n enjoy.

Thursday, May 13, 2010

Sekolah




(Cikgu yan dgn kelengkapan mengajar...rotan x bwk lak...hancur dah...hihihi...dlm pencil case ade marker pen, pass keluar, sekotak pensel 2B n 5 batang pembaris(utk anak2 cikgu Yan)Menda2 alah tu pun anak2 murid cikgu yan sibuk nak tolong angkatkan...
Sebaik sahaja cikgu Yan keluar kelas, Pengetua terus jemput ke kelas sebelah sbb ade pameran makanan n alatan tradisional.Ini projek Pendidikan Sivik la ni.Dulu cikgu Yan pernah ajar sivik...projek yg cikgu Yan buat adalah tanamp pokok naga...hihiih...mcm kemetot je pokok tu skrg ni...hiih

Beberapa bulan yg lalu...cikgu yan berkecil hati dgn seorang pelajar cikgu yan yg melawan dgn cikgu Yan.Cikgu Yan tegur sebab dia buat bising...tapi akhirnya...dia bertindak melawan cikgu yan.Mulai saat itu... cikgu yan mengajar seperti biasa tetapi tak pernah lagi memanggil atau menyebut nama pelajat tersebut, walaupun dia berbuat bising.Cikgu Yan x hiraukan dia lagi.Sesiapa yg berckp dgn dia... cikgu yan panggil nama pelajar yg berckp dgn dia.Cikgu Yan xkan mrh atau tegur pelajar tersebut sebaliknya cikgu yan akan mrh dan tegur pelajar yg berckp dgn dia.
Lama-kelamaan mungkin dia perasan cikgu yan langsung x endah samada dia buat atau x kerja cikgu Yan.Cikgu yan akan puji2 rakan2 dia yg buat kerja cikgu yan.

Tetiba ari ni... kwn kepada pelajar tersebut ckp pada cikgu yan yg pelajar yg cikgu Yan x hirau tu mintak maaf.Dan dia ckp...dia nak belajar.Cikgu Yan mmg mengajar mcm biasa selama ni...cuma cikgu Yan x langsung menyebut nama pelajar tersebut.Pelajar ni rase mcm x kena bila cikgu yan langsung x sebut nama dia sehinggakan pd satu ketika dulu... dia hanya baring di kerusi semasa cikgu yan mengajar tetapi masih cikgu yan wat x peduli.Sekarang dia mungkin sudah sedar.

Moral of the story : Pelajar hanya nakkkan perhatian...bila kite x pedulikan dia jadi jemu sorang2 dgn perbuatannya...

Wednesday, May 12, 2010

Hakim Nilam




Cikgu Yan jadi hakim nilam ari ni. Ni balik kejap.Petang karang bersambung semula,

Tuesday, May 11, 2010

Bz semula

Hari ni cikgu Yan gi keja.Urus ape yg patut.Cikgu Yan lom sempat hantar buku rekod mengajar dan isi borang cuti rehat sebab ari ni kelas banyak.Tak sempat gi opis.Kawan2 ucap salam takziah.

Bila balik rumah, tgh cikgu sedang berehat... cikgu yan baru teringat...esok cikgu Yan jadi Hakim Nilam lagi kat Pusat kegiatan Guru.Nasib baik teringat.So, esok... cikgu Yan x pegi sekolah...terus gi PKG.Sib baik dekat...

Harap2 abis awal.

Cikgu Yan kena ke klinik gigi secepat mungkin...baru cikgu Yan perasan...besi keliling gigi geraham cikgu Yan patah.Maybe cikgu Yan gigit makanan keras.ish ish ish...Jangan tertelan sudah.

Semalam cikgu Yan berjumpa dgn kawan.Dia on the balik dpd Pulau Pinang hantar anak sulung dia masuk Matriks Penang kat kepala Batas.So, cikgu Yan bawak gi makan Mee Rebus Ramli.

Monday, May 10, 2010

Kehebatan surah Al-Ikhlas

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Kedukaan

Hari ini cikgu Yan mengambil cuti rehat untuk menguruskan pendaftaran kematian.Di samping itu untuk menemani mak cikgu Yan di rumah.Adik dan suaminya telah pulang ke Pahang pagi tadi.

Cikgu Yan tidak dapat lagi nak menceritakan kedukaan yang baru berlaku.Cuma cikgu Yan anggap ini adalah yg terbaik untuknya.Semoga dicucuri rahmat.

Kejutan pertama pada tahun 2003, allahyarham penah koma selama seminggu kerana paru2 dimasuki kuman. Doktor memberitahu saat itu memang kritikal.Dengan kuasa tuhan ... sihat sepenuhnya semula.

Kali ini... pergi untuk selama-lamanya setelah di 'post mortem' didapati paru-paru berair.Kehilangan yang bukan di depan keluarga kerana tidur di rumah kawan.

Cikgu Yan kena tabah sebab cikgu Yan takmo mak cikgu Yan jadi lebih bersedih.Cikgu Yan kena pastikan mak cikgu Yan tidak terlalu mengingati ape yang telah berlaku.Abah berpesan supaya tidak tinggalkan mak sendirian buat masa ini.

*Mati itu benar.Akan datang tepat pada masanya tidak kurang n tidak lebih sesaat pun.

Friday, May 7, 2010

Al-Fatihah

Adik cikgu Yan pulang ke Rahmatullah pagi ini.

Thursday, May 6, 2010

Keje

Saat ni pakcik dah pun berada di bumi Afrika tu.Pakcik bertolak 5 Mei 2010 1.20a.m. MH0201 Kl-Johannesburg.Semoga sampai dgn selamatnya.Keje bebaik.(huh...pakcik ckp naik concorde ek ... 4 jam sampai...ikut shortcut ek...ckp kat cikgu Yan 5.30+ a.m. sampai...ooo cikgu yan terpedaya...huh...huh ..huh)

Cikgu Yan baru balik dpd menjadi hakim Nilam kat PKG(Pusat Kegiatan guru).Menurut surat yg cikgu Yan terima masa 8.00-5.00 ptg.Tapiiii abis awallll...bessssss.

Ngantuknye rase saat dan ketika ini.Tambah2 xde pape yg cikgu Yan nak tunggu petang2 ni.

Wednesday, May 5, 2010

Suram

Hari ni kelas x banyak.Buat keja macam biasa namun ade kes berlaku berkaitan Pusat Sumber.Pengawas Pusat Sumber cikgu Yan didapati ade berbuat sesuatu yg menyebabkan cikgu Yan jadi kecewa.Cikgu Yan dpt aduan 2 org Pengawas ni membawa keluar majalah dan buku rujukan secara diam-diam dlm erti kata lain mencurilah.ermmm cikgu Yan jadi sangat kecewa...org yg cikgu Yan percayai (Pengawas Pusat Sumber)membuat sesuatu yg mengecewakan cikgu Yan.Lagi satu yg x dpt cikgu Yan terima adalah menipu cikgu Yan jugak.Memang 'pantang' tui org menipu cikgu Yan.Sekali menipu, cikgu Yan xkan dengar ape2 lagi.

Setelah di bawa ke pihak pentadbir dan dijatuhkan hukum, mak kepada pelajar tersebut berjumpa cikgu Yan memohon rayuan.Cikgu Yan menceritakan kebenaran dgn jelas...dan berjanji membawa kes rayuan tu kepada pihak pentadbir.Namun begitu, keputusan yg di buat oleh pihak pentadbir muktamad.Itu sahaja yg mampu cikgu Yan buat.

Ntahla...ingatlah anak2 ku... jgn tersilap langkah... perbuatan yg baik akan terima balasan yg baik dan perbuatan yg jahat akan dapat balasan yg setimpal.Bukan cikgu Yan yg akan membalasnya...cikgu Yan x mampu menghukum sesiapa...cikgu Yan berserah pada tuhan je.

Ada satu perkara yg bermain dlm fikiran cikgu Yan...ermmm

Tuesday, May 4, 2010

Jiwang leleh

Damasutra

Seribu Bayangan

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi



Sepenuh Hati
Artist: Spoon

Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu

Sunday, May 2, 2010

Kawan ITM kawen





Kawan, Suharmi atau nickname pusing kawen.Kawan ni sama kelas masa kat ITM Dungun dulu.Maka kwn2 kelas Banking A,B n C datang memeriahkan majlis ni.Konvoi 4 buah keta di ketuai cikgu Yan (mcmla tau jalan) berjaya sampai ke destinasi.Nak komplen ni... dah ade facebook kat jemputan pun x kasik maka terpinga2la cikgu Yan lukis plan jalan sbb xde printer....uwaaaaa.