Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Wednesday, April 7, 2010

Membalas kejahatan dengan kebaikan

'Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.Tolaklah(kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik: apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah teman karib.((Fussilat :34)

Huraian

Tidak harus bagi sesorang membalas kejahatan dgn kejahatan , kerana kebaikan itu tidaklah sama kesan dan nilainya dgn kejahatan.
Sikap sabar, berlapang dada dan kebolehan melawan kehendak hati utk membalas kejahatan dgn kejahatan itu dapat mengembalikan hati2 yang liar kepada ketenangan kepercayaan dan dapat mengubah permusuhan kepada persahabatan dan kekasaran kepada sikap yg lembut.

Perkara ini berlaku dgn tepat dalam kebanyakan keadaan yang mana keadaan emosi yg berkobar2 berubah menjadi tenteram.

Kemarahan berubah kpd ketenangan dan sifat takbur berubah kepada malu apabila kekasaran di sambut dgn kata2 yang baik, nada yg tenang dan senyuman yg mesra ketika menghadapi manusia2 pemarah, angkuh dan tidak terkawal perasaan mereka.

Sebaliknya jika mereka di tentang dgn tindakan yg sama kasar sepert yg dilakukan oleh mereka terhadap kite tentulah mereka menjadi bertambah garang, angkuh dan liar.

Sehingga akhirnya mereka akan membuang sikap malu dan terus melepaskan perasaan mereka di samping merasa bangga dgn dosa yg mereka lakukan.

Sifat ini terbatas hanya kpd kes2 kebiadapan terhadap peribadi shj bkn terhadap kes pencerobohan terhadap agama dan penindasan terhadap golongan beriman kerana kes seperti in wajar di tentang dgn segala cara atau bersabar sehingga Allah membalasnya.

Kesimpulan

Kebolehan membalas kejahatan dgn kebaikan dan kebolehan berlapang dada serta dpt membendung perasaan marah serta mebuat pertimbangan adalah darjah yg amat tinggi yg tidak dpt di capai oleh semua orang.

Ini adalah kerana ia memerlukan sifat sabar selain ia memerlukan satuanugerah Allah kepada hamba2nya yg berusaha dan berjuang lalu wajarlah mereka mendapat anugerah itu.

************************************************************
Cikgu Yan tertarik dgn artikel dpd surat khabar ni.Daripada bacaan ini membuatkan cikgu Yan tak mahu menyimpan perasaan dendam pada sesiapa.Cikgu Yan cuba mencari kesilapan dan kesalahan diri-sendiri yg mana dgn sedar atau tanpa sedar telah dilakukan.Cikgu Yan juga berdoa agar sesiapa yg terlibat dgn kes cikgu Yan, agar dia di beri petunjuk supaya sedar akan apa yg dia telah lakukan.

No comments:

Post a Comment