Ntah kenapa malam semalam tak boleh tido.Rasenye dapat tido dalam 2 jam je...lepas tu bgn utk pergi keja.Terlebih tido petang kot... ermmm so ari ni tahan mata untuk tidak tido petang.Walaupun ngantuk sangat2.
Petang plan nak gi jogging tp telah dibatalkan sebab panas sgt.Tapi xpela dapatla tengok cerita -siong-. Bes jugak.Lepas tu kul 6.30 ptg tgok Na O Mei.Suka tengok keindahan tepi pantai Pulau Redang.Suka tgok orang Dive.Sebelum cuti ari tu Cikgu Firdaus ada bertanya kalau2 minat nak amik lesen diving.Rasenya mahal tu.Tapi katenya x.Harga yang mampula.Ok jugak...katenya train kat Lumut 2 ari ade beberapa sesi ikut kedalaman air.Sesuatu yang berbeza.Ini hanyalah bual2 kosong.Sekiranya jadi n ade kawan...on je.Lepas tu bolehla dive kat Pulau Tenggol...cantikkkkkkk..
Kemudian teringat peristiwa yang agak menakutkan iaitu hampir lemas kat Pulau Pangkor dengan adik.Ntah macam mana masuk je dalam air terus lemas n kaki x jejak pasir...terkapai2 la kami dua orang.Hanya tuhan je tau diri ni dah x berdaya hendak bernafas lagi.memang dah xbole apungkan diri lagi.Mujur ada sekumpulan budak2 muda datang hulurkan tgn dan tarik kami ke tepi.BUkannya jauh pun...cuma mungkin kecerunan pantai Teluk Nipah tu yang curam dan bukan jenis landai.Sekiranya tidak ada orang yang tolong...memang dah pulang ke pangkuanNya.
Tersedar yang sekiranya tuhan hendak amik nyawa kita...sekelip mate pun boleh.Bila terjadi peristiwa tu seakan2 tuhan menegur diri ini agar beringat sentiasa akanNya.Takmo ingat dah peristiwa tu.
Pagi kat sekolah ade penyampaian hadiah ari sukan so acara -selawat ke atas Nabi- tidak dapat dijalankan.
Oh ye tadi ade beberapa pelajar Cina bertanya akan kemusykilan tentang berkhatan sekiranya org bukan Islam berkawen dgn org Melayu.Sebenarnya mereka x faham konsep berkhatan tu so dorang dok tergelak2 sambil bisik2 -potong-.Lepas tu terangkan pada dorang...awak jgn salah faham...baik awk tnya pada pelajar lelaki Islam...sebenarnya tujuan utk kebersihan bkn 'menghilangkannya'.Then dorang baru faham...ooo mcm tu ke?...sebenarnya segan nak berckp pasal tu cuma nnti dorang salah tafsir pulak.Bila dah terangkan dorang semakin faham.ish ish ish nak tergelak pulak dgn perangai budak2 ni.
Setakat ari ni mmg dah terbiasa dgn perangai budak2 kelas belakang ni...ade pro n kontra... dpd segi mintak bantuan sapu kelas...memang tip top tolong...tapi dpd segi buat keja sekolah dan dan tu dorang pening kepala.Belum lagi yang lewat masuk kelas,menipu dsb nya. Sampai dok terdiam pk...apela nak di buat dgn budak2 ni.Paksa juga dorang tulis.Kalo x daya sgt...tulis je nama dorang kat buku -hijau- tu.Kena pandai tekel dorang,pujuk2 sikit,puji2 sikit barulah nak buat keja sekolah.Sabar je lah.Cikgu Azian....tarik nafas dalam2.
#Nak tunggu Isyak je ni...pasni nak ZZzzZZ.HArap2 bole lelapkan mate.
*Ampun maaf di pinta jika ada salah dan silap.
*Dapat komen yang positif petang td... 10q (hikhik...yg ke-8 n setrusnya ok...perah2 otak lagi)
Pengumuman semua ....
13 years ago
hmm..seronoknya jadi pelajar coz kena pujuk2 dulu baru boleh buat keje...
ReplyDeletehihih...nak jadi anak murid ke?
ReplyDeleteha..ha..ada kelas utk murid2 dewasa ke??nak blajar ape yek??
ReplyDeletehihi belajar tulis blog...
ReplyDelete