Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Sunday, February 28, 2010

Keterlupaan


yang ni x leh lupa...kena tempah ...hihi
*********************************************************
Ntahla ape nak jadi...sepatutnya buku rekod mengajar hantar khamis lepas.Memang x ingat langsung nak hantar.Sebab khamis tu double last period ade kelas then terus meeting sampai kul 2 ptg. Lepas tu dok kejo ketua panitia n guru kanan untuk tandatangan soklan exam.Pastu hantar ke pejabat untuk di riso.Terkejar2 kan menda alah tu... lepas tu terus balik.Kat umah teringat... x anto buku rekod mengajar.ish ish ish.

Macam mana bole x teringat langsung ttg buku rekod mengajar ni.Cikgu Azian ni dah parah ni...hikhikhik... keja x menjadi...

ermmm esok kena siapkan buku rekod then mengadap pengetua sendiri untuk dapatkan tandatangan...uwaaaa...(mcm x biasa jumpa pengetua...hihihi) ...ermmm nampak sgt keje x efisyen dah... :( ( pe nak jadik dgn cikgu azian ni)

* esok kena buat sesuatu ni... hrp mood dtg kembali...
* kejar syllabus untuk ujian bulan Mac minggu depan.

Hadiah



koleksi sedia ada


Koleksi tambahan...

Sempena besday ikut tahun Islam semalam...maka menghadiahi diri ini dgn menda2 yg jadik idaman ati.hhiihhi.Ni la ubat yg paling berkesan utk release ketegangan.

Massage pulak release ketegangan urat saraf yg menyebabkan kelesuan dan angin.hihihi

Saturday, February 27, 2010

13 Rabiul Awal

Hepi besday to me...yg ke-(tua dah)... dah kena dok kat masjid wat amal ibadat lebih...hihi

Alhamdulillah ...malam ni sakit kepala dah beransur pulih...niat nak berpuasa ari ni dibatalkan sebab keadaan kesihatan x mengizinkan.

Ketidakdayaan tubuh badan

Balik dpd jalan2 semalam, gi manjakan diri(massage)...sebab rase badan tidak selesa n pening.Balik dpd tu...terus x bangun.Sakit kepala yang teramatnya.Makanan yg di makan sebelum tu abis keluar semua.Memang dah xsanggup hadapinya lagi.MAsa ni lah rase... nakkan kesihatan yg baik. :(

Dah semakin kerap sakit kepala.Sebab cuaca ke? ntahla...sepanjang mlm smlm n sepanjang siang ari ni...terbaring je...makan sekadar xmo perut masuk angin.

Xtau la ape yg ade dlm fikiran...tapi sentiasa berlegar2 dalam otak perkara yang bercampur2.Ni yg membuat tubuh jadi penat.Ni ke yang dinamakan rungsing? alahai.... pegi2...

Sekiranya ada buat ape2 salah dgn kwn2...ampun maaf di pinta.

Friday, February 26, 2010

Release








Ketaktentuan emosi menyebabkan aktiviti2 ini dijalankan.(aktiviti habiskan duit :( )

Wednesday, February 24, 2010

kekucarkaciran mood


Ha... tergeliat lidah baca tajuk...bila ntah mood nak dtg balik ni...buat keja macam biasa cuma mcm rase xpuas ati pulak sebab x selari dgn mood.Disebabkan tu jugak ZZzzZZ waktu malam pun susah.Ni yg takut ni kalo nak ZzzzZz susah ni.fuh fuh fuh pegi jauh2...

Soalan exam dah siap cuma esok tinggal print n lukis diagram.Sat gi nak cek ejaan semua.BIla dah settle nnti baru nak buat skema jawapan.MInggu depan dh bole staple n kira n serah pd s/u peperiksaan.

Tadi masa mengajo kena bersabar jugak...rasenye nak tercabut anak tekak...bak kate kwn sampai dah haus klutch suara.hihi.bayangkan kena lontarkan suara mcm dah sampai nak ketat anak tekak.ish ish ish...mcm tu sekali.Tu yang jadik penat tu.Balik bilik guru...mcm biasa dok terdiam sekejap melepaskan lelah.Kadang2 mcm dah putus asa je...tapi x baik ckp mcm tu.Mayb sebab thn ni dpt kelas yg paling akhir kot...suasana pembelajaran dh jadi lain.Kadang2 terfikir kenapalah susah sgt dorang nak terima ilmu...ermmm...abaikan...

Tak baik merungut...papepun kena hadapi jugak.

Perasaan itu...silalah pergi...

Kekasih Allah

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Risau

Tetiba jadik risau sebab dapat jadual Ujian bulan MAc. Kalo ikut takwim 22 Mac ...tiba2 8 Mac.Soalan belum siap n syllabus pun belum nak cover.ermmmm ...ape2pun ari ni gak siapkan ...esok nak anto utk di riso.Tinggal nak lukis diagram je ni...harap2 semua berjalan lancar.

Pagi tadi gelap betui...then ujan mencurah2 turun.Alhamdulillah...sonok rase.Kelas mcm biasa...ari ni 4 masa...bole tahan lelahnya mengajo.

Tuesday, February 23, 2010

Putus cinta

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya....
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat ... surat tu
Macam ni bunyinya: ?

Hi, my motive write this letter is to give know you something.
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think
about this very cook cook. I know i clap one hand only. Correctly, i
have seen you and she together at town with eyes myself. you always ask
for apology back back. I don't trust you again!!! You are really
crocodile
land.My Friend speak you play wood three ..Now i
know you correct correct play wood three. so,i break connection to
pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very
correct, because you love she very high from me. so, i break off to
go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have
been crying until no more eye water thinking about you.I don't want
banana to fruit two times .



Safe walk
Tijah

Gigiku stress

Start ari ni dah rase gigi ni jd stress...tp masih bole makan lagi...ihih...bes dpt mkn kerabu pucuk betik...bes bes bes.Hari ni start tgok balik soalan Ujian bulan Mac ni.Nak update dan hantar utk di riso seterusnya staple n kira n serah pd s/u peperiksaan.harap bole settle minggu ni.

Monday, February 22, 2010

Isnin yang panas

Ntah kenapa malam semalam tak boleh tido.Rasenye dapat tido dalam 2 jam je...lepas tu bgn utk pergi keja.Terlebih tido petang kot... ermmm so ari ni tahan mata untuk tidak tido petang.Walaupun ngantuk sangat2.
Petang plan nak gi jogging tp telah dibatalkan sebab panas sgt.Tapi xpela dapatla tengok cerita -siong-. Bes jugak.Lepas tu kul 6.30 ptg tgok Na O Mei.Suka tengok keindahan tepi pantai Pulau Redang.Suka tgok orang Dive.Sebelum cuti ari tu Cikgu Firdaus ada bertanya kalau2 minat nak amik lesen diving.Rasenya mahal tu.Tapi katenya x.Harga yang mampula.Ok jugak...katenya train kat Lumut 2 ari ade beberapa sesi ikut kedalaman air.Sesuatu yang berbeza.Ini hanyalah bual2 kosong.Sekiranya jadi n ade kawan...on je.Lepas tu bolehla dive kat Pulau Tenggol...cantikkkkkkk..

Kemudian teringat peristiwa yang agak menakutkan iaitu hampir lemas kat Pulau Pangkor dengan adik.Ntah macam mana masuk je dalam air terus lemas n kaki x jejak pasir...terkapai2 la kami dua orang.Hanya tuhan je tau diri ni dah x berdaya hendak bernafas lagi.memang dah xbole apungkan diri lagi.Mujur ada sekumpulan budak2 muda datang hulurkan tgn dan tarik kami ke tepi.BUkannya jauh pun...cuma mungkin kecerunan pantai Teluk Nipah tu yang curam dan bukan jenis landai.Sekiranya tidak ada orang yang tolong...memang dah pulang ke pangkuanNya.

Tersedar yang sekiranya tuhan hendak amik nyawa kita...sekelip mate pun boleh.Bila terjadi peristiwa tu seakan2 tuhan menegur diri ini agar beringat sentiasa akanNya.Takmo ingat dah peristiwa tu.

Pagi kat sekolah ade penyampaian hadiah ari sukan so acara -selawat ke atas Nabi- tidak dapat dijalankan.

Oh ye tadi ade beberapa pelajar Cina bertanya akan kemusykilan tentang berkhatan sekiranya org bukan Islam berkawen dgn org Melayu.Sebenarnya mereka x faham konsep berkhatan tu so dorang dok tergelak2 sambil bisik2 -potong-.Lepas tu terangkan pada dorang...awak jgn salah faham...baik awk tnya pada pelajar lelaki Islam...sebenarnya tujuan utk kebersihan bkn 'menghilangkannya'.Then dorang baru faham...ooo mcm tu ke?...sebenarnya segan nak berckp pasal tu cuma nnti dorang salah tafsir pulak.Bila dah terangkan dorang semakin faham.ish ish ish nak tergelak pulak dgn perangai budak2 ni.

Setakat ari ni mmg dah terbiasa dgn perangai budak2 kelas belakang ni...ade pro n kontra... dpd segi mintak bantuan sapu kelas...memang tip top tolong...tapi dpd segi buat keja sekolah dan dan tu dorang pening kepala.Belum lagi yang lewat masuk kelas,menipu dsb nya. Sampai dok terdiam pk...apela nak di buat dgn budak2 ni.Paksa juga dorang tulis.Kalo x daya sgt...tulis je nama dorang kat buku -hijau- tu.Kena pandai tekel dorang,pujuk2 sikit,puji2 sikit barulah nak buat keja sekolah.Sabar je lah.Cikgu Azian....tarik nafas dalam2.

#Nak tunggu Isyak je ni...pasni nak ZZzzZZ.HArap2 bole lelapkan mate.
*Ampun maaf di pinta jika ada salah dan silap.
*Dapat komen yang positif petang td... 10q (hikhik...yg ke-8 n setrusnya ok...perah2 otak lagi)

Pink kaler

Baru balik klinik gigi...utk bulan yang ke-2.Kejap je kan.Doktor ckp ade sedikit perubahan...a ah mcm perasan gak.Kali ni x pilih warna grey dah...pilih pink kaler...bolela...buat perubahan sikit...buat masa ni ok lagi...xtaula mlm ni...ngilu ke ape...bulan lepas ngilu...

Xde masalah lagi utk mkn...sumbat je asalkan di potong kecik2 dulu dan x keras.Rasenya mesti nnti terluka pipi dalam sebab ganti dawai kasar sikit...xpe...lenkali okla...

Hari ni kat sekolah selain mengajar...update kan program NILAM tu...kelas lak kena byk bersabar lagi...sabar Azian sabar...ok ok...tarik nafasssss byk2... kwn sebelah meja Yati dah dtg keje...yeaaa bole sembang...hihi

Saturday, February 20, 2010

Dunia batinku

Sedih betul cerita cerekarama malam ni.Hampir2 menitis air mata.Pengorbanan seorang ibu memikul tangungjawab setelah kematian suami.Pengorbanan seorang abang terhadap nenek dan adik2nya.Pilu rasa di hati semasa mendengar nasihat bapa mereka yang tenat kepada anak2nya.

Antara kata-katanya...pelajaran itu penting ...jgn jadi macam dia...jadilah seorang yang ada maruah...kemudian teringat cerita kwn sepergaduhan tentang nasihat arwah ayahnya kepada diri dia...tinggal dia dua beradik je blom masuk lagi ke Universiti...abang2 n kakak2nya semua dah masuk ke Universiti...arwah ayahnya nak dia n adik dia juga masuk ke Universiti.Cuma arwah ayahnya x sempat tgok dia masuk ke Universiti.Hajat arwah ayahnya telah ditunaikan.Bangga dengan dirinya yang patuh kepada mak n kaklongnya.InsyaAllah akan menjadi anak yang baik kepada keluarga.Teringat akan kata-kata ustaz...seorang lelaki yang baik adalah yang bertanggungjawab pada mak dan keluarganya...Insya Allah dia kan bertanggungjawab pada keluarga sendiri bila dia berkahwin kelak.So, jgn berbangga sekiranya lelaki mendengar ckp gf dia dan membelakangi keluarganya.

Banding dengan kehidupan seorang anak lelaki yang selalu mendatangkan masalah pada keluarga dan memalukan keluarga.Ntah apa yang ade di benak fikirannya...umur dah meningkat tapi kerja pun tak nak.Bangun tido makan then tido then makan.macam-macam ragam manusia.Mohon keinsafan timbul di hati orang2 yang sebegini.

Hujan

Alhamdulillah...hujan baru je turun dengan lebatnya...dapat mendinginkan hawa panas sejak dua menjak ni...dapat melembapkan tanah dan menyirami hidupan di muka bumi ni.Rasa nikmat sangat sebab memang inilah yang dinantikan.Duduk kat luar rumah sambil tengok hujan turun dengan lebatnya...rasa gembira dapat tengok pokok2 basah disirami air hujan.
Begitulah juga dengan kehidupan manusia...kadang-kadang panas, sejuk umpama berada dalam kegembiraan,kesedihan,kegelisahan,kemuramam dan sebagainya.Cuma semua tu tak berpanjangan...kalau berada dalam kegembiraan...dugaan muncul tanpa di undang, bila dalam kesedihan...sinar kebahagiaan muncul tanpa di duga.

Ntah bila nak teruskan cerpen yang terbengkalai tu... penyudahnya sudah ada cuma penulisannya belum diteruskan.Bila pergi umah opah tadi...bila sembang2...baru tersedar diri ini yang suka menulis ni menuruni arwah tok yang suka menulis ketika dulu.Teringat arwah tok suka duduk di meja sambil menulis berbuku-buku dengan tekunnya.Bijik butir penulisannya tentang kejadian manusia di muka bumi ni serta cerita2 nabi.Kalau tak salah ilham yang dia dapati di tulis di buku.Teringin gak nak baca cuma arwah berikan pada anak2 yang dia kira layak untuk di beri.Arwah tok seorang yang alim tetapi tegas dan suka menyendiri.Meninggal dunia selepas subuh hari Jumaat dan terus disemadikan.

Hari ini rasa nak memohon maaf pada semua orang ...berasa diri ini banyak buat salah pada orang.Maaf di atas keterlanjuran kata-kata.Macam ada apa2 pulak kan? hikhihk

Friday, February 19, 2010

Pen merah dah hilang?

Senjata terpenting dalam kerjaya ni dah hilang... baru tersedar tadi.Konon2 nak semak buku bebudak ni... alih2 x jumpa pen merah.macam mana nak buat keja ni? (alasan la tu)hikhik...
Disebabkan semangat yang berkobar2( dh x cukup masa pun)...pinjamla pen merah adik.hihi.Pen pun nak pinjam. Maka bermulalah aktiviti menyemak buku sambil melirik ke laptop.

Isnin ni dah di mintak oleh akak2 cikgu ni utk naik ke pentas beramai-ramai utk berselawat ke atas nabi sempena Maulidur Rasul.Join je la.Then teringat... mak ckp diri ini dilahirkan sehari selepas Maulidur Rasul.Mak ckp...masa tgh sakit nak bersalin tu...mak ternampak org berarak2 Maulidur Rasul...then esoknya mak bersalin.So diri ini dilahirkan pada 13 Rabiul Awal la kan.So sabtu depan besday la kan.hikhikh..tua dah.

Thursday, February 18, 2010

Pasif

Hari yang lesu
kepalaku berdenyut kembali
saluran darah tersumbat kembali
oksigen tidak sampai ke otak

deritanya rasa...
makanan tidak di jamah hingga ke petang
cara terbaik memuntahkan angin melalui tekak
baru terasa lega cuma kepala menjadi makin berat

semua urat saraf di bahagian leher sakit
sekitar bahu,telinga,mata dan hidung
sengaja tidak makan ubat
lepas episod muntah cuba makan buah betik

alhamdulillah berasa lega
sedap pulak betik yg abah tanam...manis
tambah2 sejuk dlm peti sejuk
lega selepas tu hilang sakit kepala...

p/s : aktiviti ari ini...di atas katil

Cinta bukan Tuhan (renungan bersama)

Wednesday, February 17, 2010

sensitif

Mungkin cuaca panas kot (salahkan cuaca pulak) ...hatipun mudah panas... eh bukan panas...sensitif.Ape2 perkara pun boleh menyebabkan airmata menitis.Tapi ok ape...bila airmata menitis bermakna mata kite sedang di cuci dan secara simboliknya ia merupakan salah satu luahan rasa yg terpendam.Mungkin dengan cara ini...mendapat satu kelegaan dan ketenangan.

Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada berasa gembira dan sedih.Kadang-kadang gembira dan kadang-kadang sedih.Ada satu perasaan yang dulu diusir2 kini datang kembali.Salah diri sendiri jugakla sebab terlalu berlembut membenarkan semua ni terjadi.Memang dah tau kesan2nya tapi selalu suka ikut perasaan.Siapa yang susah?

Kena abaikan semula semua tu.Kepala pun ape lagi mengambil tempat teratas untuk sakit kembali... :(

Jatuh cinta

Tiba-tiba terjatuh cinta dengan lagu2 Wali Band.Sedap2 gak lagu dia.Kira serasila...hihi(jenjiwang).Tapi bukan lagu -cari jodoh - tu...(tersensitif pulak).Ni penangan anak jiran sebelah...ari2 pasang lagu Wali Band.Pasang kuat gak...so masa agak2 nak lena di siang hari...dok dengor lagu2 tu...lama2 sedap pulak.So cari kat youtube.

Kadang2 masa nak lena di siang ari tu...bila abis lagu Wali Band...tiba2 dgor lagu...~eh kome doghoyan dah berbunge~... lepas tu lagu ...~Kuala Kangsar~...then lagu ..~kejor yob kejo~....hikhik...(potong tui).

Yang paling xtahan tu... budak2 anak2 jiran dok nyanyi lagu ~akuuuu...bukanlah superman~...mcm2.

Sunday, February 14, 2010

Egokah aku?



Ku… tak pernah merasa gundah di hatiku, Ketika denganmu


Saat kau, kau belai rambutku, Kau temani aku,


Kau basuh lukaku



Kini semua berlalu karena engkau tak memilihku



Salahkah aku mencintaimu, walau kutahu kutak dihatimu


Egokah aku memilikimu Walau kutahu kau tak memilihku


Kuharap Tuhan cabut nyawamu, agar tak ada yang milikimu


Sadarkah kini ku tak rela, Iman ku telah sirna,



Mimpiku tak nyata



Kini semua berlalu Karena engkau tak memilihku

Kotak limau



Kotak je kotak limau tapi keja menanti... 3 kelasnya keja kena semak...uwaaa

Aktiviti hari ini




Pagi pegi ke Slim River umah sedara mak kawen.Kat dewan.Balik singgah ke Riamoda (kedai kain kat Simpang Pulai)...uwaaa bes....3 pasang kain beli. So sekarang ada 4 psg lom tempah.ermmm...Hilang dah janji2 diri nak berjimat tahun ni.

Petang pegi umah opah ...sbb adik sepupu besday.Semalam umah opah belah abah ada bacaan Yasin n kenduri sikit. 2 ari ni penuh aktiviti. Adik n adik ipar pun ada kat umah...so jadi gadis Melayu terakhir paling sopan.hikhik

Saturday, February 13, 2010

Cuti CNY seminggu


Gambar lama masa adik Konvo Unitar di PICC Putrajaya.
******************************************************************************
Takde plan memana pun.Maybe pas cuti CNY ni masa Maulidur Rasul nak ke Bukit Tinggi Pahang.Insya Allah.Baru plan ngan kwn2.N bulan 6 (Insya Allah) plan ke Jakarta n Bandung.(Bergantung kepada Kak Nah...Ketua rombongan Cik Kiah).Yang penting simpan duit.

Maka cuti CNY ni...dah bawak balik sekotak buku2 student utk di semak(bukan sekotak limau...kotak je kotak limau).hihi.Then dah xport list nama bebudak.So nanti nak kemaskini NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membawa).Nampak mudah tapi kena sabar buat satu2.Lepas tu nak plan pelancaran NILAM peringkat sekolah.

Kalau rajin nak ke sekolah nak xport list nama lower form pulak n daftarkan peralatan brg belian Pusat Sumber.Semua dalam kepala.Macam2.Oh ye 22 Feb 10 appoinment dgn doktor gigi utk bulan kedua.Dah 2 bulan...kejap je masa.Dah semakin bole menyesuaikan diri dgn menda alah ni.

Friday, February 12, 2010

Hari Olahraga sekolah(sukan)


Staff pejabat

Dinda Hazreen

Ngan staff pejabat

hihi

Tingginya mereka...pelari sekolah n Penolong s/u sukan

anak-anak lagi

anak-anak

Bersama Guru Kanan

rakan seperjuangan

Maskot rumah biru yang membawa kemenangan bagi barisan kawad rumah biru
Maka hari ini berlangsungla sukan walaupun simple tapi berjaya n menarik.Terutama kehadiran maskot doraemon...hihih

Wednesday, February 10, 2010

Mood

Anak-anak...hari ni cikgu ada mood sikit.Cikgu ada semangat sikit nak buat Program NILAM...dah dapat idea mcm mana export list nama pelajar dlm program yang dibangunkan oleh rakan cikgu.Nanti semuanya dalam sitem komputer...tak perlu buat manual dalam fail.Tunggulah cikgu export semua nama pelajar dalam program tu n cikgu nak masukkan semua maklumat dalam tu.Esok cikgu mulakan export nama pelajar dpd SMM(sistem maklumat murid) ke excel.Tak susah...cuma kena amik masa sikitlah.

*********************************************************************************
Macam tula citenya.Masa nak balik che gu Zahran ajo mcm mana nak export nama bebudak ni.Sebelum ni buntu sikit.rasa okla...dah bole mulakan.Kalo dah bole bermula maka perasaan ingin cepat siap tu timbullah.

Pagi ni ada raptai sukan.Jumaat ni sukan yang paling simple...kami panggil sukan koboi.hikhihk.dan guru-guru yang bertugas di panggil sheriff.Disebabkan beberapa kekangan... sukan koboi ni diadakan sesimplenya.Ni lah sejarah sekolah yang pertama.

Takple....lain kali buat besar-besaran lak.Semalam ada meeting kat PKG Sg. Pari (Pusat Kegiatan Guru).Masa ni lah rase cuak...ntah2 anonymous ade :P....hihih (gurau jer).Maklumat dalam web tarantula telah di resetkan katenye.Nanti kena lah isi balik.Cuma yang rasa bangga sikit tu... maklumat yang telah dikemaskini sebelum ni....penyelaras siap dh print.Malah sebut sekali nama sekolah.(sekolahku tercinta lak).

Maka dengan ini...esok nak mula export nama pelajar tu.Banyak tu dpd tingkatan peralihan ke tingkatan 5. Tapi xpe.

Jumaat sukan tp lepas tu belajar mcm biasa.Sukan amik masa dalam 2jam je.

Monday, February 8, 2010

Terima kasih anak-anakku





Surat untuk anak-anaku...

Ucapan terima kasih untuk anak-anak tercinta sebab bantu cikgu dalam pengurusan di Pusat Sumber.Terlalu banyak bantuan yang telah di beri.Cikgu sengaja membiarkan anak-anak menguruskan temuduga untuk pemilihan Pengawas Pusat Sumber baru untuk melihat sejauh mana anak-anak dapat memikul tanggungjawab dan cikgu tidak salah...cikgu yakin anak-anak berjaya...tahniah.
Cikgu bangga...dengan sedikit bimbingan anak-anak telah berjaya melaksanakan tanggungjawab tanpa cikgu di sisi.(cikgu x ke mana ada dalam bilik guru kat bawah je...hikhik).Cikgu juga bangga dengan Pengerusi , Naib Pengerusi serta barisan AJK...tahniah.Cikgu tidak menyesal memilih anak-anak untuk memikul tanggungjawab ini.
Biarlah pengalaman menguruskan temuduga ini akan membantu anak-anak di masa hadapan.

..............................................................................
tu dia....ari ni melayangkan warkah penghargaan.Memang lega sesangat dengan sikap bebudak ni.bagus-bagus.Tunggu ye....cikgu tengah kembalikan mood ni... nanti kita plan acara besar-besaran.hihi

Sunday, February 7, 2010

Kuala Lumpur





Pagi-pagi bertolak dgn yong n sampai The curve,Ikea di Damansara pada pukul 10.15 pagi.
Bes tu...pilih2 n beli.

Then ke One Utama sebab nak lunch kat seoul Garden makan ala buffet...ermmmm...5 bintang....sbb kena dgn selera n cukup berpuas ati.Parking full n ramai org sampaikan kena Yong kena pusing2 setiap level utk cari parking.

Then gi Digital Mall utk jumpa adik Yong di PJ untuk beli brg komputer n install GPS kat HP baru yong.

Then gi kedai makan SS Murni tapiiiii ramai org , akhirnya pilih secret recipe utk minum.Then balik Ipoh sampai umah kul 11.00 malam.

Saturday, February 6, 2010

Jenjalan

yeaaa...esok nak gi KL. hihi lalala... ngan kwn...katenye Ikea The Curve... xkisah la...memana pun... balik ari ...

Thursday, February 4, 2010

Bertindak

Maka hari ini dah mula bertindak untuk kerja2 library walaupun mood belum kembali.Kejap je esok Jumaat.Sabtu sekolah ganti.Masa begitu pantas.

Cuba perbetulkan balik ape2 yg kurang kena atau yg melebihi batasan.Memilih untuk fokus pada diri sendiri dan perbaiki diri.

Bila pk balik perangai bebudak ni... mcm nak pencen je rase.hikhikhik.Tadi ada terfikir satu cara atau tektik untuk dilakukan semasa proses pnp di kelas.Harap berkesan.Minggu depan nak laksanakan.

Serba salah dibuatnya...nak rotan...x sampai ati...nak mrh...dah sampai nak tercabut nyawa...mcm rugi je ckp...x diendahkan.Kali ni...ermmm tungguuuuuuuuuuuu...Letihnya nak kawal budak2 ni...yg jerit suruh diam adela 2,3 org...bukannya diam makin riuh.Yang bz bersembang...yang dok berjalan...rasenye mcm nak ikat sorang2 kat kerusi.Nak plaster mulut dorang.Lom lagi yg ngadu...cikgu dia kate sy bodoh...then yg sorang ni lak ckp...dia ckp saya gemuk.Gaduh mulut lagi dok balas2 mengata.Macam mana? bole ilang akal lagi.

Ha... yg paling bagus sekali... dah perasan sekarang...tektik terbaru bebudak nak rayau kuar kelas.Nak kuar xde pas kuar.So... pas kuar dorang dh bertukar jadi bakul sampah.Di bawakla bakul sampah tu merata tempat...konon pegi buang sampah...kalo kena tangkap konon2 ade tugas buang sampah.Patutla sikit2 nak buanng sampah.Pergi buang adela 10 minit padahal tong sampah kat tepi tangga je x sampai 10meter.

Bila masuk kelas lain... ade lagi budak lain dpd kelas lain lalu buang sampah.Bebudak ckp...cikgu...dia satu ari sudah bape kali buang sampah.Keadaannya...pegang bakul sampah...lalu kelas tu n pegi kat tong sampah.Kehulu ke hilir tgn pegang bakul sampah.So...jwbla...oOoo kawan awk bercita2 nak keja DBI tu bila abis sekolah nnti.

Lagi satu...bila loceng bunyi...depa kuar kelas dok jenguk cikgu dtg dpd tingkat 1.Lepas tu dok jerit dpd tingkat 3...cikguuuuuuu...saya tolong angkat brg.Then berlari2la dtg kat cikgu nak amik buku.Sampai berebut2.Sebenarnya...asalkan dpd kuar kelas...dah cukup hepi.Lepas tu ckp kat dorang...jgn rebut2... ni angkat cikgu sekali bwk ke kelas.Ye la berebut sgt nak tolong... tolong dukung cikgu naik ke kelas...kan ke senang.

Kalau masuk kelas yg belakang ni...asik nak kena pujuk je baru nak buat keja sekolah.Bila dah siap buat keja...kemas dpt la -Good- ...punyela dorang hepi.Kalau dpt jwb soalan... puji lagi...pandainyerrrrrrrr...sape ajar?...hikhikhik.Cikgulah ajar(dorang jwb)....hihi.


Macam peel dah... n dh masak sgt dgn perangai dorang.

Mesyuarat Pusat Sumber




Tadi bagi nametag untuk Pengawas Pusat Sumber (Pelatih) yg baru.

Wednesday, February 3, 2010

Renungan

Kelas memang banyak ari ni...kadang-kadang bila tengok tingkahlaku bebudak ni...yg baik okla...yg kurang sikit ni...ermmm memang kena sabar.Kemudian teringat ...ayat Quran ke atau hadis...-ketika marah...dudukla jika tgh berdiri n sbgnye(lupa pulak)- tarik nafas n duduk kejap...

Setiap pagi kalau tgh drive ke sekolah... selalu nampak kat satu simpang... si anak perempuan berdiri di samping basikalnya untuk menyeberang jalan di simpang tu n si ayah dgn motosikal tunggu dlm 50 meter dpd si anak. JIka berpuas ati anak sudah selamat menyeberang jalan barulah si ayah pergi.Nampak sangat kebimbangannya terhadap si anak.
Begitu juga pagi ni... si ayah dtg ke kelas mengadu perihal si anak yg menipunya.Kata anaknya, ada permainan bola sepak di sekolah...tp dia pergi ke tempat lain.Si ayah dok periksa di padang sekolah tp xde sesiapa pun.Adu si ayah...anaknya pandai berbohong n dia takut kejadian ponteng berlaku lg.Si cikgu ni pulak bukannya guru kelas...so kasi pendapat...kdg2 dorang ni di pengaruhi kwn.Nampak juga kebimbangan terpacar di muka si ayah ttg anak dia.Sanggup keluar kerja sekejap untuk menjenguk anaknya di sekolah.Si ayah memberitahu...ade memukul si anak.ermmm ni yg rase kesian ni.Tapi si ayah tentu sudah berfikir ttg tindakannya.Tambah si ayah lagi...dia xkan benarkan anak dia naik basikal lg.Biar anak dia jalan kaki.Si cikgu pulak nasihat...ok...biar si anak berubah kelakuan baru bagi basikal semula.Tapi si ayah ckp....dia xkan beri basikal langsung sbb dgn basikal tu la anak dia dah meround sampai Menglembu.(pulak)

Ermm menjadi pendengar kepada luahan seorang bapa.Kemudian terfikir...begitu juga dgn mak n ayah kita yg risaukan kita semasa kita kecil.Dah tentulah berkecil hatilah mereka jika arahan mereka tidak kita ikut.


********waaa xtahan...ZZzzZZzzz

Tuesday, February 2, 2010

kepenatan lagi

Saringan sukan hari ni memang memenatkan.Kena tunggu acara di balapan berakhir baru boleh mula acara lompat jauh.HIngga kul 10.30 baru selesai.Lepas tu kena masuk kelas samapi 12.30 tgh.Huh...

Budak2 pun dlm kelas dah sampai tertidur keletihan dengan acara yg dorang masuk.Yg larila, lompat jauhla,lompat tinggi,lempar cakera n lontar peluru....n kemuncak tarik tali.hikhikh sampai dok ngadu2 tgn jadi merah la..luka la.N keletihan sampai tertidur.Tadi sebelum mula acara lompat jauh...gi cari tukang kebun ...utk pinjam cangkul...hihi sbb pasir keras n x gembur.cangkul2 la dulu...suh pengawas.Daripada pagi hingglah matahari naik.sabar je...

Kawan2 dah semakin ramai tegur...pesal badan semakin susut? uwaaa...hikhik petanda baik ke tak tu? ermmmm...

ermmm skrg acara beradu...ZZzzZZ

* maaf di pinta jika ada salah silap

Monday, February 1, 2010

Tergamak

Percakapan seseorang bisa menunjukkan dia berpelajaran atau tidak?

Sedikit sebanyak percakapan seseorg dapat menunjukkan dia org yg berpelajaran atau tidak.
Soalan: pernahkah kalian ketemu ama seseorg yg menunjukkan dia kayak org yg berpelajaran saat bercakap. Hanya atas dasar akal semata2 dan punya keegoaan yg tinggi? Bukankah itu udah menunjukkan kebodohan mereka sendiri?

Hm. Jujur saya sering bertemu orang-orang yang seperti itu. Bahkan beberapa dari teman saya juga ada. Dan mungkin saya sendiri juga seperti itu.Perkataan seseorang memang mencerminkan prilaku seseorang. Jika memang seseorang suka berkata kasar (bahkan memaki) itu adalah contoh orang yang memiliki egoisme, dia merasa hebat dengan berkata seperti itu, namun berbeda dengan pandangan orang yang mendengar perkataannya.
Justru orang yang mendengarnya menilai bahwa orang yang berkata semau egoisnya itu bodoh, tidak terpelajar dan tidak beradab.Yah, mungkin tanpa kita sadari masing-masing kita pernah melakukan seperti itu.
Sangat baik jika kita menghilangkan kebiasaan itu (biasanya berkata kasar itu berupa kebiasaan tidak baik).
Tanda-tanda akal seseorang adalah perbuatannya dan tanda-tanda ilmunya adalah perkataannya
**********************************************************************************

Petikan daripada blog penulis Indonesia.Tak kenal pun tapi adalah kaitan dgn kejadian hari ni.Setuju dgn kata2 tidak beradab, egois tu...berpelajaran ade ke tak tp adab xde susah tambah2 tak berpelajaran n x beradab.(ditujukan pd seseorang dgn kejadian hari ini).

ermmm... x pernah lagi dlm sejarah hidup di maki n di carut sedemikian rupa dlm menuntut hak.Api kalo di balas api... satu perbuatan bodoh.Carut n maki kita balas dgn doa yg baik2 agar dia sedar akan kesilapan dia n berasa malu dgn diri sendiri n malu pada kita.Kalau ikutkan hati ....

Tapi berdasarkan pada petikan itu.... akal seseorang adalah perbuatannya dan tanda2 ilmunya adalah perkataannya... kita guna akal tp bukan emosi.Emosi negatif akan wujud jika berlaku tekanan... itu yg boleh mencarut tu.... ish ish ish...(kwn ckp... dia ckp menda yg dia xde...hikhik)

Patutla wujud pepatah... sekali air bah...pantai pun berubah.Sama gak dgn manusia... x terduga... manusia pun begitu.Kalau dulu kita kenali dia, kita senang dgn sikap dia...jgn terkejut kalau dia berubah.

Dunia...dunia... tapikan betui x...org ckp...org teraniaya itu...doanya dikabulkan?hikhikhik....doa kang baru tau.Ingat!!!! manusia tidak bole menghukum... itu kerja tuhan... Allah maha adil...biar DIA yg menghukum...

Apepun kena kaji diri jugak kot ade mana2 salah silap yg tidak sedar...ye la kot...

abis dah cite bab itu...

Esok kai baju PJ lagi...ade saringan sukan 7.30-10.00 pagi.Lepas tu kelas sederet 4 masa. uwaaaa..

Oh ye... anonymous dh xmo komen dah... nape ek? Mayb berkecil hati dgn kate2 usikan blogger.hihi... jadi silent reader pulak dh...

Ape2pun...kepada semua...mohon ampun maaf di pinta atas salah silap...manusia tidak sempurna...

** semalam mmg x bgn...sakit perut +demam+ sakit kepala...uwaaa terlantar atas katil...