Dapat surat saman yang bertarikh 27/12/2007 atas kesalahan melanggar lampu merah.ish ish ish.... abah pegi kaunter saman mintak rayuan tapi polis tu cakap langgar lampu merah ni boleh membunuh orang... apekan daya RM300 melayang tapi disubsidi abah rm100...hikhik... sape ntah yang langgo lampu merah... pemandu ade 3 orang... xkanla diri ini yang sesopan santunnye dijalanraya melanggar lampu merah...hikhikhik sopan ke?
Perkara pertama kelas mengajar sebanyak 15 masa di mana 3 buah kelas matematik tingkatan 3 iaitu 3 bestari, 3 murni dan 3 amanah (kelas corot).Okla xde lagi ajo sivik. Kali ni kena target lebih ramai cemerlang dalam PMR. Result tahun lepas %kelulusan 85% naik sebanyak 0.9. Alhamdulillah.
Ermm tahun ni kalo tengok dalam takwim jadi Ketua rumah sukan Biru...tapi katenye ade perubahan lagi... harap2la.
Kena set soalan Ujian bulan Mac n ujian bulan Ogos. Paling-paling tak bole lepas kena urus Pusat Sumber sebaik-baiknya.
Pertama kali pergi makan mee udang kat Kuala Sepetang... okla udang banyak rm6 untuk 12 ekor udang (udang kolam) manakala rm12 sepinggan 6 ekor udang besar(udang laut).Makan dengan penuh hati-hati.
Start petang ni lepas makan kuewtiaw goreng ngan ayam goreng, semua gigiku ngilu ,sakit n x selesa.uwaaaa.
Normal kot.Tengokla keadaan esok.Terkuat kunyah ke?Setiap satu gigi dah terasa ni...Next appointment 18 Januari 2010.
Khamis ni ade mesyuarat pertama sebelum memulakan persekolahan.Masa ni la dapat jadual n kelas mana yang bakal di ajar.Kena terima la kelas apepun dan mengadapla dengan dorang selama setahun.
Library? ermmm sudah tentula kena ngadap salesman/salesgirl untuk pembelian buku-buku.Tahun lepas bajet RM17k tahun ni mungkin lebih lagi.Kali ni kena sediakan stok yang lebih sistematik.Bersediala jugak dengan semua rekod n dokumen untuk 2010.Rekod-rekod dah sedia dah sebelum cuti.
Harap semuanya berjalan lancar.Tapi dah tau memang banyak kerja sedang menunggu.
p/s : dah lama x pakai baju kerja...hihihi pas meeting nak amik 2 pasang baju yang dah siap tempah...hikhik (hepi ade baju baru)
Monday, December 28, 2009
Sepetang kat Taman DR Seenivasagam. Cuaca agak mendung.Okla bersantai2 sambil tengok gelagat manusia.Teringat dulu kawan cakap, ini taman berdosa...hihihi... memandai je.Ermm ape dia buat sekarang? mesti masih bz dgn bisness nye.alamak teringat lak kenangan lama...
Masa pergi sekolah ari tu...time result PMR keluar, kawan-kawan tegur pesal badan susut? Patut time cutilah time bina badan.hihi.Jawapannya xdela...simpan dalam hati bole? hihi.Salah satu sebab pakai menda alah ni le...hihi memula kot lom biasa...lama2 ok la.Ni pun dah ok dah bole makan walaupun kena sesopannya. :) .
Cepat2 la masa berlalu... nak delete ape2 yang patut ni. Banyak menda nak diuruskan tahun 2010 ni. Semoga lancar semuanya.Insya Allah.
Petang tadi CT sekeluarga dengan mak, ayah, abang n adik2...ramai gak 2 kereta n 1 van datang umah. Dorang sekeluarga cuti-cuti mesia kat Teluk Batik n Lumut n singgah Ipoh sebelum pulang ke Jeniang Kedah. CT kawan satu rumah sewa masa kat UPSi. Dah hampir 6 tahun x jumpa. Last jumpa masa Konvo 2003 dulu.Jamu makan Meehun sup yang x seberapanye.
Sekarang ni tengah tengok drama bertajuk 'Stesen terakhir' kisah seorang pemuda kampung yang menanti kekasih hatinya menamatkan pengajian Universiti.Cinta mereka berputik sejak di kampung lagi.
Mak kepada teman wanita itu telah menolak pinangan pemuda tersebut dengan alasan biarla anaknya habis belajar dahulu.Padahal alasan sebenar adalah kerana tidak setaraf.
Antara dialog yang terkesan di hati :
' Cuba engkau lihat muka kau di cermin ni.Bayangkan Aisyah di sebelah.Dia x setaraf dengan kau.'
'Makcik, dah lama saya tahu saya tidak setaraf dengan Aisyah.tetapi saya cintakan dia. Cinta itu buta. Tidak mengenal taraf, tidak kenal hitam atau putih.Cinta itu tumbuh dan membesar walau di siram dengan racun sekalipun'.
Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN. sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDE RITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...
~Puan Nita boleh tolong plaster hati saya yang hancur ni.
~Tak bole nak plaster Cik Yan. Ni kena rawatan dalaman.Cik Yan kena kuat kentalkan hati Cik Yan yang lembut tu.
~Puan Nita, dah bermacam cara saya buat, letak gam UHU, letak gam cap gajah... masih belum boleh kuat.Bole Puan Nita kasik secebis hati Puan Nita untuk digantikan dgn hati saya yang dah rosak ni.
~Cik yan kena fikirkan yang positif je, fikiran negatif akan membuatkan badan Cik Yan sakit.Reprogaramming balik.
hihihi... perbualan dengan rakan baik tapi dah berpindah ke Perlis.
Jusco card member day 22 n 23 Dec... maka 2 ari berturutla ke Jusco. Mak Aiii juai murah lak...dapat voucher lagi... belila beberapa barang yang memang patut beli la. Beli hanya secara tahunan je bukan bulanan.
Moga di beri ketenangan hati. Mohon keampunan daripadaMU.Berikanku kekuatan Iman.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
share dengan kawan-kawan di sini.Terima kasih. http://zana1038.blogspot.com/2005/06/terjemahan-bacaan-di-dalam-solat.html
Alhamdulillah dengan izinNya, diri ini di beri petunjuk memilih jalan yang sepatutnya.Terima kasih atas nikmat daripadaNya, kelemahan itu daripada diri ini.
Berkat bulan Muharram ni. Ya Allah , semoga aku jadi lebih tabah lagi...
Selamat menyambut Awal Muharram...thn baru Islam tu... penghijrahan patut dilakukan...tiada paksaan cuma biarla kite xkira sikap, cara hidup dsb nya lebih baik dpd skrg.
Setiap saat masa berlalu dan xdpt di undur semula.Setiap kesilapan lama jgn ditangisi tp dijadikan pedoman.Ujian tuhan mengikut tahap kemampuan hambanya.
Esok temanku akan berhijrah di bumi Perancis.Doa yg terbaik untuknya. Esok gak diri ini ade appoinment lagi ngan doktor utk wat satu lagi penghijrahan...hihihi. Doa yg baik2 untukku.Kalo xde aral mlm sok gi perjumpaan Graduan Anak Perak.InsyaAllah.
"Saya tau saya dah xde di hati abg, tapi abg masih di hati saya"
"Orang lain xtau bila dia akan mati, tapi aku tau, aku kan gunakan masa yang ada ni dengan sebaik2nya, dan aku akan habiskan hayatku dengan orang yang aku sayang"
Itu di antara dialog2 drama Nur Kasih malam ni. Memang terkesan di hati.
Ape yang di rancang dan yang diharapkan telah berjaya nampaknya.Kena rase hepi dengan ape yg ade sekarang.Muka terbaru dengan rahsia yg hanya beberapa org je tau...hikhihk...
1. 100 hari,seluruh badan rasa bergegar. 2. 60 hari,pusat rasa bergerak-gerak. 3. 40 hari,daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.Kadang- kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang rungsing. 4. 7 hari,mengidam makan. 5. 5 hari,anak lidah bergerak-gerak. 6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 7. 2 hari, seluruh dahi bergerak-gerak. 8. 1 hari,terasa bahagian ubun bergerak-gerak diantara waktu subuh dan asar. 9. Saat akhir,terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi.(dibahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali,mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap-cakap.
BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:- “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedlm lubang-lubang kecil dlm badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yg lain masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai keperut dan kemudian mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yg lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai kedada dan kemudinnya mereka keluar.Dan akhir sekali datang satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yg dikatakan saat-saat nazak orng itu” Sambung Rasullullah S.A.W lagi:- “kalau org yg nazak itu orang beriman,maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yg disebelah kanan sehingga org yg nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga.Apabila org yg beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada org yg berada disekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau org yg nazak itu org munafik,maka Jibrail A.S akan menebarkan sayapdisebelah kiri.Maka org yg nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu org itu tidak lagi melihat org disekelilingnya,ini adalah kerana terlalu takut apabila melihat Neraka yg akan menjadi tempat tinggalnya.”
Macam biasa tempat pengubat rase... gi sini je la. Cari hadiah utk teman rapat yg akan fly tu.Ramai gak orang n intai gakla purse guess yg warna grey bertema riben tu...hihi dapat jeling je la....
Andai bulan tidak mahu melihatku, biarlah matahari menjadi sahabatku....
Itu bait-bait puisi daripada cerita drama malam ni yg bertajuk : Kau mencipta Dosaku.
Xde kaitan papepun cuma tertarik dengan bait-bait puisi tu....
"relakah kau menjadi seketul ais di bawah mentari" "jika kau ingin menjadi bulan, kau hanya berada di bawah lindungan awan"
lebih kurang macam tu la bunyinye walaupun x sama.
"kau tidak berkuasa membuatkan siang menjadi malam, membuatkan malam menjadi siang"
Itula sebabnya blog tuanpunya diri ni bertajauk : Andaiku tahu.... hihi tp x tau pape...bermain dengan perasaan sendiri dan menafikan logika... huh..puitis
Bulan lepas....ingat lagi tarikhnya 18 Nov 09... dapat panggilan telefon daripada yg tidak dikenali. Kali ni ntah kali ke berapa n orang ke berapa... maksud panggilan adelah sama.
Pertanyaan daripada panggilan tersebut, jawapannya hanya boleh diperolehi dpd tuan badan je bkn diriku ini.
xde kaitan dgn tajuk pun. Cuma ari ni rase sedih sgt.Baru dapat tau teman sepergaduhan (tiap2 minggu)nak fly dah minggu depan.Tau dia nak fly bulan Dec ni tp x tau la tarikh nye.Bila dapat tau sedihla rase... nak gaduh dgn sape pulak nanti?Gerenti I will miss u.
Papepun thanks for everything...good luck to u... training bebaik...2 tahun lagi...memasing dah ade kehidupan sendirikan? Tak nak mintak ape2 pun... Semoga selamat pergi n kembali dgn selamat.
(Maka hujan pun turun dengan lebatnya kat luar umah... air sungai dah limpahkan airnya...banjir jadinya)
Ntah nape mate pun dah bengkak n merah...masuk abuk kot...kepala dah berdenyut-denyut ni...
*kalo diimbau balik....persahabatan ni la yg paling byk menempuh ranjau n duri ...hanya kami yg tau...
Gusi rase macam bengkak sikit.Mungkin sebab cabutan kali ni, doktor cakap akar gigi tu kedudukan dia berpusing.memang nampak payah sikit doktor nak cabut.Then, bleeding.Doktor suh rehat kejap n dia nak observe kejap. Dalam 10 min kemudian...doktor dah puas ati baru dia suh balik. Memang banyak darah tu.
Petang tadi, gi hantar baju utk di tempah. (baju lagi...hihih). Elok je kuar... ujan kilat.Lebat tui.Gi hantar kain then gi GM. Wow... ade sale tudung.... hihih...ape lagi...hepi je rase...
Then balik le.
Ermm...esok nak gi sekolah x? Nak mtk sign pengetua kat dokumen tu.Tengokla keadaan kalo rajin.Pastu kena pos pulak...
Ari ni satu lg Appoinment dgn doktor gigi...kali ni byk tui darah kuar....xrase sakit pun ... salin byk kapas n mkn ubat. Lepas appoinment dgn doktor gigi, terus gi Pejabat Tanah n Galian...appoinment dgn lawyer utk amik dokumen utk ditandatangan n utk ketua jabatan. Banyak gak dokumennye. Lega dah selesai beberapa perkara penting...hanya utk susulan je lagi.
Niza datang ke rumah , singgah lepas dorang sekeluarga besar bercuti kat Lost World Tambun Ipoh. Lebih kurang 4 buah kereta adik beradik n mak n pak mentua dia ade bersama. Jamu makan tengahari. Pastu terus ke Zoo Taiping n memasing akan balik ke Perlis n Kedah. Hepi jumpa dengan kawan lama masa tinggal serumah sewa time study kat UPSI.Kawan serumah, semasak , sebilik,sekelas,tido ateh tilam nipis atas lantai.... dgn tv kecik...
Paling x lupe time gi Pasar utk seminggunye keperluan... Niza n siti naik motor selalu dpt free kaki ayam sepastik. WAt sup kaki.hihihi.Niza adiahkan tudung yang sama dia pakai tu tp warna pink la...(warna feverat).
Petang ni khabarnya Siti lak akan dtg umah.Insya Allah.
Maka perasaan baru tau setelah di injek dgn ubat bius kat sekeliling gigi... maka terasa kebas n rase bengkak je bibir n pipi... x sakit cuma satu perasaan mcm orang lumpuh pulak. Masa kumur mcm x jejak je bibir kat cawan..x rase....hihi mcm tu agaknya orang lumpuh...bibir macam bengkak sesangat... lebih kurang 2 jam...ubat bius tu masih ade...darah byk kuar n asyik salin kapas... dpd kul 10.30 pg hinggalah ke pukul 4 ptg baru mkn...
Doktor ckp boleh kumur lepas 4 jam n bole makan lepas sejam. Doktor kasik painkiller,kapas n antibiotik.
Ari ni kul 11.30 pg ade appoinment lagi ngan klinik gigi.Kali ni utk cabutan. Selasa depan pun ade lagi n then 18 Disember baru yang bebetuinye.
Semalam shopping hp kat Jusco...hikhihkik..dapatla free gift dia yang menarik... Tertarik ngan purse Guess warna grey... ade reben cantiknyeeee....tau dh pasni tentu xde dah... xpela kalo ade rezeki... beli le