Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Saturday, March 26, 2011

Indah




Hari yang terindah buat cikgu Yan daripada keluarga n tunang tersayang.

* Abang... thanks

Thursday, March 24, 2011

tidak larat

Perhatian! perhatian! sila skrol sebelah kanan... hikhik... umur cikgu Yan dah nak meningkat ni...

Maka dengan itu...cikgu Yan akan menyambut ulang tahun kelahiran sebagai seorang bujang untuk kali terakhir la.Lepas tu thn depan dah x bujang dah...InsyaAllah...

Ermmmm... cikgu Yan penat dgn hal sekolah dan perbengkelan selama 3 ari ni bermula 22-24 Mac kul 2-5 ptg di PKG.Kena wat kajian tindakan... kejanye xla berat mcm kena angkat batu ker tapi sesi perah otak yg membuatkan ingatan cikgu yan ilang...eh ilang lak (sian kat tunang cikgu Yan kalo dh x ingat kat dia)... yg membuatkan otak cikgu yan penat n seluruh tubuh badan penat.

Hari ni last perah otak... tp xla siap sepenuhnya baru je siap 80% proposal. Then...kenala wat tindakan kat sekolah pastu berbengkel la lagi bulan Mei utk sesi pembentangan.

Cikgu Yan terlupa la sesangat nak beli adiah utk 2 guru yg tukar sekolah sbb naik pangkat.Esok majlisnye.So ari ni kenala cari jugak adiah... mesti cari.

*pegi sensorang xde org teman :(

Thursday, March 17, 2011

SMS kepada Allah

copy/paste :keretamayat.blogspot

SMS kepada Allah?
(Kita akan dapat apa yang kita nak, setelah keinginan kita sama dengan keinginan Tuhan...)

Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghantar ‘sms’ kepada Allah..

Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:

"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."

Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:

"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."

Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."

Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:

"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..

"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."

Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…

Contohnya dalam Al fatihah:

‘sms’ korang:

''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

‘sms’ korang:

''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."

‘sms’ korang:

''Raja di Hari Pengadilan.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."

‘sms’ korang:

''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''

‘sms’ dari Allah:

"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

‘sms’ korang:

''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''

‘sms’ dari Allah:

"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

****

Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?

Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?

Sunday, March 13, 2011

Bagaimana pilih calon suami...

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Saturday, March 12, 2011

Nikmat Allah yang kita dustakan

Bila Cikgu Yan tengok berita tentang Tsunami n gempa bumi kat Jepun tu... cikgu Yan teringat hari kiamat...cukupke bekalan untuk perjalanan kat akhirat tu... sama juga dgn kehidupan harian kita jika kita hendak berjalan ke mana2 contohnya... pergi berkelah atau berpicnic... apakah bekalan yang kita bawak...x sediakan apa2 sebelum sampai ke destinasi... jawapnya x mknla kita bila sampai tempatnya...bekalan ape lak yg kita bawak... cukup ke...byk ke, sikit ke... lazat ke x ke...sama juga dgn perjalanan ke akhirat yg merupakan perjalanan yg cukup jauh... cukup ke bekalan kita untuk ke sana nanti...ape yg kite sediakan itulah yg akan kita bawa nanti...

Kat dunia jika kita sakit... cari ubat, pegi klinik untuk ilangkan kesakitan.Paling2 x tahan sakitpun... maut la jawapannya...maka ilanglah derita di dunia. Tapi di hari pembalasan nanti...bila kita di hukum dgn kesalahan kita... xde klinik, xde ubat lagi untuk ilangkan kesakitan...tanggungla kesakitan dan derita hasil perbuatan kita di dunia dulu...tiada lagi maut...tanggungla segala2nya...sbb itulah dikatakan dunia adalah sementara tempat persinggahan... tempat mengumpul bekalan dan amalan... sesungguhnya jadilah kita seseorang yg sentiasa mengingati mati... beribadatlah seolah2 kita akan mati esok...

#####################################################

(petikan tazkirah Ustaz Ismail Kamus- UIK)



Umur manusia ada tiga
satu semalam, dua esok, tiga hari ini..

Umur yg esok kita tak tau apa kesudahan,
Semalam dah lepas, kita dah x boleh buat apa-apa,
yang ada pada kita, masa ini,
kalau nak beribadah masa ni,
kalau nak bertaubat atas dosa-dosa silam pun hari ni.


Jangankan kata umur kita, nafas kita ni pun terbahagi pada 3,
kejap tadi, kejap lagi, dan sekarang.
kejap tadi, dah lepas
kejap lagi, belum tahu...
yang sekarang ni pun,
nafas yang dah tarik, belum tentu dapat hembus keluar

kalau yang sekarang ni tengah hembus nafas,
belum tentu dapat tarik nafas kejap lagi.


UIK juga menyebut tentang mensyukuri nikmat Allah,
nikmat Allah terbahagi pada 2,
nikmat yg kita nampak dan nikmat yang tak nampak..

Nikmat yg kita nampak,
contohnya seperti harta, pangkat, increment gaji dll.
yang tak nampak masyaAllah

UIK bg contoh nikmat yg x nampak,
cuba tgk mata kita, bila tidur mata tutup
bila jaga mata berkelip
kalau tidur mata celik, tak pening kepala kita..

Dan contoh lain UIK bg ialah jantung...

Cuba perhati jantung kita~~~
Bila kita tidur, jantung jalan
bila kita berjalan, jantung jalan
bila kita berhenti jantung jalan
bila jantung berhenti, kita yg jalan ..

MasyaAllah nikmat Allah yg mana kita dustakan?

UIK quote satu hadith " Umur umatku ini dalam lingkungan 60-70 thn"
cantik Allah design umur kita,

Sehari diazan dan diqamatkan
7 hari diberi nama
7 thn solat
10 thn rotan kalau x solat
15 baligh
25 kahwin
40 matang
60 tahun standby~~~~

Tapi ada jugak yg Allah saja x bg ikut design tu..

Maka sbb tu disarankan kita rajinkan berdoa pada Allah
"Ya Allah, janganlah cabut nyawa kami mengejut"

Ada org mati mengejut, x sakit x apa, tau2 mati tercekik buah kelapa..
nauzubillah...


UIK pn mengakhiri tazkirah ringkas itu dengan soalan terakhir~~~

manusia itu terbahagi pd 4 golongan

1- bahagia di dunia dan bahagia dia akhirat
2 -bahagia di dunia tapi celaka di akhirat
3 -celaka di dunia dan celaka di akhirat
4 -celaka di dunia tapi bahagia di akhirat


maka kita di mana2 agak-agaknya?

Monday, March 7, 2011

Start dah

Hari ni cikgu Yan dpt surat panggilan mesyuarat GPM(Guru Perpustakaan dan Media) kat PKG Sg. Pari (Pusat Kegiatan Guru).Tajuknya :Mesyuarat Aktiviti PKG Kinta Utara. ala...malasnyerrrr...

Malas sebab start kul 2 ptg hingga 5 ptg.Pegi sekolah... balik umah jap...pegi PKG lak.waaaa... mesti dah start kejakan... hikhik. Pe la aktiviti yg nak dibincangkan lagi ek... ade lagi ke lawatan ke sekolah2 di Kedah n Perlis tu lagi...kena jadi hakim NILAM lagi ke ek...

Esok paper exam cikgu Yan...ermmm skima jwpn dh siap... esok terima hampir 100 keping skrip jwpn... kena semak...smoga anak2 cikgu Yan sebanyak 3 kelas tu leh jawabla ape yg cikgu Yan dah ajar tu...

Mulai ari ni cikgu Yan kena berurusan keja dgn PK Pentadbiran yg baru... ni kali ketiga cikgu Yan bekerja di bawah org yg berlainan.Masing2 dgn corak keja dorang sendiri... pening cikgu Yan kalo nak order brg2 Pusat Sumber.Pening dgn komen2 dorang bila beli buku2 dpd supplier..

hihi komplen je keja...dah dah buat keja...

Sunday, March 6, 2011

Emosi

Cikgu Yan menghadapi beberapa hari yang agak beremosi...salah satunya...Cikgu Yan sering teringatkan arwah abah.kadang-kadang menitis jugaklah air mata ni... bila cikgu Yan cuci kereta semalam...cikgu Yan terpandang bunga tayar kereta yang makin menipis... ni kalo arwah ade...dah lama dia bwk tukarkan.Cikgu Yan x reti menda2 ni...

Kemudian cikgu Yan teringatkan waktu sakit arwah... setiap 4 jam cikgu Yan akan bagi mkn ubat...salah satunya morfin...painkiller yg paling kuat...ermmm menitis air mata lagi...bygkan ubat bknnya sedap... kalo cikgu Yan mkn panadol pun rase dia x sedap... tp arwah abah x ckp papepun... dia mkn je ape aje ubat yg di beri... herba,morfin n mcm2 lagi.

Arwah abah tau mknn kesukaan cikgu Yan...kotiaw kari... dia xkan lupe...mesti dia belikan..

saat2 akhir pun...arwah abah xmo naik keta org lain... dia nak naik keta cikgu yan je...cikgu Yan x dpt menahan sedih bila teringat arwah menahan kesakitan semasa dlm perjalanan ke hospital... merintih2 arwah sambil menyebut ya Allah...sakitnyer... cikgu Yan yg tgh memandu pulak...panik sgt dgn kereta yg byk...masa ni lah rasenye pentingnya ambulan yg bagi siren suoaya semua kereta ke tepi... tapi apakan daya...sape nak tau cikgu Yan tgh bwk pesakit kanser tahap 4...kalo boleh cikgu Yan ganti sakit tu...cikgu Yan sanggup.Bole ke ek Sakit kepala pun dh rase x tahan... :(

Al-Fatihah buat arwah abah, arwah adik n arwah 'pakcik'... :(

Tuesday, March 1, 2011

Insaf

Saya Sudah Bertunang.

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


..........................
.............


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."