Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Monday, January 31, 2011

4 hari lagi...

waaa... 4 ari lagi...perasaan cikgu Yan... tu yang libang libo tu...hikhik...seharian cikgu Yan menjahit manik kat baju untuk bertunang tu...ni atas pertolongan cikgu Fendi...dia pilih2 manik n tunjuk ajar sikit...pastu cikgu Yan jahit sampailah ke malam...uwaaa mencabar sungguh....dapatla segala sakit tengkuk n pinggang... serender tui...

ermmm persiapan sedang berjalan n esok makcik cikgu yan akan bwk balik segala persiapan brg hantaran yg dia cuba siapkan kat Putrajaya...so...essok bykla jugak aktivitinya n seterusnya sampailah ke 5 feb...

Gara-gara bertunang di kala Tahun Baru Cina... segala menda perlu cukup...kalo tidak....jawapannya menganga la sebab kedai akan tutup...so esok cikgu yan akan pegi beli siap2 fresh flowers...

dah terasa x cukup kaki tgn dah nak buat kerja...help!help!

Wednesday, January 26, 2011

Holiday

Diam x diam...rupa2nya nak dekat cuti Raya Cina.Macam biasa sekolah cikgu Yan akan bercuti selama seminggu.Kejap je masa berlalu... tahun baru 2011 dah nak masuk Februari.Ramai guru sibuk dgn kerja2 sekolah.Cikgu Yan pun x ketinggalan la jugak...cikgu Yan mcm biasa akan bz dgn supplier buku utk pembelian buku.Perbelanjaan dah mencecah RM8k+.PK ckp stop dulu utk kali ni...Yeaaaaaa... so skrg fokus pd proses buku je la.

So proses selepas raya Cina nanti. Skrg urusan masukkan stok dan lain2 prosedur...bisa di atur...cikgu Yan byk belajar dpd pengalaman iaitu pengurusan masa.Kalo dulu mmg x cukup kaki tgn nak handle semua tu...Alhamdulillah skrg cikgu Yan bole lakukan.

Skrg ni cikgu Yan dh mula wat soklan ujian Mac...tu pun dh kena kutuk dgn kwn2....hikhik... awal sgt katenye...cikgu Yan takut bz dgn hari mendatang...siapkan ape yg perlu... hikhik

Papepun... kite kena sabar dlm segala hal... Alhamdulillah anak2 cikgu Yan pun mendengar kate setelah kena bebel...mcm biasa lah kan...kalo xmrh x sah...kalo x bebel x sah...

Dugaan bertunang

Menurut Dr.Yusof Al Qardawi, pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut. Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Kebanyakan para ulama mengatakan hukum bertunang adalah diharuskan atau dibolehkan.

Datang pula persoalan, berapa lamakah sepatutnya pertunangan berlangsung? Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh pertunangan hendaklah tidak dilamakan atau sebaiknya dipercepatkan.

Maka jelaslah, agama Islam amat menitik beratkan akan perkahwinan dan pertunangan menjadi pintu gerbang ke arah perkahwinan dengan masih menetapkan syarat-syarat penjagaan akidah dan iman seorang muslim. Dengan itu pertunangan tidak menghalalkan persentuhan antara pasangan, tidak menghalalkan zina dan tidak menghalalkan khalwat.

Rata-rata berkata, apabila mereka bertunang, barulah merasakan betapa seriesnya hubungan mereka dengan pasangan dan betapa komitednya pasangan mereka dengan diri mereka.

Tidak hairanlah ketika pertunangan berlangsung inilah begitu banyak dugaan yang datang, begitu banyak perkara hendak diuruskan dan begitu panjang rasanya masa untuk menanti perkahwinan.

Dari sudut perkahwinan, pertunangan merupakan laluan terpenting sebelum tiba di jeti perkahwinan. Begitu berolak, begitu juga kemudian yang perlu dibetulkan agar perkahwinan tercapai.

Perkahwinan bukanlah hanya suatu majlis tetapi suatu ibadah yang sangat tinggi nilainya. Sehinggakan Allah mengurniakan berlipat kali ganda kebaikan bagi mereka yang berkahwin. Dan perkahwinan itu melengkapkan separuh iman seseorang lelaki.

Jika begitu, kenapa pula dugaan pasti mengunjung para mereka yang menuju ke arah ibadah yang tinggi nilainya ini?

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Melalui dugaan, maka bertambahkan keimanan kita apabila kita laluinya dengan penuh kesabaran. Apabila kita sudahi dugaan dengan berjayanya, maka kita merasa lega dan tenang. Dugaan juga membuatkan kita matang dan lebih mengenali antara pasangan kita.

Dugaan yang diceritakan kepada saya

1. Bergaduh Antara Tunang
Berlaku perselihan faham dan perselihan pendapat hinggakan berlaku pergaduhan. Adakalanya pergaduhan itu disebabkan perkara yang terlalu kecil dan adakalanya melibatkan kisah-kisah lama.

2. Kemalangan
Kemalangan yang disebakan kecuaian sendiri atau orang lain juga sering kali berlaku. Sepupu saya sendiri mengalami kemalangan motosikal 2 minggu sebelum perkahwinan. Sebab itulah orang tua-tua berkata, orang hendak mendirikan rumahtangga ini berdarah manis.

3. Kekurangan Kewangan
Ada juga yang terpaksa meminjam wang dari ibu bapa , bank dan ada yang terpaksa menjual kenderaan sendiri kerana kesempitan menjelang perkahwinan. Namun, apa yang peliknya, selepas selesai majlis, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah

4. Vendor Majlis Perkahwinan
Sedangkan vendor untuk catering, fotografi, dewan, juru makeup dan pakaian sepatutnya memudahkan persiapan, kadang-kala mereka ini yang membuatkan kepala kita hendak pecah. Ada yang cancel last minute, ada yang melarikan diri, baju salah buat, dewan bertembung tarikh dengan orang lain dan ada yang menipu pakej. Sabar. Ini dugaan.

5. Parent Ubah Fikiran
Sama ada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan berubah fikiran, tentu kegelisahan teramat sangat dpt dirasai. Lebih-lebih lagi apabila wali tidak membenarkan pernikahan. Ada juga yang berubah fikiran seperti tempat majlis, jumlah hantaran, baju dan konsep majlis.

6. Masuk campur orang lain
Isu ini kadang-kala menjadi kelakar, apabila orang lain yang nak kahwin orang lain pula yang sibuk-sibuk, macam dia pula yang nak kahwin. Selalu terjadi kepada anak pertama yang akan berkahwin, kaum ibu selalunya beria-ia sehinggakan semua keputusan dia yang buat. Terpulang pada bakal pengantin, ada yang beranggapan ini satu kemudahan dan ada pula beranggapan menyusahkan.

Apapun dugaannya, tentu hikmahnya ada. Sedar tak sedar, selepas sehari atau seminggu atau sebulan, atau setahun atau mungkin selepas anak ke 10 baru sedar dan insaf akan hikmahnya.

Teruslah bersabar kerana setiap dugaan dan cabaran membuatkan kita lebih matang dan lebih berkeyakinan.

Wednesday, January 19, 2011

Nikmat ape yang nak ku dustakan lagi...

Alhamdulillah... cikgu Yan bersyukur dengan ape yang cikgu Yan kecapi sekarang...

Sunday, January 16, 2011

Tugasan terhebat di abad ini

Alhamdulillah... cikgu Yan akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi.Tugas yang paling mencabar buat cikgu Yan.Tapi xpekan sebab ...buat sesuatu yang akan menjadi kenangan manis buat cikgu Yan.

Sepanjang cuti dua ari ni... cikgu Yan membeli barang2 persiapan dengan bakal tunang cikgu Yan n juga membeli brg persiapan hantaran dengan makcik cikgu Yan.Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada rase sedikit kepenatan sepanjang dua ari ni.Cikgu Yan bersyukur makcik cikgu Yan byk membantu meringankan tugas yang agak berat ni.

Perkara major telah dilakukan tinggal lagi menda2 susulan sahaja perlu dilengkapkan.Banyak perkara yang bermain dalam fikiran cikgu Yan ni...so mcm biasa teman cikgu Yan datang kembali.(pening)

**********************************************************************

AlFatihah buat pakcik ... pakcik telah tinggalkan cikgu Yan selama-lamanya.Sejak pakcik pergi Durban...pakcik pergi n tidak kembali meneman cikgu Yan.Perkhabaran pakcik baru saje cikgu Yan terima 2 hari lepas dgn pesanan :

1) Beritahu cikgu YAn selepas 3 bulan pemergiannya
2) Suruh cikgu YAn sedekahkan AlFAtihah buatnya
3) Amalkan surah AlMULK
4)PAkcik x dpt jadi peneman cikgu Yan lagi.

AlFatihah... cikgu YAn redha... Pakcik menemui penciptaNya pada 14 Oktober 2010.

-Mayatking- tinggal kenangan...

Tuesday, January 11, 2011

BZ lagi dan lagi...

Cikgu Yan akan bz dgn persiapan hari bahagia cikgu Yan...

Saturday, January 8, 2011

Cak!!!


Selamat tahun baru diucapkan pada semua.Lama dh x update blog.Sekolah pun dah seminggu bukak tapiiii cikgu keja 4 ari je. kenapa ye... sebabnya cikgu Yan x sihat... sakit tekak n batuk serta demam n sakit kepala.Alhamdulillah lepas makan ubat... kesihatan cikgu Yan beransur pulih.Isnin bolehla kerja semula.

Di sekolah, bes la jumpa kengkawan balik.Kelas ok jer sebab cikgu Yan x byk kelas.Tapi tula...salesman dah start jumpa cikgu Yan dgn berbagai ragam.Setakat ni anak2 cikgu Yan nampak baik lagi...xtaula kalo dah bertanduk n berekor nanti...cikgu Yan pun startla jadik ijau cam incredible hulk tu.

Minggu pertama dah kutip buku untuk disemak... uwaa 3 kelas tu...menyemak buku la yg paling cikgu Yan x suke.tp tahun ni kena hati2 la... sbb pemeriksaan mengejut akan di buat.