Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Sunday, October 31, 2010

Hanya

Lagu “Hanya”
Artis “Melly Goeslaw

Hanya Dengan Sedikit Malu
Akhirnya aku Harus Akui
Keberadaan Cintamu Dalam Hatiku
Yang Kau Renangi


Resah Resah Singgah
Bila Terjadi Perang
Emosi Kau dan Aku


Jangan Pernah Menyanjung Cinta
Bila Tak Mengerti Maknanya Cinta
Satu Terindah Dalam Dirimu
Kini Ada Di Jiwaku

ku Inginkan Cerita Cinta
Terindah Bagaikan Dalam Dongeng
Percintaan Berhujankan Rindu
Asmara Kita Akankah Lama


Dalam Hatiku Terhibur
Bila Senyum Mahalmu Merebak
Resah Resah Singgah
Bila Terjadi Perang

Emosi Kau dan Aku

Friday, October 29, 2010

xde cerita ke?

Dah lama x update cerita kat blog ni...cikgu Yan bz ke? tak la... bz tu ade jugak...mood tu je blom ade untuk tulis.

Antara yang terhangat minggu ni adalah plan untuk Annual dinner sekolah cikgu Yan.Tema : Glam Night. ermmm cikgu Yan xde baju glamour2 ler. kena beli ke?hikhik
Banyak nampaknya plan yg dibuat oleh AJK dinner ni.Cikgu Yan bkn AJK tapi tukang sibuk je.hihihi.Kononnya nak buat dinner ala-ala grammy awards.hihi.cikgu YAn salah seorang penyampai pengumuman pemenang.hikhik.debar2 lak rase.Cikgu Yan berpasangan dengan sape? ha...rahsia...

Di samping tugas2 harian...cikgu Yan kena updatekan beberapa perkara...salah satunya tv ASTRO tu...kemudian aktiviti Matematik utk Pasca PMR dan kem membaca.Semuanya dalam perancangan dan InsyaAllah akan dilaksanakan.

Alhamdulillah...cikgu Yan x keseorangan...kwn2 ade bantu cikgu Yan.Yang penting kita buat dgn ikhlas...
Hari ni poket pameran cikgu Yan akan di pamerkan lah di SM St Michael.Pameran anti Jenayah.Cikgu Yan x pegi rasenya.Satu lagi video sekolah cikgu Yan (yg cikgu Yan berlakon tu) ada gak ditunjukkan. hikhik. Silalah berkunjung SM St Michael n tgok pameran sekolah cikgu yan kat sana 10.30 pagi hingga 5 ptg.

Minggu depan 2 ari je sekolah.Pastu rabu sampai Ahad cuti...lama kan.Yela cuti raya Deepavali...awal2 dah siap ganti.Sepupu cikgu Yan kawen 6 Nov...sebelah rumah je.lom beli adiah lagi.


Esok pagi akan ke kubur lagi.Ni rutin setiap pagi sabtu n ahad.InsyaAllah.

Sunday, October 24, 2010

Poket pameran




Cikgu Yan dah siap buat poket pameran... masa meeting ... setiap ketua kumpulan akan bentangkan perkembangan tugasan masing2.Ketua cikgu Yan bentangkan progress keja.Bila tunjuk... pengetua ckp... xpayah ckp sape buat... pastu pengetua pandang cikgu Yan...hikhik... pengetua tau...kalo warna pink or purple... xlain x bukan tentu cikgu Yan nye hasil kerja...

Cikgu Yan tersiput-siput...

Friday, October 22, 2010

Chinta

Cikgu Yan berkenan betul dgn cerita CHINTA tv3 kul 6.30 ptg setiap Isnin-Khamis.ermmm menarik dan ceritanya sentiasa berkembang....
Antara Dialog :

Chinta sedarkan...abg terlalu sygkan cinta sepenuh jiwa raga, begitu sygkan Chinta abg x sanggup tengok Chinta merana...Chinta sudah terlalu lama menderita,abg tau Chinta tak bahagia ,Chinta berhak hidup bahagia tapi Chinta kena berjanji dgn abg...Chinta kejar kebahagian yg Chinta idam-idamkan selama ni...

Thursday, October 21, 2010

Bolekah Cikgu Yan bertemu dengan roh arwah abah?

az-Zumar ayat 42 , sebagaimana firman-Nya :

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

Al-Imam Ibnu al-Qayyim dalam kitab “ar-Ruh” menyatakan bahawa ayat tadi menjadi dalil bahawa ruh orang yang telah mati akan saling bertemu dengan ruh orang yang masih hidup.Pertemuan itu berlaku ketika ruh orang yang masih hidup keluar dari jasadnya ketika tidur dan bertemu dengan ruh orang yang telah mati. Apabila ruh orang yang masih hidup itu ingin kembali ke dunia , maka ruh orang yang telah mati juga ingin turut kembali ke bumi tetapi ditahan oleh Allah swt berdasarkan ayat di atas sehinggalah hari Kiamat.

Maka , kesimpulannya ialah memang ruh orang yang telah mati berkemungkinan akan berjumpa dengan ruh orang yang masih hidup….Walaupun begitu segala ketentuan atau apa sahaja yang berlaku , adalah kuasa Allah swt dan sememangnya hanyalah Allah sahaja yang berhak menentukannya , lebih-lebih lagi tentang masalah ruh . Ini kerana , manusia hanya diberikan sedikit sahaja pengetahuan tentangnya , sebagaimana yang disebut oleh Allah swt dalam surah al-Isra ayat 85 :

ويسئلونك عن الروح قل الروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

WA

Ruj : Ar-Ruh , Al-Imam Ibnu al-Qayyim

Wednesday, October 20, 2010

Oitt

OOooOO kome mengata teman ek ... amboi2 cewah... kome sengih2 kambing baca blog teman ek... jaga2. (ditujukan khas pada sepuput sepapat)

Klinik membaca








Cikgu Yan dah jadik doktor yan pulak sbb dah bukak klinik...hikhik...(tak lawak). So, aktiviti ari ni adalah...cikgu Yan ajo bebudak yang x reti membaca... boleh mengenal huruf tapi lemah untuk mencantumkan perkataan.Caranya...cikgu Yan ajo n jugak kwn2 dorang yg dah terer ajo kwn depa yg lemah.

So...sekarang...dah berjalankan salah satu aktivit Kem membaca 2010... yehaaa...leh wat laporan ni...

Tuesday, October 19, 2010

Program selepas PMR








Cikgu Yan jadi buntu, apa nak diajar kat bebudak ni.Bebudak kesayangan cikgu Yan ni (kelas akhir) perlu cikgu Yan buat sesuatu supaya tambah ilmu dorang walaupun lemah dalam akademik.so...ape yang cikgu Yan buat adelah ajar buat FACEBOOK eh...facebook pulak...hikhik... cikgu Yan ajo microsoft word... main game je deme tau...menaip x reti... so cikgu Yan ajo dorang menaip.Alhamdulillah... x byk sikit pun dapat gak ilmu baru.Tapiiiii....mate cikgu Yan kena tajam n xleh lepas pandang... laju je jari dorang nak tekan2... asik ckp...cikgu dalam ni ade game? xde xde...cikgu x suke game...hih

Monday, October 18, 2010

BZ

Kesibukan melanda lagi.Cikgu Yan ditugaskan untuk sediakan poket pameran untu pameran Anti-Jenayah nanti.Selain tu, cikgu Yan kena jalankan Kem membaca juga kena rancang aktiviti Matematik untuk Program lepas PMR.

Alhamdulillan, cikgu Yan dah siapkan 90% borang prestasi SKT.Cikgu Yan guna typewriter elektrik n taip 2 salinan.Cikgu Yan buat cepat2 sebab nanti ramai cikgu nak guna typewriter tu.LAgi satu... nanti satu persatu keja mendatang.

Setakat ni...cikgu Yan dah siapkan 2 aktiviti Matematik tu.Minggu depan kena jalankan.Tinggal lagi nak buat proposal bajet untuk kem membaca.

Kelebihan Yassin

BACALAH YASSIN



RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sunday, October 17, 2010

crocs

Warna biru ini n coklat ni ...adik cikgu Yan punya.uwaaaaa...uwaaa...adik hepi...cikgu Yan hepi le gak...tukang keluar duit...hikhikhik




Cikgu Yan beli lagi kasut crocs.Harus diingat kat sini cikgu Yan nak kongsi pengalaman kai kasut crocs( ori )...sungguh selesa .Tambah kerja mcm cikgu Yan yg byk jalan,berdiri n turun naik tangga.Amatlah selesa.Tak jamin kalo x ori...keras rasenye kot.Cikgu Yan dah ade 2 kasut crocs.Cikgu Yan dah bertambah gile tgok design2 baru.

Serai




Selepas pergi kubur...cikgu Yan pergi kat tanah yg cikgu Yan beli tu.Sebelum ni abah ade tanam pokok serai...dengan niat nak jualkan menjelang raya puasa.x sangka abah sakit tiba2.Jadi, ari ni mak mintak bantuan kwn kerja arwah abah (org bangla) ,cabutkan serai n sedekahkan ngan jiran n sedara-mara.Hanya ambik sebaris je sebab matahari pun dah naik n dah penuh satu bonet.

Lenkali akan ambik lagi.InsyaAllah.

Ke Kubur









Setiap sabtu dan ahad akan ke kubur arwah abah dan adik.sedekah Yassin n bersih2kan kwsn kubur.Kubur arwah abah bersebelahan dengan kubur arwah adik laki, arwah kakak abah ,arwah mak abah n arwah tok sedara.

Saturday, October 16, 2010

Kenangan
















Gambar-gambar sekitar setahun yg lepas.

Friday, October 15, 2010

Cerpen- kerana takdirnya

Kerana TakdirNya


Wajah
Artist: Jaclyn Victor
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

“ Min hayati lirik lagu ni ye…, penuh makna buat Syah “
Syah meminta aku menghayati lirik lagu yang sedang ke udara di radio.Aku cuba memahami maksud tersirat di sebalik lagu dendangan Jacklyn Victor itu.

“Min tau tak..berbagai-bagai peristiwa dah terjadi pada Syah.Macam-macam Min.Rasanya kalau tak kuatla iman syah ni, ermmm…….” Syah terus membisu.

Aku mendengar dengan penuh teliti.Perasaan bercampur baur ketika itu, membuatkan perbualan telefon kami membisu seketika.Aku tidak menafikan yang Syah sememangnya sentiasa menghadapi kemelut dalam kehidupannya.Tapi disebabkan kekuatan mental dan fizikalnya..dia dapat menharungi segala dugaan dan ranjau yang muncul.

Syah yang aku kenal dulu masih sama hingga sekarang.Tidak aku sangka , kami dapat berhubung semula setelah bertahun-tahun terputus hubungan.Kali terakhir kami berhubung ketika aku baru sahaja tamat menghabiskan pengajianku.selepas daripada itu, sedar akan mungkin dia sedang berbahagia dengan orang tersayang, aku menjauhi diri daripadanya.Kebetulan pula aku telah menukar nombor telefon. Namun begitu, nombor telefonnya masihku simpan.

Aku pun tidak sangka, mengapa setelah sekian lama, tiba-tiba terdetik dihatiku untuk menghubunginya.Ketika itu aku tiada apa-apa masalah dengan teman lelakiku.Mungkin disebabkan aku teringatkan nya ketika aku berbual-bual dengan rakan sekerja yang baru memulakan tugas ditempatku.

“ Selamat bertugas di sini dan harap dapat menyesuaikan diri bersama kami.Asal daripada mana ye? “ tanyaku

“ Terengganu”, jawab Yati ringkas.

Ermmm…Terengganu.. Di saat itula aku teringatkan Syah.Syah yang aku kenal semasa aku sedang berhempas pulas untuk segulung diploma. Perkenalan yang tidak dijangka telah membuahkan bibit-bibit cinta antara aku dan dia.Ketika itu dia sedang menguruskan Perniagaannya sendiri di sana.

Perkenalanku dengan nya ketika aku berada di semester akhir pengajian. Hanya sebagai kenalan pada asalnya kerana tidak lama selepas itu aku pulang ke kampong setalah tamat belajar.namun begitu hubungan kami masih diteruskan walaupun jarak memisahkan kami. Panggilan telefon daripadanya yang mengubat rindu dihati. Syah berusia lebih 6 tahun daripadaku.

Hubungan kami berterusan selama 3 tahun. Hubungan jarak jauh membuatkan kami lebih mempunyai perasaan rindu. Untuk bertemu sangatla terhad.namun begitu, Hubungan kami terputus begitu sahaja kerana kami masing-masing mempunyai masalah sendiri.kesedihan yang aku hadapi begitu dalam sekali. Setelah itu, aku mengambil keputusan menyambung pengajianku ke peringkat ijazah.

“Min..” lamunanku terhenti.

“Ya ..Syah” , jawabku.

”Lama dah syah tak dengar berita Min. Min nak tau tak, semasa Syah ada urusan di Ipoh, Syah cuba menghubungi Min, tapi gagal. Tak tau mcam mana lagi Syah nak cari” ceritanya,

Aku hanya mampu tersenyum.

“Min ada cuma Min dah tukar nombor telefon. Ini pun secara kebetulan Min hantar pesanan ringkas untuk Syah dengan nombor lama.Min tak sangka, Syah masih guna nombor ni.Setau Min, Syah gemar menukar nombor telefon “ terangku

Syah tertawa kecil.
“Min dah berumahtangga” tanyanya.
“Belum” jawabku ringkas.

“Syah pulak” Tanya ku.

“Dah” jawabnya

Syah yang aku kenal adalah seorang duda ketika itu.

“Tahniahla Syah” ucapku

“Bukannya Min tak tau, yang Syah kan ke penah berkahwin dulu.Sekarang ni Syah masih macam dulu’ jawabnya.

Perbualan telefon antara aku dan dia agak lama. .Bermacam-macam cerita terungkai satu persatu.Dia yang masih meneruskan perniagaannya kerap juga keluar daerah dan negeri menguruskan urusannya.Melalui perbualannya juga, aku dapati dia ada kekasih hati yang sangat dia sayangi, begitu juga aku.

“Min, boleh Syah Tanya..apakah punca kita terputus hubungan? Tanya Syah
“Syah tahu, waktu tu, Syah berhadapan dengan masalah perniagaan, Syah hamper-hampir bankrap.Syah tak fikirkan sesiapa dah”, sambung Syah

Ketika itu, sememangnya syah menghadapi masalah dalam perniagaannya.Ketika itu jua, aku menghadapi kemelut dengan keluargaku.Aku berasa amat tertekan dengan situasi yang berlaku.

“Min, abah tak kisah kalau Min hendak berkawan dengan Syah tu.Apa yang abah dapat tahu daripada Paksu di Terengganu, Syah tu bukan seorang yang baik,kalau dia baik kenapa dia bercerai dengan isterinya..tinggalkan isterinya. “ Luahan hati abah

Aku hanya mampu tunduk membisu.Bagaimana hendak aku terangkan yang Syah telah dan akan berubah demi pengalaman lepas.Syah sendiri mengakui, apa yang telah berlaku bukan salah satu pihak tetapi semua pihak juga.Tiada apa yang dapat aku ucapkan, demi untuk tidak di anggap membela Syah.

“Abah tak kisah Min,Nanti , apa-apa hal tanggung sendiri la ya”
" Ya Allah ! dugaanMu berat untuk kutanggung", bisik hati kecilku.
Titisan demi titisan airmata mengalir laju daripada kelopak mataku. Hanya itu yang mampu kulakukan. Hari demi hari kulalui dengan penuh kesayuan. Apa yang mampu kulakukan? Bagaimana aku hendak menjaga hati kedua orang yang kusayang? Apa yang patut aku lakukan agar tidak luka keduanya? Persoalan itu tidak dapat ku selesaikan. Namun , demi untuk tidak melukakan hati kedua orang tuaku, aku memilih untuk tidak bersamamu Syah.itu saja yang dapat kulakukan. Aku terpaksa berkorban Syah! terpaksa! Berat untukku lakukan tetapi aku terpaksa lakukan. Bagaimana harus kulakukan untuk melupakanmu? Bagaimana? Tolong aku Syah? Buatlah sesuatu supaya aku dapat bencikan dirimu. Bagaimana akanku lalui hari-hari tanpamu disisiku?
Persoalan demi persoalan bermain-main di dalam fikiranku.Hampir gila aku memikirkan nya.

"Min!" , Syah memanggilku.
"Ya!', aku menjawab. baru aku tersedar aku mengelamun.
"Kenapa diam?", tanya Syah.

Aku menceritakan apa yang berlaku sebenarnya kepada Syah.
" Min terpaksa berkorban Syah" , terangku.
" Min pentingkan diri MIn, Min tak fikirkan hati dan perasaan Syah ke waktu tu", Nada Syah kesal.
"Syah, janganlah diungkit perkara yang lepas, mungkin Min terlalu muda waktu itu untuk memikir lebih jauh lagi, maafkan Min", pintaku.
"Syah fikirkan , Min dah bertemu dengan orang lain ketika itu", teka Syah
" Takkkkk, tak pernah sekali pun terniat untuk menduakan Syah, tak Syah!, tak!" aku menjerit kecil.
"Min mengambil keputusan menyambung pengajian Min selama 3 tahun, Syah! Min cuba memenuhi impian Syah untuk lihat Min sebagai seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa. MIn tau, Syah tak suka MIn kerja sebagai Pegawai Bank", terangku.

Aku teringat ketika aku masih bersama dengan Syah. Apabila aku dipanggil untuk ditemuduga sebagai Pegawai bank, aku diam-diam ke Kuala Lumpur tanpa memberitahunya. Namun begitu, dia dapat mencium segala gerak-geriku.Dia dengan pendapatnya tidak membenarkan aku bekerja sebagai Pegawai Bank, padahal aku mengikuti kursus Pengajian Bank semasa di ITM dulu. Dia lebih suka jika aku meneruskan kerja sebagai guru sandaran ketika itu.

Tidak aku nafikan, aku melalui hari-hari yang kosong selepas aku berpisah dengan Syah.Aku sengaja menyibukkan diri dengan menumpukan pengajianku di Universiti. Kesan perpisahan itu, amat berat kutanggung.Aku tabah berhadapan dengan keluargaku dan kawan-kawan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi tidak siapa ketahui, apa yang bersarang dalam hati dan fikiranku.Tuhan sahaja memahaminya. Lukaku terlalu dalam sedalam air lautan.Hanya masa yang mengubat kelukaanku.

Perbualan telefon itu, sedikit sebanyak dapat melepaskan kerinduan sebagai seorang sahabat.Tidak dinafikan hubungan sebagai sepasang kekasih kini telah bertukar sebagai seorang sahabat yang akrab.

Pada satu pagi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Syah. Ketika itu, aku sedang memandu untuk pergi kerja.

" Hello Min" , suara Syah lemah.
" Ye Syah, kenapa ni? , tanyaku.
"Syah bingung Min, Syah putus cinta Min, kekasih Syah Min..... kekasih Syah...." , Syah tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Aku faham perasaannya. namun aku tidak mahu memaksanya menceritakan kejadian yang menimpanya waktu itu. Biarlah dia boleh mengawal perasaannya terlebih dahulu.

" Syah, sekejap ye!. Min sedang memandu ni. Nanti Min sampai, Min telefon ye!", pintaku.

Kira-kira setelah 10 minit aku sampai ke tempat kerja, aku menelefonnya. Namun begitu , panggilanku tidak diangkat. Selepas itu, telefonku berdering. Tertera nama Syah di skrin telefonku.
" Min, kekasih Syah Min....kekasih Syah.." Ucap Syah tersekat-sekat.
"Kenapa dengan kekasih Syah?" tanyaku.
"Kekasih Syah menduakan Syah... Syah nampak sendiri dengan mata Syah?'
Aku agak terkeliru dengan apa yang diceritakan.Aku memintanya dia menceritakan semula dengan perlahan-lahan. Syah mengatakan bahawa kekasihnya memilih lelaki lain dan meninggalkannya secara diam-diam.Kecurangan kekasihnya dihidu sendiri olehnya setelah terserempak secara tidak sengaja.

Aku hanya mendengar butiran kata yang keluar daripada mulut Syah.Aku sendiri baru tahu yang dia mempunyai kekasih hati selama ini.Aku hanya mengagak rupanya benar sangkaanku.Kami sendiri pun tidak pernah berbicara tentang kehidupan peribadi masing-masing selama ini.

"Syah, tabah ye. Tentu ada sesuatu yang Allah hendak tunjukkan terhadap musibah ini. Anggapla ia sebagai satu dugaan buat Syah.Banyak-banyak bersabar ye." pujukku.

Syah terdiam seketika.Dia seakan marah dengan apa yang telah berlaku. Dia seakan-akan hendak menceritakan apa yang berlaku tetapi tekaknya tersekat untuk teruskan. Aku faham kemelut yang dihadapi Syah.Aku hanya mampu memujuknya agar tenang.Dia sendiri keliru terhadap apa yang berlaku. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku tetapi aku tidak mahu terlalu memaksa Syah untuk bercerita dalam keadaan sukar baginya ketika itu.Aku boleh rasakan kepedihan hati yang ditanggung oleh Syah.Suara Syah agak lemah bila dia bercerita.Aku tahu dia dalam keadaan yang begitu tertekan dan mencari seseorang untuk meluahkannya.

Syah menceritakan yang dia semalaman tidak tidur memikirkan kejadian yang menimpanya. Aku dengan teliti mendengar ceritanya.Entah kenapa timbul perasaan cemburu di benak hatiku.Aku cuba tepis dan cuba sedarkan diriku siapa aku.Beruntungnya kekasihnya mendapat seorang lelaki yang begitu mengangungkannya. Ruginya dia meninggalkan lelaki ini yang begitu kuat menyayanginya.

" Syah, bersabarlah. janganlah ikut kata hati", ujarku
"Syah memang bersabar Min, tapi perasaan geram Syah terhadap perempuan itu...ishhh..., Syah tidak dapat bendung perasaan Syah tadi... maafkan Syah menganggu Min. Min ada tidak ada kelas ke ni?" Kata Syah
" Belum lagi. Syah tak ganggu MIn pun. Min bersedia mendengar.

Syah memilih untuk tidak bercerita padaku.Dia hanya berbual-bual denganku untuk melupakan kisah pahitnya.Aku memilih untuk tidak menghakimi siapa yang benar dan siapa yang salah.

Hari ke hari, masa berlalu tanpa disedari hubunganku dengan Syah semakin rapat.Ermmm...rapat yang bagaimana ye?
Bukannya sepasang kekasih tetapi sebagai teman selayaknya di kala kesunyian, bolehlah berhubung bertanya khabar dan bertukar cerita.

Satu hari, Syah menyampaikan hajatnya untuk mengajak aku berkongsi modal untuk perniagaannya.Aku tidak keberatan.Setelah dinyatakan niatnya untuk berkongsi rezeki dengan kawan-kawan, aku bersetuju.Bukannya aku baru kenal Syah. Setelah aku bersetuju,Syah memintaku datang ke Kuala Terengganu untuk melihat pejabat barunya dan meminta aku memeriksa akaun Syarikatnya.Aku pergi berjumpa Syah di Kuala Terengganu.Syah ditemani Amir yang merupakan tuanpunya sebuah resort di situ. Aku menginap di resort kepunyaan Amir.

Sedang aku berehat di resort sambil menikmati pemandangan laut, telefon bimbitku berbunyi.Aku menjeling ke arah telefon bimbitku untuk melihat siapa yang menelefonku.

'Eh, nombor siapa pulak ni'? bisik hati kecilku.
Aku menjawab panggilan tersebut.
'Assalamualaikum' ucapku.
'Wassalam, hai Min, turun ke cafe sekarang... makan tengahari'.
'Ok'.Aku menjawab
'Eh siapa ye?.Tanyaku
'Amirlah'.
Kawan Syah rupanya.Ermmm... mungkin Syah yang memberi nombor telefonku kepada Amir.Aku bersiap dan turun ke cafe.Amir dan Syah kelihatan sedang berbual dengan hidangan tengahari telah siap terhidang.


...........
bersambung

Tuesday, October 12, 2010

Kehilangan

Cikgu Yan update blog ni beberapa kali tapi... x jadi-jadi.Cikgu Yan perlukan ruang kot untuk menulis semula.

Kehilangan merupakan satu ujian yg terbesar berlaku dalam hidup cikgu Yan.Kehilangan yang dimaksudkan adalah kehilangan org yg tersayang daripada muka bumi ni.Kehilangan org yg cikgu Yan syg dlm dunia ni...cikgu Yan dah imun dah...

Tiada kata-kata yg dapat diucapkan untuk menghadapi sebuah kehilangan abadi...kehilangan yang menyebabkan cikgu Yan n adik2 menjadi anak yatim manakala mak menjadi seorang balu.

Sudah cukup masanya arwah abah dipinjamkan di dunia ni.Kita...bila lagi? Cikgu Yan redha atas pemergian abah sebab itulah yg telah tersurat buatnya.Cikgu Yan kehilangan abah yg sihat dlm tempoh 3 bulan lebih... tanpa di duga arwah abah di uji dgn kesihatan yg merundum sehinggalah ke akhir hayatnya.

Cikgu Yan puas ati dpt jaga abah sepanjang sakitnya.Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.Cikgu Yan n family akan menghadapi kehidupan selanjutnya tanpa abah.

Terima kasih kepada rakan2 yg mengambil berat.

Wednesday, October 6, 2010

Kerja

Esok ,cikgu Yan mula bekerja setelah amik cuti rehat ari ni.Beberapa urusan belum lagi selesai.InsyaAllah hari Jumaat akan selesai.PMR sedang berlangsung minggu ni n minggu depan.Cikgu Yan xde kelas hanya relief je la.

Monday, October 4, 2010

Hari kedua









Cikgu Yan ,Mak,opah n adik2 n ipar ziarah kubur abah n adik laki.Ditakdirkan kubur kedua arwah sebelah menyebelah.