Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Wednesday, June 30, 2010

Berlakon

ermmm susah gak nak berlakon ni... byk kali shoot menda yg sama... hikhikh ...pengalaman baru buat cikgu Yan ari ni... kena ulang2 menda yg sama sampai lebih 5 kali... uwaaaa...adegan cikgu Yan jadik garang n tepuk meja menyebabkan tgn cikgu Yan sakit n merah jadinya... lebih 10 kali cikgu Yan tepuk buku kat meja dlm angle yg berlainan...nnti cikgu yan upload video lakonan cikgu yan bila cikgu Zahran dah siapkan n tentunyela lepas ari anugerah cemerlang...( x sabo)

Ari ni sampai sakit kepala dibuatnya mengadap laptop mengedit buku program...

ermmm esok kelas 6 masa sederet...sabo2...


* x sabo tunggu video hari Anugerah Cemerlang tu siap...

Tuesday, June 29, 2010

Sabar

Tadi ade meeting pasal Hari Anugerah, pengetua tanya pasal progress keja...ermmm setakat ni nak tunggu laporan dpd setiap ketua n then baru leh edit.

Ermmm dapat panggilan kursus selama 3 ari ni... 13,14 dan 15 Julai 10. HAri anugerah 17 Julai...ermmm janji ngan pengetua nak siapkan sepenuhnya pada 12 Julai 10.InsyaAllah.Kursus bengkel pengurusan p.sumber anjuran btpn n uitm.Sib baik dlm Ipoh gak tp bermalam di hotel la.

Esok, InsyaAllah akan mula lakonan drama sebabak lepas balik sekolah...hikhik...nak prektis jadik garang ni...

Semua cikgu dh jadik tensen ni...so semua kena bersabar.Cikgu Yan ari ni sabo memanjang je dgn budak kelas belakang ni.ermmm xmo belajo...ckp2 ...mcm boleh patah hati rasenye nak mulakan pengajaran.Tak terdaya nak marah2 dah.Cikgu Yan di depan... dorang bole lagi sembang,lari2...kejar2... ish ish...ni yg sabo byk2 ni...mcm nak campak kerusi meja(mengamukla konon) je rase...hikhikhik

Nak sambung edit2 ape yg patut...

Monday, June 28, 2010

Ketegangan

Hari ni bila cikgu Yan dok ngadap laptop dok ejas buku program... mcm tegang je urat2 tengkuk cikgu Yan.macam nak tensen je.Di tambah lagi dgn update online i-nilam tu.kena ngadap satu2.sib baik kelas x byk.

hikhik cikgu yan akan berlakon nanti...mcm x percaya kan...tapi itulah hakikatnyer...percayalahhhhhhh...
InsyaAllah kalo jadi...cikgu Yan akan interfrem sikit dlm video untuk slaid hari anugerah nanti di bawah kelolaan cikgu Zahran n the geng.citer pasal pe? tungguuuuuuu...

hikhikhik... nak tergelak tapi itulah hakikatnyerrr...

Rasenyer ketensenan sudah bermula bila tgok exam percubaan PMR 8 Ogos ni...sebulan je lagi...padahal syllabus ade lagi 5 bab.ermmmm...kena abiskan syllabus bulan Julai ni jugak...then ulangkaji...

Janganlah ade ape2 kursus bulan2 nak exam ni...

Jumaat ni hari bertemu ibubapa sempena penyerahan kad laporan...cikgu yan x pegang kelas ...papepun mesti jadi pembantu guru lain .

ermmmm

Sunday, June 27, 2010

Cabaran bermula

Esok... cabaran bermula dgn kerja2 yang tiada hentinya.Fokus kepada hari Anugerah Cemerlang sebagai ketua buku program.Alhamdulillah, pengetua dah memilih design yang telah cikgu Yan reka.

Buku latihan belum lagi di semak.Buku di library perlu di intai.Telah siap n hanya perlu di letakkan di rak.

Syllabus form3 perlu di kejar untuk hadapi PMR yg tinggal beberapa bulan lagi.Kena update data online i-Nilam...uwaaaaaaa...

Sejak bz akhir2 ni...cikgu Yan menggunakan 2 ari cuti ni sepenuhnya dengan berehat secukupnya.Alhamdulillah rasa relax.

Macam nak shopping tudung je tapi... nanti dulu la...

Thursday, June 24, 2010

Fikir

Kelas ari ni 6 masa sederet... alahai... then terus buat pembahagian tugas2 untuk diedarkan pada ketua2 yg lain supaya info2 boleh diperolehi.Perbincangan di buat dgn ija n cikgu Zahran , then barulah nampak step seterusnya yg perlu dilakukan.Alhamdulillah setakat ni hampir 30% telah bermula.

Penatnya ari ni tapi rasa puas ati sbb dah mulakan keja.Selasa depan ade mesyuarat lagi...Pengetua nak tau progress keja.Ari ni dok pk design buku program tu... pengetua nak beberapa design untuk dia pilih.

Kelas lak nak kena kejar syllabus untuk preparation bebudak ni PMR.alahai... library lagi...hikhikhik...

sabo-sabo

Wednesday, June 23, 2010

Mula sibuk

Cikgu Yan dah siap keyin markah untuk peperiksaan pertengahan tahun.Semalam cikgu Yan ade mesyuarat untuk Hari Anugerah Cemerlang pada tengah bulan Julai ni.Dapat tugas jadi ketua Buku Program.ermmm berat ni...

Mintak bantuan ija sbb dia jadi ketua untuk tugas ni tahun lepas.Esok dah nak mulakan langkah pertama.Ngantuknya mate ni.Malam ni keluar ke dataran Ipoh dgn yong n ija sambil bergosip.

Petang tadi ke klinik bawak abah cikgu yan tgok result darah.Takde pe lebih penting skrg ni melainkan kesihatan abah.

waaa terkenang esok kelas 6 masa berderet.Mau abis clutch tekak suara.hihiih.Esok dah pk kan dlm kepala ni...mcm2 keja nak buat dgn masa yg terhad sbb kelas byk.

ngantuknyerrrrr...

* ni buahtangan untuk anynomous...x sangka masih mengikuti blog ni...

Kesan minum ais

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. .

Sunday, June 20, 2010

Start keja

Maka...esok start keja...mmg esok sampai je sekolah byk perkara perlu diuruskan dgn segera...waaaaaa
Insya Allah esok boleh settle... ermmm penuhnya aktiviti masa cuti ni sampai ke malam ni...
Abah dah makin x sihat...beberapa ari ni berulang-alik ke klinik untuk scan n amik darah.harap2 abah cepat sembuh.
Tiada ape yg lebih penting daripada keluarga sendiri sekarang ni.

Thursday, June 17, 2010

Bertapa

Minggu ni dinamakan minggu bertapa sebabnya dok bertapa dalam bilik semak kertas exam bebudak.Bukan cikgu Yan je...cikgu lain pun gitu gak ataupun cikgu Lain dah abis semak...cikgu yan je baru semak.Setakat 2 ari lepas , cikgu yan dapat semak 2 kelas kertas 2 math.Hari ni cikgu yan baru semak x sampai 1/3 kelas pun.lambat sikit sebab ni kelas pandai sikit...hati2 kena tengok jalankira math dorang.

Cikgu Yan x bole silap sebab bukak sekolah ni cikgu yan terus nak keyin markah dorang.Harap dapat minimum ralat pemeriksaan untuk di ubah nanti.mcm nak jerit....uwaaaa siang malam ngadap paper exam je ni.

ermmm...jarang sangat update blog ni... byk sebab salah satunya...xde cerita n then mood lari sikit.hihihi ade2 je...

Cikgu yan perasan dah...bila cikgu yan rase sesuatu perasaan yg resah...maybe sesuatu perkara nak jadi... ermmm kali ni cikgu Yan dapat rase dah...

Cikgu yan dah maafkan segala-galanya dan cikgu yan mohon maaf atas salah silap... beri ruang ketenangan buat cikgu yan ok! ...

Bila cinta

Bila cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Kusebut namamu
Di setiap diaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmumu
Yangku dpt
hanyalah bayangmu



*telah tersurat segala-galanya... akan ku kuburkan segala-galanya tentang dirimu...
*hentikanlah segala usahamu yang sia-sia

Tuesday, June 15, 2010

Serabut

Bangun tidur pagi ni... cikgu Yan rasa serabut.Ish... pesal la menda2 yang tak sepatutnya difikirkan tiba2 berada dalam kepala cikgu Yan. ni maleh ni...
syuhhh syuhhh...pegi jejauh...

Malam semalam...cikgu YAn dah mula semak paper exam...mungkin mood belum datang... hanya dapat semak 4 skrip je daripada lebih kurang 120 skrip.Ya Allah...(mungkin salah satu yang menrungsingkan fikiran cikgu Yan)

Pastu... tidur pulak dok mimpi...Penyelaras PKG dok mintak hantar borang2 yang perlu di isi.Punyala cari...x jumpa2.(jadi lebih rungsing lagi)

Sebenarnya ada satu borang soal selidik yang perlu cikgu Yan jawab n pos tapi cikgu Yan belum sempat buat.Itu yang sampai termimpi2 tu.Lagi satu cikgu Yan di minta oleh makcik tengok2kan kerja sekolah anak dia yang berada di umah opah tu.Cikgu Yan lom sempat lagi.

Banyak betul perkara yang cikgu Yan kena buat ni.Dan beberapa perkara yang berada dalam fikiran.Harap2 hari ni semuanya berjalan lancar.Insya Alaah.

Monday, June 14, 2010

Ustaz Azhar Idrus



Cikgu Yan suka mendengar Majlis Ilmu dah kuliah ustaz ni.Jelas penerangannya,

Sunday, June 13, 2010

Ahad

Pagi ni cikgu Yan n family pegi ziarah Kubur adik sambil bersih2kan kawasan persekitaran.Alhamdulillah dah hidup pokok2 puding yang di tanam.Pokok ni umpama bertasbih kepada orang yang dah mati bagi meringankan seksaan kubur.

Tengahari jumpa dgn kawan sekejap.Hari ni nak mula semak paper exam.

Saturday, June 12, 2010

Bes bes







Kat marina Waterpark n kolam kat resort.hikhik

Teluk Batik










Di Teluk Batik n Marina Island Pangkor.









Tersebutlah kisahhhhhh...hikhik ...jadi pergilah bercuti bersama family cikgu Yan kat Teluk Batik n Lumut.Takde acara mandi laut sbb mak cikgu Yan x benarkan sebab xmo kejadian lemas berulang lagi...hikhik...kami mandi kolam jelah.Sebelum tu masuk dlm Marina Water Park kat ngan resort kami(Marina Cove Resort) kena bayarlah pulak.Tapi oklah dpt diskaun sbb kami menginap kat resort tu.Ade kolam air masin n kolam air tawar, ade kolam berpasir dan ade kolam bersimen.Jadilah main2 n renang2.Lepas tu bila nak balik ke resort kami terjun dlm kolam kat resort pulak.xlah sebesar Water Park tu.Tapi okla...

Petang kami ke Teluk Batik tgok pemandangan Laut n makan eskrim...hikhik.Tengahari tu dah ke Lumut dah membeli ikan2 bilis n sebagainya.Malam xde acara.

Wednesday, June 9, 2010

Rahsia solat di awal waktu

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Apa yang menyedihkan bila masuk solat Maghrib ramai yang suka pergi makan-makan di Restoran ataupun berada di Pasar Malam....yang paling menyedihkan sekiranya yang suka pergi "clubbing" bermakna waktu solat Asar,Maghrib,Isyak dan Subuh akan terlepas begitu sahaja.Alangkah ruginya manusia ketika kesemua malaikat sedang mendoakan kita,kita berada di tempat yang tidak sepatutnya.Ketika solat Subuh kesemua malaikat akan turun untuk menyampaikan hajat kita pada Allah dan menurunkan rahmat.Semoga kita mendapat segala RAHMAT dari ALLAH.

Tuesday, June 8, 2010

Malasnyerrr

Malam ni tiba2 cikgu Yan mcm malas nak study PTK.Selalu perasaan mcm ni.Sebelum exam berkobar2 nak dapat 4.Bila dah sampai masanya mcm malas stadi n nak berserah je pada takdir.hikhik(takdir ke ape...tembak je masa menjawab).

Cikgu Yan lebih berkobar2kan nak gi bercuti ni walaupun sekejap.Bukannya jalan2 sgt pun...tujuannya nak berehat bersama keluarga tambah2 abah cikgu Yan tidak berapa sihat.Biarla sesekali tukar anginlak duduk n bermalam tempat lain.Tak sabarnya...

Ade lagi satu perkara yg x sabar...hikhik harap berjalan lancar...amin.

Monday, June 7, 2010

4 Perkara penting

Ada 4 perkara penting yg perlu cikgu yan uruskan masa cuti 2 minggu ni.Pertama, sebelum ari khamis ni,cikgu Yan kena study PTK.Exam ari khamis.uwaaaa...esok start baca.
Kedua, lepas exam, cikgu Yan nak pegi bercuti...yeaaaa...hikhik nak bermalam di Marina Cove Resort di Teluk Batik.
Ketiga, cikgu Yan mesti kena semak 3 kelasnye paper exam, matematik kertas 2.Keempat, Cikgu Yan kena berpuasa ganti sbb bulan puasa hampir tiba.uwaaaaa.Banyaknye kena buat.
Cikgu yan menerima sms dan Ym yang x diundang.Sori...jgn kacau ok!

Gaza

Petikan daripada emel :
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

Friday, June 4, 2010

Tidak sihat

Sejak malam semalam sehinggalah ke petang tadi, cikgu Yan sakit kepala.ermm...macam biasa...serba x kena dibuatnya.Jaga exam pun sambil picit2 kepala tengkuk bahu semua...hikhik.Tuhan je tau sakitnya macam mane.Sakit kat kepala belah kiri.Balik sekolah adik cikgu Yan tolong urutkan sikit.Lepas tu acara tidurlah.

Alhamdulillah, sakit kepala dah hilang cuma badan mcm lemah sikit, macam x sihat.Seribu rahmat sakit kepala dah hilang.Lain2 sakit xpe..jgn sakit kepala jer...

Mungkin ke cikgu Yan stress dgn... keje2 kat sekolah,kat umah lak perbincangan ttg tawaran kemasukkan belajar untuk adik bongsu cikgu Yan lagi.Jadi konflik pulak, bila adik dgn pendirian dia n abah n mak dgn pendapat mereka.Cikgu YAn buat yg sepatutnya...papepun sedikit sbyk stressla jugak kan? hihi.

Nak ckp cikgu Yan stress dgn isu palestine ke Gaza ke xjugak.Cikgu Yan hanya mampu berdoa ke atas kesejahteraan mereka.Esok mcm nak gi shopping lak? hiih


ok...time utk ZZzzZZ
*salam kejauhan dpd Tanah Arab

Thursday, June 3, 2010

Majlis ilmu di rumah MB




Cikgu Yan menghadiri majlis Ilmu di rumah Menteri Besar Perak.Macam biasa cikgu Yan di bawah Graduan Anak perak.Ramai lagi dpd badan kerajaan,Anak2 yatim, tahfiz turut serta.Petang dimulakan dgn munajat zikir, then solat maghrib jemaah,usrah,solat Isyak,Kuliah Isyak n ceramah MB.Then makan.Lebih kurang jam 10 lebih baru balik umah.Penatnye rase ari ni seharian...mcm2 perkara dilakukan.

Paling menyentuh ati tgok anak2 kecil tahfiz.Ade org yg bersedekah kepada mereka.Ya Allah... bagusnya kecik2 di didik dgn ilmu agama n Al-Quran.Alhamdulillah.

Tuesday, June 1, 2010

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3.. Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
-1.. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
-2.. Diselamatkan dari seksa kubur.
-3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
-4.. Diperhiasi dengan iman.
-5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
-6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6.. Mati kerana melhirkan anak.

7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).Riwayat oleh Muslim.

8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, "Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.

9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah.Sabda Rasulullah"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.Riwayat Abu Daud.

16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.

17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.

18.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
-1.. Menjaga sembahyang 5 waktu.
-2.. Banyak bersedekah.
-3.. Banyak membaca Al Quran.
-4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalakan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.

Sekolah






Ni guna camera DSLR ija yg baru...hikhik