Total Pageviews

nikah

nikah



About Me

My photo
Diploma In Banking Studies (ITM Dungun) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tanjung Malim) Bachelor(Ed)Major Mathematics

Surah Ar-Raad 1-3

Surah Ar-Raad 1-3

Cikgu Yan

Cikgu Yan

Buah hati Cikgu Yan

Debar

Debar



love

love

we

we

Al-Fatihah

Kawan-kawan ... sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah kembali kepadaNya

Lagu pilihan

Saturday, December 10, 2011

Servis keta

Ermmmmmm... x payah ckp byk, servis keta kali ni rm500++. Dah lama nak hantar servis kereta...so ari ni ade kesempatan pegi dua keta dgn adik... pastu balik tinggal keta...ptg nnti amik... mintak dorang tgok menda asas utk servis n cek timing belt dan mtk cek aircon. Timing belt mmg dah cukup masa ...juga air con xpenah servis.Percaya x... semua tu x penah di tukar sejak keta tu dah beli iaitu sejak 8 thn yg lalu.Mekanik tu pun tau yg keta tu x jln jauh pun...mmg betui...cikgu Yan setakat pegi n balik keja n umah mak mertua n jauh pun jrg sgt cuma pahang n kedah.

Tiba2 ade menda yg bocor pulak... okla tukarla jugak.servis minyak itam tu n asas2 mmg ikut jadual. Percaya x... meter keta cikgu Yan baru 64 000km +++ selama beli tahun 2005.Papepun yg paling hepi Jan 2013 abis bayo.Tahun ni mmg byk pakai duit sesungguhnye... ganti bateri keta, tukar 4 tayar,keta rosak (sensor rosak), servis major ari ni n tambah ati cikgu Yan sedang di servis eh ...hikhik...(hidup perlu diteruskan...)

Tahun depan bolelah tukar keta baru ek...arkkk...hikhik xbole xbole...terliur tgok vios...x bole xbole...hikhik... ade yg nak kena pelangkung kang...

Tahun depan jugak kena plan 2 perkara...pertama (ada rezeki pergi haji) atau kedua plan buat rumah.Semuanya bergantung kepada turun naik saham KLSE.Cikgu Yan memperjudikan nasib (berusaha, berikhtiar dan berserah pada Allah).Jika Allah mengizinkan nasib cikgu Yan cerah secerah di langit...Alhamdulillah... jika Allah hanya beri mendung berpanjangan dgn thundernyer sekali...cikgu Yan terima dgn redha dan percaya rahsiaa Allah berikan sedemikian.Marilah tersenyum dan bersyukur dgn ujian n kurniaan Allah.


Sunday, December 4, 2011

Andai angan-angan boleh jadi kenyataan

Khamis lepas , cikgu Yan teman mak pergi tabung haji atas urusan akaun tabung haji mak n arwah abah. Kemudian cikgu Yan diberitahu supaya naik ke tingkat 2, untuk membatalkan nama arwah abah daripada senarai menunggu ke Baitullah. Mak dan arwah abah dah daftar lama dan panggilan untuk mereka adalah pada 2012 iaitu tahun depan.

Setelah urusan pembatalan dibuat... cikgu Yan tanyalah dengan pihak tabung haji, mcm mana mak cikgu Yan nak pergi seorang diri. Kemudian pihak tabung haji ckp... hanya satu sahaja kekosongan untuk gantikan tempat arwah samaada anak lelaki atau anak perempuan.

ermmm...cikgu Yan terus pasang angan2... giliran cikgu Yan pada tahun hijrah 1444, sekarang baru 1433...lebihkurang 11 tahun lagi(jika panjang umur). Pihak tabung haji ckp... nanti bila mak dpt tawaran pergi haji tahun depan (InsyaAllah) kami kena jawab tawaran tersebut dan buat surat sebagai peneman mak.

Cikgu Yan tiba2 pasang angan2...kalo ade rezeki bolehla pergi tahun depan... jadi mulai sekarang cikgu Yan berusaha menyimpan duit dgn lebih efisyen lagi.Kalo xde rezekipun...simpanjela jugak duit untuk keperluan akan datang. x rugi pun.

So... sekarang fokus kepada menunaikan rukun Islam ke 5.

Al-Mathurat kubra

Cikgu Yan biasa melihat surah2 Yasin beserta dgn surah Al-Mathurat ni.Mungkin cikgu Yan bukan berlatarkan sekolah agama jadi cikgu Yan x biasa dgn fadhilat surah ini.Cikgu Yan disedarkan oleh kak Aisyah , kerani sekolah kat skolah cikgu Yan ttg betapa besarnya fadhilat surah ini dgn di akhiri dgn doa rabitah.
Jadi cikgu Yan belek2 balik buku2 kecil surah Yasin dan Al-Mathurat.Baca kelebihan serta fadhilatnya.

Kelebihan Al-Mathuratal-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) yang mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w.Al-Mathurat ini teleh dipilih dan dihimpunkan oleh As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan.

Zikir-zikir di dalam Mathurat ini sangat sesuai untu
k diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud

"aku memohon perlindungan A
llah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam"

Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung.In sya Allah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya.Rasulullah s.a.w bersabda;

" Demi Allah yang nyawaku di tangan-Ny
a,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar.
dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda," Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)


*****************************************************
Jika kita ada masa lapang ataupun ketika cuti bolehla cuba zikir2 yang terkandung dalam surah Al-Mathurat.Dekatkan diri dengan Allah dalam 1-2 jam selepas solat Subuh atau solat Asar.

InsyaAllah...setenang-tenang hati kita perolehi bila kita ikhlas lakukan...

Saturday, December 3, 2011

Cinta teragung

Cinta Teragung - Hazama AF9

Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Woo Woooo

Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu

Wooooowooo

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Friday, December 2, 2011

Hadiah dari hati






Ikhlas daripada hati Yan untuk Abang...

Thursday, December 1, 2011

Nikmat Allah


Cikgu yan akan bercerita tentang kedua mak dan ayah mertua cikgu Yan.Alhamdulillah cikgu Yan dikurniakan dengan mak dan ayah mertua yang sangat memberi sokongan kepada cikgu Yan (selepas mak dan arwah abah cikgu Yan).

ermmm ayah dan mak mertua cikgu Yan ni la yang menjodohkan cikgu yan dengan husben.Dan sangat2 kebetulan tarikh lahir mak mertua cikgu yan sehari sebelum hari lahir cikgu Yan iaitu mak mertua 25 Mac dan cikgu Yan 26 Mac. Manakala hari lahir arwah abah pulak sehari sebelum hari lahir husben cikgu Yan iaitu arwah abah 29 Nov dan husben 30 Nov. Bukan itu sahaja nombor hp cikgu Yan jugak berturutan dgn no hp husben. Bukan rancang... pertama kali terima sms daripada husben cikgu di awal perkenalan dulu...cikgu Yan terkejut. Nombor hp cikgu yan di akhiri 8044 manakala no hp husben diakhiri 8144.

Takdela yg spesel sgt pada nombor-nombor tersebut cuma apa yang boleh cikgu yan cerita adalah...kadang-kadang tuhan menghadiahkan satu nikmat yang tidak kita sangka DAN kadang-kadang Allah turunkan kita musibah tanpa kita sangka juga.Berbalik kepada - yang baik datangnya daripada Allah , yang jahat datangnya daripada kesilapan kita sendiri- cikgu Yan setuju.

Cikgu Yan bersetuju sgt perkahwinan dengan restu orang tua membawa kebaikan. Berbanding tanpa restu ... jika berlaku masalah kepada sape hendak kita rujuk.

Apa-apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya sebagaimana ujian yang pernah cikgu Yan hadapi sebelum ini dan yang paling berat tahun lepas arwah abah sakit dan meninggal dunia.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Cikgu Yan terpaksa menahan air mata demi untuk tidak tunjuk kepada mak.Cikgu Yan kena kuat walaupun cikgu Yan hampir rebah.

Namun ujian datang bukan sekali dua tetapi berkali-kali atas sebab hikmah yang Allah nak tunjukkan.Cikgu Yan mempunyai keluarga mertua yang sentiasa berada dibelakang cikgu Yan, gelak ketawa bersama dan menangis bersama.

Teringat ckp kwn cikgu Yan..dilla... walaubagaimanapun lumpuh kaki kita, kita kena berusaha berdiri dan berjalan walaupun jalan senget2... masa akan pulihkan keadaan kita dan sampai masanya kita dah boleh berlari... (cikgu yan tgh seret2 kaki...hikhik)

petikan daripada salah seorang blogger yang boleh di kongsi bersama :

"Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti?"

We never know what Allah's plans and what's in store for us. Everything happen definitely for a reason dan ujian tu kadang-kadang takkan berhenti sampai kita rasa macam dunia ni tak adil pada kita tapi insyallah yakinlah bahawa di penghujung jalannya pasti sesuatu yang indah. Percaya kepada takdir. Mungkin ada sesuatu di masa hadapan yang kita sendiri tak tahu.